Pages

31 Disember 2018

Bibik baru k.i.t.a

Cerita saya dengan mesin basuh, anak nak masuk 4 baru merasa pakai mesin basuh auto. Sebelum ini, hubby dah tanya, saya cakap mesin basuh semi auto lagi bersih cuci baju, tapi dah ada 3 orang anak, rasa tak terbuat..kain baju tunggu turn untuk dibasuh. Ada tu tunggu turn untuk disidai. Sistem pengurusan pakaian tidak teratur. Anak-anak dah bersekolah, pakaian mereka masih dalam almari bilik kami. Banyak sangat pakaian, banyak yang tak pakai juga, nak buang sayang, nak bagi dekat orang rasa macam buruk sangat.

Masa pregnant anak ke-4, bagitahu hubby saya dah tak termampu lagi nak basuh pakaian, minta  tukar dengan mesin basuh dia dekat rumah sewa dekat Perak. Kesian hubby, angkat mesin basuh sorang-sorang.

Sejak ada mesin basuh auto, rasa tak sabar nak membasuh, pakaian pun lagi bersih daripada mesin basuh guna mesin basuh semi auto, sampai tertanggal tag nama di tuala anak-anak. Suka membasuh, cadar paling kurang 3 hari basuh sekali. Mesin basuh 7kg sahaja. Tapi rasa bersyukur sangat dengan nikmat dunia ni, tak perlu menyental pakaian hari-hari. Asing je pakaian, letak dalam mesin basuh, letak sabun, tekan. Tunggu untuk dijemur. Tak sabar nak balik rumah basuh pakaian. (Rasa jauh ketinggalan)

Lepas setahun berlalu..

 Menjadi masalah pula tempat untuk sidai kain-kain yang dibasuh. Memang menjadi masalah untuk orang yang dok rumah bertingkat-tingkat. Ruangan untuk sidai kain memang tak de. Rasa nak sangat ubah tempat masak di kawasan sekangkang kera ubah suai tempat untuk sidai kain. Tapi fikir-fikir balik, tak berbaloi juga sebab kawasan tu sempit sangat. Masalah betul perempuan ni. Adoi.

Selalu nampak orang bawa pakaian sebakul besar, dalam hati..pergi mendobi lah tu, kenapa rumah tak de mesin basuh ke.. Complicated betul fikirkan orang lain.

Masa berlalu, usah nak fikirkan orang lain, masalah kita sekarang, baju bertimbun atas sofa, yang belum dibasuh, yang sudah dibasuh, yang dekat ampaian depan ruang tamu. Lebih-lebih lagi sekarang musim hujan.

Pusing kepala.. 

Tengah scroll fb, ada terbaca orang jual ansuran dryer dengan caption, Alhamdulillah, dah setahun tak sidai pakaian. Terus google cari maklumat.

Dan akhirnya ada dekat rumah.

Tadaa..
Dryer jenama Midea 6kg.

Tak menyempat mop dulu lantai dan buang sampah dekat  belakang tu. Excited nak try guna.
Sehari je dekat situ, tak sesuai dok tengah-tengah dapur, sebab dia panas.

Buat kira-kira..untuk dapatkan tempat yang sesuai, akhirnya jumpa.

Tadaa..


Berusaha saya pindahkan dapur, letak dryer ni sebab nak halakan haba keluar. Letak sebelah menyebelah mesin basuh dan dryer senang nak transfer pakaian. Akhirnya ada juga ruang laundary kita sendiri, walaupun kecil dan sempit, saya happy sangat.

Bibik baru kita.Alhamdulillah, banyak membantu. Dari segi bil bulanan, tak de la setinggi bayaran bulanan untuk yang guna penyaman udara. Kita guna paling banyak 3 kali sehari, paling kurang sekali guna untuk sehari. Kiranya berbaloi sangat la yang dok rumah yang tak de ruang sidai pakaian.


1. Jimat ruang, sebab dah tak de penyidai pakaian dekat ruang tamu.
2. Pakaian rasa lebih bersih sebab dia buang habuk sekali.
3. Tak de dah masalah kulat pakaian, sebab betul-betul kering. Boleh terus gantung dalam almari.



