Pages

22 August 2017

Jahit Beg Bekal

Dah lama ummi tak bersiaran di sini. Sebabny ummi dah ada hobi baru..
Rasanya kalau ummi tak jadi seorang programmer, ummi jadi seorang tukang jahit sebab sekarang ni ummi minat sangat nak menjahit.

Habis 1 bilik ummi selongkar kain baju yang tak pakai, nak buat latihan memotong dan menjahit.

Qaisara : Ummi, kenapa banyak sangat kain dalam bilik stor ni. Ummi nak buat apa.
Ummi: Ummi nak menjahit lah, kakak jangan kacau ye, nanti tak jumpa kain ummi nak jahit.
(Hakikatnya bilik tu dan ruang tamu , penuh dengan kain-kain terpotong2-sesi belajar potong kain, last2 buat kain lap kaki sebab potong cam senget benget)

Tak puas hati dengan kain terpakai potong2. Beli pula kain sebab tertarik dengan corak baru.





Bersungguh ummi nak siapkan, masak nasi.bentang tikar sebelah ummi menjahit. Letak Hana Nasuha dengan nasi lenyek, sambil menjahit, sambil suap nasi anak sebelah. Nasib baik meja letak mesin jahit rendah. Senang ummi nak melayan Nasuha.


Ikut step tutorial tu. Barang-barang yang diguna semua yang terpakai kecuali kain corak zigzag tu. Beli nak buat sarung bantal. Tengok kain merah cam boleh masuk je dengan kain corak zigzag tu, rasa boleh lah nak jahit. Dah berkenang sangat beg bekal. Hari-hari duk study cara nak jahit, masa ada barang terus buat, kalau tunggu dan tunggu memang tak menjadi. Tali beg tu ambil dari beg yang dah rosak, potong ambil tali dia. ada 2 beg macam tu yang dah rosak. Beg Qaisara guna bawa baju ke taska. Beg tu asalnya orang hadiah kan masa Bukhari baby lagi. Patut pun dah rasok dan hancur, sebab dah lama sangat.




Kain alas dalam, kain cotton baju kurung ummi yang dah tak pakai.


Tali jerut ambil dari beg RM2. Beg ni tak pakai sebab kecil sangat.



Kain cotton merah tu seluar tadika Qaisara yang dah rosak terbakar kena iron.



Maka lahir lah beg bekal ummi, tapi Qaisara yang guna letak baju nak pergi taska, sebab dia kata color dia sama dengan seluar taska. Hari minggu Qaisara guna beg bekal tu nak pergi belajar iqra pula, jadinya ummi jahit 1 lagi untuk beg pergi kelas beljar iqra. Dengan harapan ummi boleh lah guna beg bekal ummi tu. 



Ni dah bukan beg bekal, ni beg perbagai guna. Sekarang beli barang tak de beg plastik, jadi sempat lah ummi guna sekali untuk beli barang sebelum jadi hak milik Hana Qaisara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...