Pages

30 Januari 2018

Taman Botani Negara Shah Alam - Winter

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. kali ini umi, anak-anak adik-adik, ipar dan ma umi berkesempatan ke Tamana Botani Negara Shah Alam di bulan Januari 2018.

Terdapat empat jenis iklim mengikut Hemisfera Utara:

Musim Salji (winter) : November - Februari
Musim Bunga (spring) : Mac - Mei
Musim Panas (Summer) : Jun - Ogos
Musim Gugur ( Auturm) : September - November

Bayaran masuk TBNSA untuk dewasa hanya RM3 seorang dan kanak-kanak RM1 seorang.
Bayaran masuk Rumah Sederhana Ikllim 4 Musim (RISEM), dewasa hanya RM5 seorang dan kanak-kanak RM3 seorang.

Tengah tunggu bas.


Kali ini umi dan yang lain berkesempatan untuk mengunjung Rumah Iklim Sederhana 4 musim dan iklim pada masa itu ..WINTER. 


Bergambar depan pintu masuk Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM).






Kalau dulu, lorang ni tak leh masuk.




Tak tahan, sejuk sangat. Jangan lupa bawa baju tebal, kesian budak-budak kecil.




Keluar dari RISEM, lapar..terus buka bekal dekat wakaf tepi tasik, sebelahnya ada playground.


Lepas tu kami ke Taman Haiwan,

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dekat TBNSA, tapi masa tak mengizinkan, ma dan adik-adik nak balik Kota Bharu petang tu juga, terpaksa singgah mana yang sempat sahaja. 





Banyak perubahan yang telah dibuat, rasa berpuas hati sangat. Lain kali boleh datang lagi sebab banyak lagi tempat baru dibuka, rasanya umi nak kunjung Pelbagai Taman, rasanya taman-taman tu baru lagi kot, sebelum ini cam tak perasan pula ada.

Untuk mengetahui berita terkini TBNSA, boleh ke fb -->https://www.facebook.com/MyTBNSA8/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...