26 Disember 2018

Shopping Pakaian Sekolah 2019

Kali ini, kita memborang di Pasaraya Karnival, Pasaraya MM, dan Pusat Pakaian Hari-Hari dekat Meru. Ada juga beli online shoppe. Tahun ni tak banyak membeli, beli 2 helai seluar sekolah abang Bukhari sebab dah singkat sangat. 


Seluar sekolah abang Bukhari saiz 21

Saiz 21?!!😱

Tengok balik post tahun lepas, beli seluar saiz 22. Ayo..macam mana ni, beli makin singkat pulak.


Beli lain-lain jenama untuk tengok yang mana lebih elok, dari segi pandangan mata kasar kualiti sama, harga sama RM21.90 sehelai. 


Sampin Jony& Jeny RM 9.30

Beli sampin tu dekat Pusat Pakaian Hari-Hari selepas buat perbandingan dari segi kualiti dan harga dari beberapa jenama dan pasaraya. Beli 2 helai juga, sebab dah ada 2 helai yang sedia ada dan masih boleh dipakai.



Beli 1 tudung dekat pasar pagi dekat kampung sahaja, saiz S RM10. Suka beli awning lembut macam tu, rasa macam lambat buruk. Baju beli dengan kawan sepejabat, sebab dia tersalah beli saiz kecil sikit untuk anak dia, minta beli. Kualiti kain cantik, kain koshibo color putih nila, jadi tak cepat buruk.

Kain sekolah agama beli sehelai dekat Pasaraya MM, RM13.00. Kain sekolah kebangsaan ingat nak jahit, dah beli kain biru 2 meter, bidang 60 dengan harga RM 6 sahaja. Tak sabar nak menjahit. Tapi kalau tak sempat jahit, kain biru tahun lepas dah ada 2 helai, pastu hubby dah beli sepasang baju sekolah kebangsaan untuk kakak. Dah banyak sangat pakaian, kita dah rasa pening nak uruskan pakaian. 

Barang Persiapan sekolah
Dekat rumah banyak kedai RM2, jadi borang peralatan sekolah dekat situ sahaja. Kebanyakan barang persekolahan guna yang dah ada. Masih elok lagi, beg pun ok lagi. Hanger kena beli lebih sebab dah banyak pakaian nk digantung. Sharpener tu nak asah pencil color kakak Qaisara yang selalu tak de rumah untuk color-color (nak kena fikir bagi color dia tu dok dalam rumah dia, kalau tak..merata pencil color) . Tape tu persediaan nak balut buku teks. Tolong!!! sapa nak balut buku teks, minggu depan dah sekolah.

😱

Rumah K.I.T.A di kampung Kedai Buloh

 Assalamualaikum..

Baru kelapangan sikit untuk update blog. Masa terlalu pantas. Terasa sangat hidup ini satu persinggahan, namun kita yang masih bernyawa harus kecapi dan terus untuk menggembirakan hati kita dan orang di sekeliling kita. Harus fikirkan apakah yang perlu dibuat dalan waktu hidup ini, supaya bermanfaat untuk orang lain juga.

22 Julai 2018
 Acara perasmian buka tanah. Ayah banyak keluarkan tenaga dan kos dalam menyiapkan rumah k.i.t.a ini. Fikirkan memang ayah berminat, dan banyak pengalaman..jadi saya bagi kepercayaan penuh dekat ayah dan adik untuk pilihan design dan barang rumah macam mana. Lagi pun modal saya tak banyak, nak buat loan rasa tak berbaloi dengan bunga tinggi. Takut tak balik modal. Takut tak terbayar loan, sebab perancangan nak pencen awal. Keluarkan semua duit simpanan saya dan anak-anak. Kalau boleh, nak elak buat loan, tapi kalau tak cukup juga, terpaksa buat. Design rumah by Mohd Hermi Yah.




16 Ogos 2018

16 Ogos 2018




Acara melawat tapak oleh ayah, abi dan Safiya.

16 Nov 2018

12 Jan 2019
2 Feb 2019
2 Feb 2019
13 Feb 2019
14 Feb 2019

14 Feb 2019

14 Feb 2019

Jangkaan siap Jan 2019, tapi ayah kata banyak lagi tak buat..nampak gaya macam bulan Mac.

