Pages

30 January 2018

Taman Botani Negara Shah Alam - Winter

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. kali ini umi, anak-anak adik-adik, ipar dan ma umi berkesempatan ke Tamana Botani Negara Shah Alam di bulan Januari 2018.

Terdapat empat jenis iklim mengikut Hemisfera Utara:

Musim Salji (winter) : November - Februari
Musim Bunga (spring) : Mac - Mei
Musim Panas (Summer) : Jun - Ogos
Musim Gugur ( Auturm) : September - November

Bayaran masuk TBNSA untuk dewasa hanya RM3 seorang dan kanak-kanak RM1 seorang.
Bayaran masuk Rumah Sederhana Ikllim 4 Musim (RISEM), dewasa hanya RM5 seorang dan kanak-kanak RM3 seorang.

Tengah tunggu bas.


Kali ini umi dan yang lain berkesempatan untuk mengunjung Rumah Iklim Sederhana 4 musim dan iklim pada masa itu ..WINTER. 


Bergambar depan pintu masuk Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM).






Kalau dulu, lorang ni tak leh masuk.




Tak tahan, sejuk sangat. Jangan lupa bawa baju tebal, kesian budak-budak kecil.




Keluar dari RISEM, lapar..terus buka bekal dekat wakaf tepi tasik, sebelahnya ada playground.


Lepas tu kami ke Taman Haiwan,

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dekat TBNSA, tapi masa tak mengizinkan, ma dan adik-adik nak balik Kota Bharu petang tu juga, terpaksa singgah mana yang sempat sahaja. 





Banyak perubahan yang telah dibuat, rasa berpuas hati sangat. Lain kali boleh datang lagi sebab banyak lagi tempat baru dibuka, rasanya umi nak kunjung Pelbagai Taman, rasanya taman-taman tu baru lagi kot, sebelum ini cam tak perasan pula ada.

Untuk mengetahui berita terkini TBNSA, boleh ke fb -->https://www.facebook.com/MyTBNSA8/

24 January 2018

Kepada Mu ku berserah

Hero kami - Laksamana Tarung

Yakinkan dalam diri, sesungguhnya, jika Allah mahu, Dia boleh bagi pertolongan kepada hambaNya dalam pelbagai bentuk. Janji kita usaha dan tawakal.

9 January 2018

Kemampuan dan Masa

Assalamualaikum..

Umi anak3 sekarang ni mood macam-macam nak buat, tapi tak terbuat.

  • kemas bilik stor. cari rak besi yang boleh letak atau susun banyak sikit barang. buang barang tak tak diperlukan. buang pakaian lama tak pakai.
  • kemas bilik anak-anak supaya lebih minat berkreatif dan membaca,
  • projek menjahit
    • baju sekolah qaisara tak habis jahit lagi, kain putih tak potong pun lagi
    • jahit baju mengandung. design dah cari.kain pun dah beli. pola tak start buat lagi
    • jahit set tidur baby, contoh dah ada dekat rumah. kain tak potong lagi.
    • jahit slot pensil color.
  • Buang habuk..berdebunya rumah..adoi. Tolong...
Rutin harian, balik keje, masak..berperang nga anak suruh mandi dan solat, makan malam, basuh baju, iron baju, ada masa lagi sapu lantai siap keperluan anak-anak untuk esok.

Bangun awal pagi solat isyak, subuh masak bekal adik dan breakfast abg, kakak breakfast dengan susu je. Again, berperang dengan anak suruh mandi, solat subuh , susun jadual. Biasa kul 8 baru diarang susun buku dalam beg, padahal sebelum tidur dah suruh buat. Bila nak keluar dari rumah cari beg tak jumpa, maksudnya diarang tak susun buku ikut jadual lah tu. Selalu buat ummi naik angin, nasib baik umi darah rendah. 

Nampak dekat situ pengurusan masa tak berapa betul.  

Hargailah masa yang ada.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3

5 January 2018

Hi-C Fruit Chewies - Catalog Cosway 25 Dis 2017 - 24 Jan 2018

Assalamualaikum..


Jangan lepaskan peluang dapatkan Hi-C Fruit Chewies di cosway berdekatan anda. Beli 4 dapat harga RM12.70 sebotol. Harga ni untuk ahli cosway sahaja dari 25 Dis 2017 - 24 Jan 2018. Daripada belikan anak-anak gula-gula jelly, lebih baik bagi Hi-C Fruit Chewies ni.

2 January 2018

Budak Bijak Kerisauan Umi

Assalamualaikum..

Dah lama tak cerita pasal si bijak Nasuha.


Anak-anak umi dah makin bijak. Nasuha dah pandai faham arahan. Tiru perkataan yang kita sebut. 
Tapi abi jadi aba, umi jadi mamam. (Nasuha sebut dengan senyuman, geram betul ini budak..macam saja je nak kenakan umi). Kakak dan abang boleh je dia sebut dengan betul,sebutan perkataan umi dah lari jauh.

Nasuha 1 tahun 5 bulan
Budak comel ni dah 1 tahun 5 bulan, tak minum susu lain selain susu umi. Buat umi risau sebab ketinggian budak comel ni dah kategori terbantut..walaupun hakikatnya memang umi dan abi tak berapa tinggi, tapi doktor pakar pemakanan kata tak sepatutnya budak comel ini graf ketinggian bawah pada line kuning.  Doktor suruh cari penyelesaian untuk budak comel ini makan dan minum susu. Kalau dari segi pemakanan, Nasuha jenis suka makan, cuma kuantiti kot tak banyak macam baby lain, tapi umi sendiri tengok dah rasa tak  mampu dah nak makan, tapi dia boleh lagi makan. Cuma menjadi kerisauan umi, Nasuha tak suka minum susu.

Umi bukan tak usaha, macam-macam susu beli, macam-macam botol, bekas air dan puting beli tapi semua dia tolak..tambah-tambah lagi kalau umi yang bagi. Minta orang lain bagi pun dia tak nak. 

Sehinggalah ma umi datang rumah..Guna puting susu Doctor Baby, bagi dia hisap minuman kegemaran dia dulu, kalau puting dah serasi, baru tukar dengan susu. Susu lembu putih semua dia tolak..try susu coklat. Habislah la jugak 1 OZ dalam keterpaksaan. Penemuan terjawab dia tak suka susu lembu putih, ma try lagi dengan susu kambing campuran..dah tak bau susu kambing pun, rasa manis. Jadi penemuan kedua, dia suka manis.


Susu-susu yang percubaan tak minum tu umi buat lemping. Susu coklat kakak Qaisara habiskan, kadang-kadang bila tengok Kakak Qaisara minum susu coklat, Nasuha nak juga, tapi dia minum paling banyak pun 2OZ.

Jadi umi kena usaha cari susu kambing, susu kambing yang ma umi bagi hari tu susu kambing campuran untuk orang dewasa, tak sesuai untuk budak 1 tahun. Lepas tu, mencari lah umi susu kambing yang sesuai dengan peringkat umur Nasuha, akhirnya umi beli susu kambing Mummylicious. Susu ni boleh diminum dari peringkat umur 1 tahun sehinggalah ke peringkat berumur, ibu-ibu mengandung pun boleh minum. 

Rupanya Nasuha dijodohkan dengan susu kambing, kalau tanya dia, Nasuha nak minum susu ke? Kalau dia nak, terus bangun tarik umi pergi dapur. Bagi botol susu, elok je pegang botol, baring sendiri, hisap susu botol. Bijak betul anak umi sorang ni, nak susu kambing rupanya.

Mummylicious
Mummylicious perisa asli RM45 /850gm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...