Pages

16 Oktober 2017

Belajar Jahit Sendiri

Zaman sekarang mudah, nak belajar tengok je dalam internet. Tapi orang kata, macam mana pun kena berguru. Terlintas dekat  wall fb ummi, iklan belajar menjahit secara online dengan tawaran harga yang murah berbanding dengan tawaran yang dibeikan. Dah deal malam, nak buat bayaran pagi esoknya. Kita yang merancang, Tuhan yang tentukan segala berlaku atau tidak. Nak dijadikan cerita, ummi sakit perut sampai tak leh nak bangun uruskan anak-anak. Dipendekkan cerita, apendik ummi dijangkiti kuman dan kena buang, 5 hari dekat hospital.

Balik dari hospital, rasa nak menjahit sangat, guna masa cuti sakit dengan menjahit tanpa guru profesional.

Beg Apple
Ummi belajar jahit gunting tampal. Abang 
Bukhari panggil beg ni beg apple, selalu dia guna untuk letak tab.


Baju kurung Qaisara
Macam besar sikit, kena alter lagi, kecelkan sikit. Nak kena pandai jahit baju kurung sebab nanti nak jahit baju sekolah. Belajar dari jahit baju kurung ni, nak potong kain, kena basi setengah inci sahaja. 

Jahit Lubang Butang
Senget lubang, padahal mesin dah auto untuk buat lubang butang. Walaupun auto, kena fokus.


Siap jahit butang

Siap Jahit Tali Belakang

Model Comel
Sifu kata, baju tu besar. Sesuai untuk 3 tahun. Tak pe lah, simpan tunggu adik 3 tahun.

Kebaya Qaisara
Di sebabkan Qaisara kena pakai baju kebaya color royal blue masa konvo bulan 11 ni, ummi kena belajar juga jahit kebaya, berpuluh kali play video tutorial jahit kelepek kebaya. Ni belum siap lagi, tak sempat lagi nak jahit tangan tepi baju. Guna ukuran baju kurung moden. Testing jahit dekat kain lain dulu, takut hancur kain biru, sebab beli 2 meter je. Beli dekat Nagoya, RM8 semeter. Nasib baik ada kain ungu ni. Beli 5 meter, RM10 semeter, banyak lagi, kain dia lembut dari yang beli dekat Nagoya, sesuai dengan harga. Kain lebih boleh jahit untuk ummi sehelai ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...