Pages

31 Disember 2018

Bibik baru k.i.t.a

Cerita saya dengan mesin basuh, anak nak masuk 4 baru merasa pakai mesin basuh auto. Sebelum ini, hubby dah tanya, saya cakap mesin basuh semi auto lagi bersih cuci baju, tapi dah ada 3 orang anak, rasa tak terbuat..kain baju tunggu turn untuk dibasuh. Ada tu tunggu turn untuk disidai. Sistem pengurusan pakaian tidak teratur. Anak-anak dah bersekolah, pakaian mereka masih dalam almari bilik kami. Banyak sangat pakaian, banyak yang tak pakai juga, nak buang sayang, nak bagi dekat orang rasa macam buruk sangat.

Masa pregnant anak ke-4, bagitahu hubby saya dah tak termampu lagi nak basuh pakaian, minta  tukar dengan mesin basuh dia dekat rumah sewa dekat Perak. Kesian hubby, angkat mesin basuh sorang-sorang.

Sejak ada mesin basuh auto, rasa tak sabar nak membasuh, pakaian pun lagi bersih daripada mesin basuh guna mesin basuh semi auto, sampai tertanggal tag nama di tuala anak-anak. Suka membasuh, cadar paling kurang 3 hari basuh sekali. Mesin basuh 7kg sahaja. Tapi rasa bersyukur sangat dengan nikmat dunia ni, tak perlu menyental pakaian hari-hari. Asing je pakaian, letak dalam mesin basuh, letak sabun, tekan. Tunggu untuk dijemur. Tak sabar nak balik rumah basuh pakaian. (Rasa jauh ketinggalan)

Lepas setahun berlalu..

 Menjadi masalah pula tempat untuk sidai kain-kain yang dibasuh. Memang menjadi masalah untuk orang yang dok rumah bertingkat-tingkat. Ruangan untuk sidai kain memang tak de. Rasa nak sangat ubah tempat masak di kawasan sekangkang kera ubah suai tempat untuk sidai kain. Tapi fikir-fikir balik, tak berbaloi juga sebab kawasan tu sempit sangat. Masalah betul perempuan ni. Adoi.

Selalu nampak orang bawa pakaian sebakul besar, dalam hati..pergi mendobi lah tu, kenapa rumah tak de mesin basuh ke.. Complicated betul fikirkan orang lain.

Masa berlalu, usah nak fikirkan orang lain, masalah kita sekarang, baju bertimbun atas sofa, yang belum dibasuh, yang sudah dibasuh, yang dekat ampaian depan ruang tamu. Lebih-lebih lagi sekarang musim hujan.

Pusing kepala.. 

Tengah scroll fb, ada terbaca orang jual ansuran dryer dengan caption, Alhamdulillah, dah setahun tak sidai pakaian. Terus google cari maklumat.

Dan akhirnya ada dekat rumah.

Tadaa..
Dryer jenama Midea 6kg.

Tak menyempat mop dulu lantai dan buang sampah dekat  belakang tu. Excited nak try guna.
Sehari je dekat situ, tak sesuai dok tengah-tengah dapur, sebab dia panas.

Buat kira-kira..untuk dapatkan tempat yang sesuai, akhirnya jumpa.

Tadaa..


Berusaha saya pindahkan dapur, letak dryer ni sebab nak halakan haba keluar. Letak sebelah menyebelah mesin basuh dan dryer senang nak transfer pakaian. Akhirnya ada juga ruang laundary kita sendiri, walaupun kecil dan sempit, saya happy sangat.

Bibik baru kita.Alhamdulillah, banyak membantu. Dari segi bil bulanan, tak de la setinggi bayaran bulanan untuk yang guna penyaman udara. Kita guna paling banyak 3 kali sehari, paling kurang sekali guna untuk sehari. Kiranya berbaloi sangat la yang dok rumah yang tak de ruang sidai pakaian.


1. Jimat ruang, sebab dah tak de penyidai pakaian dekat ruang tamu.
2. Pakaian rasa lebih bersih sebab dia buang habuk sekali.
3. Tak de dah masalah kulat pakaian, sebab betul-betul kering. Boleh terus gantung dalam almari.



2 ulasan:

  1. terima kasih atas info.. mmg tengah mencari dryer.. Kalau dah beli nnt, senang la keje kan..

    BalasPadam
  2. sama-sama. tak de info sangat pun. terima kasih juga singgah ke blog sendu ni..hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...