Pages

26 Disember 2017

Persedian Mental Bila Anak Masuk Sekolah Darjah 1

Alhamdulillah, persiapan anak-anak untuk sesi persekolahan 2018 dah 80% siap, tunggu ambil buku sekolah agama, buku kebangsaan kakak Qaisara dan balut. Pakaian, beg sekolah, alatan sekolah semua abi dah sediakan. Oooo.. lencana belum jahit lagi. Qaisara ummi beli sehelai je tudung untuk sekolah agama dan sehelai untuk sekolah kebangsaan. Abang Bukhari sepasang sahaja baju baju sekolah kebangsaan. Baju lama okey dan nampak baru lagi. Jadi tak banyak lah kerja menjahit lencana.


Cuma sekarang ini, ummi belum latih lagi kakak Qaisara tidur awal, dia dah biasa tidur pukul 11-12 tengah malam, jarang sekali tengok dia tidur awal. Kakak Qaisara ni jenis berani sangat, kalau tutup lampu pun dia boleh buka dan cari laptop layan kartun sorang-sorang.

Alhamdulillah, ummi bersyukur sangat, rasa macam Allah ikut perkembangan hidup ini, selalu bagi kemudahan saat insan ini dalam kesusuhan. Terharu sangat sebabnya kakak Qaisara dan abang Bukhari dapat sekolah sesi sama. Kalau sebelum ni sesi berlainan, start 2018 sesi sama. Boleh lah mereka pergi sekolah sama-sama. Ummi pun tak terkejar-kejar sangat nak hantar lain-lain tempat. Boleh abang tengok-tengokkan adik dia. 

Teringat masa ummi darjah 1 tahun 1991, masa tu abang ummi(papa kak Eisya) darjah 3. Papa Kak Eisya pesan, kalau ada orang usik, bagitahu dia. Comel kan kenangan masa kanak-kanak. Tapi, masa kecil ummi pun banyak kerenah, ingat dulu masa ummi Taski (sekarang PASTI), ummi buat perangai nak pakai tudung tapi tak nak bagi rambut keluar, nak pakai serkup rambut tapi tak nak bagi nampak serkup rambut. Kesian ma ummi melayan kerenah ummi, itu baru kerenah seorang. Banyak lagi sebenarnya kerenah ummi, yang kadang-kadang Allah bagi petunjuk untuk ummi dalam waktu tu juga, buat ummi tersedar awal, tapi lepas tu buat lagi. Bila dah ada anak baru tahu susah senang ma ayah melayan kerenah kita. 

2 tahun lepas, masa abang awal-awal darjah 1, masih tak biasa bangun awal pagi, mandi dan bersiap awal, kalau bangun awal pagi pun, sibuk dengan mainan dia, bukan sibuk dengan persiapan nak pergi sekolah. Apa-apa pun ummi kena sabar, layan kan ajar kerenah dia, takut kan kalau nangis tak nak pergi sekolah, tak kan ummi nak tarik dukung pergi sekolah. Kesudahannya, selalu lewat sampai sekolah, kena sound dekat mak guard kata mak yang salah ajar anak datang sekolah lambat, nanti budak akan takut nak datang sekolah. Hari-hari, bukan anak yang nangis, tapi ummi yang nangis. Kadang-kadang, ummi hilang sabar, jadi singa jadian. Rasa nak buat sesuatu yang diluar kawalan. Masa tu, kakak Qaisara yang pujuk ummi.

Ummi harap perkara yang sama tak berlaku lagi untuk babak kakak Qaisara masuk Darjah 1. Tak lama lagi kakak Qaisara darjah 1, abang Bukhari darjah 3. Abang Bukhari dah boleh harap dah sekarang, pukul 9 malam dah tidur, mungkin sebab penat belajar pagi petang. Nanti dah dapat jadual, abang boleh ajar kakak Qaisara nak susun buku dalam beg. Boleh minta mereka siapan keperluan sekolah sebelum tidur, sebab takut ummi lewat bangun.

Semakin hari, hidup semakin mencabar. Ya Allah, berikan hamba-Mu ini kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Ringkasan:
1.Sebelum tidur, siap keperluan sekolah.
2.Minta bantuan anak.
3.Tidur awal, bangun awal.
4.Doa.

22 Disember 2017

Shopping Pakaian Di Zon Ria

Kali ini, rasanya puashati beli pakaian sekolah anak-anak dekat Zon Ria. Kalau sebelum ini kami shopping pakaian sekolah dekat pasaraya MU, tapi tahun ni, 3 kali pergi dapatkan pakaian sekolah jenama MU tak de pula, rasa kecewa lah juga. 

Jadi, alang-alang balik kampung, kami singgah dekat gedung pakaian Zon Ria di Ketereh, tengok kualiti kain dan jahitan cantik, harga pun tak mahal berbanding yang survey dekat kedai lain sebelum ni, jadi umi beli lah sepasang sorang. Alang-alang berkenan, sepasang je?

Ye lah, umi kan nak jahit sendiri baju kakak Qaisara, tapi tak berkesempatan lagi. Baru siap 2 pasang. Abang Bukhari baju sekolah tahun lepas okey lagi. Cuma seluar sekolah singkat sikit, budak-budak cepat membesar. Kakak Qaisara pun, nampak dia cepat tinggi sekarang. Kuat minum susu kot, hari-hari minta susu. Beli sepasang dulu, kalau rasa ok, tunggu balik kampung lagi sekali bolehbeli lagi.

Baju Sekolah saiz 24 RM14.50

Skirt biru sekolah saiz 24 RM16



21 Disember 2017

ShellOut Family

Jarang-jarang balik kampung, buat aktiviti adik beradik rasa suka sangat. Selalu sangat aktiviti keluarga makan dekat luar, kali ini ma request makan dekat rumah sahaja, buat macam dekat kedai. Siap ma keluarkan modal lagi. Ma kata, ma nak tunggu yang dah siap sahaja.



In The making of ShellOut

Aktiviti masak makanan kedai ni memang kegemaran anak-anak dan menantu, siap yang alahan mabuk mengandung tiba-tiba segar bila buat aktiviti macam ni. Kelakar betul, yang kelakar lagi, anak2 dan menantu ma 4 orang mengandung dalam bulan hampir sama, bertambah meriah la rumah ma ayah tahun depan. 

Ma juga sedia menu dia, ikan bakar cicah air lada, sedap sangat. Simple, tapi bila makan sekali bertambah-tambah, air tangan seorang ibu.

Kreatif betul diarang ni

Ummi bahagian beli barang dan potong jagung sahaja. Tak pernah rasa ShellOut, jadi serah bak masak memasak kepada orang yang pernah rasa ShellOut sebenar.

Ummi buat Kek Lady Bird Tenggelam Dalam Keju. Beli kek span pandan dekat Pasaraya Pantai Timur RM6.90. Beli keju dan ladybird dekat kedai Citarasa. Buat topping dan letak ladybird sahaja, dah siap. Lain kali ladybird kena lebihkan lagi sebab tak cukup ladybird banyak tu.




Lain kali kena susun ladybird supaya bila potong dapat sorang sekor


Bukhari dan Fathi potong kek sempena birthday 





Bila dah jumpa adik beradik dan ipar, meriah dan kalut suasana. 
Lain kali boleh buat lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...