Kemaskini 29 Mac 2019




Tumpang rasmi bilik mandi.



Semoga  keluarga besar kita berbahagia dan silatulrahim berpanjangan hingga ke jannah. 
Tak sempat bergambar dengan penyewa.

1 Ogos 2018

Si Kakak Qaisara

Assalamualaikum..

Nak cerita suka duka membesarkan anak-anak..

Kakak, tudung mana? -umi
Dalam beg sek agama. - si kakak
Beg Sek Agama mana? -umi
Tak tahu. - si kakak

Emm.Lupa ambil dekat taska lah tu. Tudung sekolah agama sehelai je.

Umi, cikgu suruh bawa buku tulis no.2.4 dan 6. - si kakak

Rutin pagi hari kerja, minggu ke 3 sesi persekolahan tahun 2018..
Umi bangun kul 6 pagi siapkan air panas untuk mandi dan masak sarapan. Umi kena siapkan cepat sebelum anak comel umi bangun melekat dekat kaki. Kalau dah siap buat sarapan rasa lega sikit, sebab kalau anak comel bangun pun boleh bagi makan dulu. 

Malam td adik berjaga, tak sedap badan, demam lepas kena cucuk. Kesian adik.

Sebelum anak comel bangun umi tak leh jadi tarzan lagi.
Lepas anak comel bangun, barulah umi boleh jadi tarzan, kejut kakak dan abg si comel bangun mandi, solat, susun buku dalam beg. Hari-hari umi pesan susun buku dalam beg malam sebelum tidur, tak diendahnya.

Kakak dah jadi tabiat, termenung atas katil, termenung dalam bilik air, termenung dengan berselimut dengan tuala..klu umi tak keluarkan suara tarzan umi, tak geraknya.

"Kakak, sikat rambut ni sebelum pakai tudung, umi nak siapkan barang bekal adik ni, ni sikatnya."

selang seminit..

"Umi, sikat ni lekat." - si kakak
"Umi, buku aktiviti ni kena balut, hari ni kena hantar dekat ustazah." - si abang

Umi tengok jam, 5 minit lagi pukul 8, kelas start pukul 8. Selalu drama last minute macam ni.


Tengah balut buku, kakak datang lagi tunjuk rambut dia. Alang-alang pegang gunting, potong terus rambut. Adoi la kakak, macam mana boleh disimpulnya rambut dekat sikat, padahal rambut tak panjang pun.

Kakak pakai serkup rambut ni, nanti dekat taska ambil beg, dan tudung sek.

Sampai taska..

Kakak, kita dah lambat ni, cepat ambil beg sekolah agama. - umi
Beg sekolah agama dalam kereta. -si kakak
Abang, tolong cari beg kakak. -umi
Ada pun, cepat kakak, ambil tudung. - si abang


Malam nya umi sikat rambut, kenapa rambut kak ni kusut je, padahal tak panjang pun.
"Umi, sebenarnya ada semut ikat rambut kakak." - si kakak




15 Mei 2018

Balik Mengundi 2018 dan Cuti-Cuti PRU14

"Gu..balik la gu.."

Rasa tersentuh hati sangat.. 

Jadi, dengan semangatnya kami balik kampung juga untuk mengundi walaupun sekejap. Ambil je kakak dari taska pukul 6:30 petang terus bertolak.

Perjalanan kami meriah sangat..walaupun penat, tapi kami rasa bangga bila boleh balik kampung mengundi dan hilang rindu boleh jumpa ahli keluarga di kampung.


Lepas hubby mengundi, pukul 2.45 petang kami bertolak ke Seri Manjung, Perak.

Cuti yang dijangka, kami bercuti di Seri Manjung. 
Kebetulan ayah cik pun dapat cuti, jadi kami singgah ambil ayah cik di Naval Base, Pusat Tentera Laut. Rancangnya nak mandi manda di Marina. Pergi-pergi..tutup..tak de rezki anak-anak, jadi kami pergi Aeon Mall Seri Manjung sahaja. Biarkan anak-anak di Kids Zoona.





Mujur ada ayah cik melayan anak-anak buah dia. Umi sakit kaki, gara-gara semangat nak mengundi. sanggup beratur 40 minit.


