14 June 2017

Biskut Raya - Famous Amos

Raya dah dekat, jom kita pakat buat biskut raya. Resepi dari Azie Kitchen.




Ada bermacam saiz sebab anak-anak ummi yang rajin tolong umi buat biskut raya. Ni pun ambil gambar sebelah tangan sambil dukung si comel Nasuha.


Tak sabar nak snap gambar walaupun tak penuh lagi. Ni bentuk dari 3 orang pereka bentuk, lepas anak2 semua tidur, barulah boleh buat yang sama saiz. Apa-apa pun resepi biskut ini memang mudah, dan sedap sangat. Ummi buat 2 kali adunan asal boleh dapat 2 penuh bekas di atas. Yang bekas plastik bulat tu bekas nata de coco. Rasa macam nak salin bekas kedap sikit sebab nak tunggu raya nanti kan masuk angin. Sayang lah kn, biskut sedap tapi masuk angin. 1 lagi bekas dah tinggal separuh ummi ngap. rasa nak buat lagi. Macam tak sempat nak bawa balik kampung je ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...