Rumah abi tak de tv, mujur jiran kami abang sepupu. Dapat tengok pelantikan perdana menteri yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, jadi kami tak ketinggalan lah nak tengok secara langsung. Sambil-sambil tu, kami dihidang dengan perlbagai makanan. Nasuha suka sangat dia, dia tak leh tengok makanan, terguling-guling dia suko dapat makan macam-macam.

Ingat cukup dengan nasi, dihidang pula tapai yang mak saudara buat, walaupun sakit urat, tak leh lepaskan peluang. Nasuha pun suka. Bubur gandum lagi, tak pernah rasa. bila makan, bertambah-tambah. 

Ni dah bertukar hidangan.
Keesokan kami ke Lumut, ada playground dekat situ, suka la anak-anak.


Petang Sabtu kami bertolak balik Puncak Alam.

14 Mei 2018

Yakinlah Rezeki Itu Jaminan Allah

Tengah memikirkan, apakah aku berdaya untuk teruskan..macam mana dengan tahun depan dan seterusnya? Sambil-sambil check emel rasmi. 
Jumpa jawapan ini.



30 April 2018

Persiapan Barangan Baby

Projek barangan baby sempat buat 6 helai barut bayi dan set tilam sahaja.


First time buat barut bayi, tali cam pendek sikit. 


Sebelum kemaskan 1 tempat, try pasang dulu, teringin nak tengok.


Dapat 6 helai barut bayi .



Barangan keperluan banyak yang recycle je dan kalau yang baru pun beli dekat shopee, tak larat umi nak keluar bershopping dengan kaki sakit.

Longgok dulu sebelum masukkan dalam 1 bekas.



Belum asingkan lagi barang keperluan dekat hospital. Buat yang mana sempat dulu.


Rasa comel dan perlu je barang-barang ni, beli dekat shopee.

Barangan keperluan lain yang belum ada pampers newborn dan kelambu.

Sebenarnya banyak lagi projek barangan baby untuk nak buat, tapi macam ada je yang menghalang, Nasuha asyik demam, kaki umi tak baik-baik lagi. 
Ni dah nak dekat bulan puasa.
Fokus kepada projek raya pula.

23 April 2018

Kakak Nasuha

Muka nak demam
Kalau bagi makanan, sengeh je memanjang. Makan tak makan tak pe. Makanan adalah  hadiah yang  paling dia suka.



Juruh molek 
 Bila dapat makanan terus cari port dia.
Starting nak mengamok
Nasuha tak banyak kerenah, Nasuha budak yang baik. Bila dah kenyang makan, suka dia..berpusing-pusing. Kalau dia tak puas hati, rasa macam, teruk nya umi, buat apa sampai Nasuha terasa hati sampai macam ni. Maaf Nasuha, kadang-kadang umi rasa letih, tak larat nak main masak-masak dalam khemah, nak main air dalam bilik air berjam-jam. Nak naik kereta yoyo pusing2 dalam rumah, nak jalan-jalan dekat kawasan rumah. Nak masak sambil dukung.


Mujur ada abang dan kakak layan la sekejap adiknya yang sorang ni.
Nasuha dah besar, tak lama lagi nak dapat adik. Jadi Nasuha kena belajar untuk lebih berdikari dan faham umi yang makin tak larat nak dukung dan jalan-jalan.

Umi pun rindu diberi kesihatan yang baik seperti sediakala.

1 Mac 2018

Projek Barang Baby - Set Tilam Baby

Assalamualaikum.. Sekarang baby dalam kandungan 4 bulan, sekarang masa makin cepat je. Umi kena siapkan projek-projek umi nak buat sebelum bersalin.

First ummi kena siapkan tilam baby, sepanjang ada anak, rasanya tak pernah beli, guna apa yang ada, lipat toto atau pun yang orang bagi. Teringin juga nak ada set tilam baby, tengok comel-comel, tapi mahal sangat la pula harga. Masa anak awal-awal dulu kewangan masih belum kukuh, kena berjimat dan fikir beli barang yang lebih penting dulu. Dulu, guna apa yang ada sahaja, tak terasa nak beli macam-macam.

Tapi sekarang, bila dah ada mesin jahit, semua benda rasa nak jahit. Kain dah macam-macam jenis kain beli. Jadi, ummi tekad nak buat set tilam baby, kalau kesempatan, nak buat sarung bakul sekali, sebab bakul pun dah ada. Cuma tak tahu cara nak balut bakul bagi nampak kemas.

Kain cotton  design minnie mouse tu beli dekat Cotton House .
semeter=RM13.50 
(Guna dalam semeter setengah) 
= RM 33.75

kain merah, cotton biasa semeter = RM5.60 
(Guna dalam 2 meter)
=RM 11.20

kain cotton buat tilam dan bantal semeter = RM2.50 sahaja.
(Guna dalam 3 meter)
= RM 7.50

Beli dekat pasar pagi dekat kampung, kain lebihan kayu makcik yang jual tu cakap, tapi boleh panjang juga, umi beli 3 meter, ada panjang lagi lebih. Kain dia sejuk tak nipis dan tak berbulu lepas cuci byk kali, kualiti dia lebih baik dari cotton biasa. Sesuai la kot buat tilam dan bantal sebab kain dia sejuk.


Nak jahit tilam yang bonjol-bonjol, bukan pakai benang jahit kain biasa, guna benang kasar sikit. 
Benang Seketul = RM2
(Beli dekat kedai 2 ringgit. Tak habis pun seketul benang, kiranya sekali dengan benang jahit untuk cantum)
= RM 2

Kekabu? Umi guna isian  polyester fiber dari patung bantal, sebab kulit dah kotor, nak basuh kan nanti susah nak kering, kalau kering pun, polyester fiber rasa berketul dekat dalam bantal. Banyak patung dan bantal yang dah kotor tak pakai, jadi recycle je polyester fiber. Lerai-leraikan dahulu bagi gebu kembali.

Tapi kalau nak beli, harga dalam RM 17- RM 20 sekilo.

Kalau ada kesempatan, suka hati umi nak share cara buat tilam. Rasa teruja sangat, dan rasa nak buat lagi, sebab masa buat ni, tak ikut step betul, lupa..sebab last buat tilam masa umi sekolah rendah lagi. Lepas siap baru tanya ma  cara nak buat tilam. Tapi ok lah kot, silap step sikit sahaja.


Excited 2 orang budak ni. Umi risau terkencing je atas tila baru tu.


Antara sebab kenapa umi rasa lebih baik buat dari beli, sebab umi tak suka bantal tepi bentuk bulat, mudah tergolek, pastu bantal kepala biasanya tebal sangat, umi buat nipis je, sebab untuk baby kan, pastu kadang-kadang bonjol tilam tinggi sangat, selesa ke untuk baby kalau tinggi sangat. Kalau buat sendiri boleh ejas nak macam mana, walalupun kekangan masa, tapi umi tetap rasa buat sendiri lagi puas hati, walaupun tak secantik yang beli siap.
Pastu, sebab lain, umi kalau boleh nak clearkan mana barang simpan, tapi tak guna cam patung bantal lama. Nak buang sayang, tapi bila dah lerai, guna yang mana boleh guna, sarung patung atau bantal tu boleh buang sebab dah kotor kan. Rasa lega bila dah clear.

Lepas siap sarung set tilam baby ni nanti, umi total berapa habis. 

19 Februari 2018

Lepas Gian Menjahit

Assalamualaikum..

Kabaran dari kami, sejak ummi pregnant.. demam selsema berpanjangan, sekali dengan anak-anak. Dan setiap kali pregnant juga, idea ummi nak buat macam-macam, menjadikan rutin harian ummi bertambah sibuk. Tu belum termasuk rindu nak menjahit.




Dah lama tak menjahit, malam minggu lepas, anak-anak tidur awal, ummi selongkar pakaian yang tak pakai untuk buat sesuatu.



Yang kecil tu kakak punya.


Study cara buat bag dan terus buat, http://www.handmadiya.com/2016/12/three-cosmetic-bags-of-jeans.html.

Rasanya ukuran dia bagi tak termasuk basi, ummi silap ambil ukuran. Tapi okey lah jugak, asal bercantum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...