Pages

22 November 2019

Musim Hujan 2019


Sekarang dah start musim tengkujuh, 2 pasang kasut dan 5 pasang selipar dah tertanggal tapak. Jadinya pergi kerja dengan selipar.

Apa yang membahagiakan hati umi bila mana musim hujan, baju susah nak kering ialah.. bila semua kasut dan selipar boleh diguna pakai semula semasa hujan. Habbi tolong jahitkan. Dan baju kering tanpa kulat dalam almari dengan dryer, nasib baik tak jual. Ingat dah ada rumah bawah, rasa tak berguna dah dryer. Time musim hujan ni, rasa dia la hero kami. 

Bersyukur dengan nikmat dan rahmat Allah bagi.

Orkid Lagi

Lama-lama pandang orkid ummi gubah sebelum ni rs macam tak lengkap. Jadi umi fikir kena juga beli buloh untuk stabilkan kedudukan orkid. Beli buloh dekat kedai My One Shop , Rm4.50 =10 batang. Umi pilih color cerah.

Sebelum


Pembaruan daripada orkid sebelum ni, umi letak batang buloh. Setelah diejas dan digubah balik, ini lah rupanya..

Selepas

Gubah untuk office.

Disebalik tabir kerja-kerja ummi..

Bz sangat, banyak tempahan ni.

Dah nak siap, tinggal cucuk buloh.

Ada pula yang mengacau.
2 kuntum vs 3 kuntum



1 umi, 1 baby safiya gubah.
Umi sebenarnya nak gubah macam rimbun, banyak bunga..alang-alang pasu dan besar, tapi komen cik su, klu bunga sikit lagi nampak real orkid. So, komen diterima.

Cik su komen, hasil gubahan fiya boleh pergi jauh ni.

Pasu putih 4 segi tu harga seringgit, balik spray putih code 2.
Letak simen sikit dalam pasu tu bagi stabil.
Span bunga 1.
Pastu tampal Lumut hijau guna gam lilin panas. 
Daun orkid RM2.50.
Pokok daun hijau beli kedai Rm2. ambil sikit sahaja buat hiasan.
Batang buloh, guna sebatang sahaja.potong 3. RM 0.45
Bunga sekuntum Rm5.98X3



Asalnya beli pasu untuk tanam pokok hidup, nampak cantik pula design 4 segi macam tu klu color putih, kebetulan ayah ada, tanya ayah boleh tak spray putih pasu ni, dia kata boleh. Terus hati berbunga untuk buat pasu orkid. Hati dulu berbunga, lepas gubah, baru berbunga rumah dan ofis.

 

30 September 2019

Orkid




Terbaring macam tu pun dah cantik, tu belum gubah lagi. Sekarang ummi gila orkid, tapi belum kesempatan nak gubah, tapi tetap beli lagi yang lain, sebab tengok ada y murah dan cantik dan banyak kuntum dalam 1 tangkai.

update terus gambar lepas gubah, kebetulan singgah kedai ECO RM2, ada pasu sesuai.




Siap posing macam2 sudut



Pasu : RM 2.10
Bunga Orkid: 3x RM 6.66
Daun: RM 2.79
= RM 24.87

Bunga dan daun tu dari China, dapat murah sikit, tapi sekarang murah lagi RM5.98. Ummi order lagi 6 kuntum. Pasu tu dah siap ada span dan rumput karpet, tak la secantik lumut kering untuk hiasan bunga. Tapi okey je bagi ummi, tunggu lumut yang ummi order sampai, kita tabur. Pengikat tu minta kawan sebelah.









Pasu : RM 2.30
Bunga Orkid: 2x RM 6.80
Daun: RM 2.79
Span : RM1.60/2=RM 0.80
Lumut : RM 2.00
Gam UHU : RM 1.50
Daun Tumpang : RM 3.90/4
= RM 23.965

Orkid ni beli dalam Malaysia, tak nampak real sangat. Macam Kain polyester je kualiti kelopak bunga, daun beli China, pokok menumpang tu beli dekat kedai bunga area Tapah. Beli orkid ni sebab dia dalam 1 tangkai ada 9 kuntum.

Teringat ummi dengan lagu nasyid ni,

Hasbi Rabbi JallAllah,
Ma Fi Qalbi Ghayrullah,
Nur Muhammad Sallalah,
La Ilaha Ilallah,
Cintakan BUNGA Akan Layu,
Cintakan Manusia Akan Mati,
Cintakan Allah Kekal Abadi,
Itulah Cinta Cinta Yang Hakiki

Selalu kalau ummi sedih, ummi dgr lagu nasyid ni, sayu..makin sedih pula. Tapi sekarang anak 4, dah tak ingat nk buka lagu  ke apa, folder lagu pun kosong. Yang ummi ingat, bertukar jadi singa. Kuasa mak-mak ni, boleh bertukar jadi apa dia nak. Hebat kan?

31 Ogos 2019

Berkorban Demi Cinta

Gambar sekadar hiasan



Berkorban Demi Cinta

Bermula gemilang cahaya  Petunjuk pimpinan yang Esa  Menempuh jalan hidup di dunia  Cabaran yang silih berganti  Dugaan mematangkan diri  Mengajar erti hidup ini  Berjuang berkorban demi cinta  Suka dan duka suratanNya  Mengenal makna jalan bahagia  Masa yang silih berlalu  Semakin hampir saat itu  Ya Tuhan tunjukkan  Moga selamat bersamaMu  Biarpun bersama kekurangan  Namun bersyukur kurniaan Tuhan  Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri  DenganMu ku punyai segala  Tak kan beruntung seisi dunia  Limpah kurniakan petunjuk bantuan  Tempuh hari yang mendatang  Semoga?  Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi  Setiap detik masa dalam amalan jua  Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan  Semoga dengan ini jambatan menemui  Cinta yang sejati  Itu yang abadi  Berjuang mencari iman taqwa  Perisai menempuh pancaroba  Penentu tempat rahmat bahagia  Seiring teman dan saudara  Pimpinan tauladan baginda  Ya Tuhan bantulah  Moga selamat selamanya  Lagu : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)  Lirik : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)  Susunan Muzik : Kamal Halim  Penerbit : Kamal Halim  Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.





Suka perkongsian doa artis ni,

Ya Allah, Yang Maha Pemurah, yang Maha Merancang,
Berikan aku reseki seluas langitmu,
Rezki yang berkat,
Rezki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia sepertimana air zam-zamMu yang bertebaran di seluruh dunia,
Rezki yang tak pernah putus,
Rezki yang membawaku ke syurgaMu,
Rezki yang tak disangka-sangka,
Rezki yang menjangkau akal fikiran,
Rezki yang boleh  membantu untuk aku berdakwah di negara Islam dan membantu pendakwah-pendahwah ke seluruh dunia untuk mereka mendakwah,
Rezki yang boleh membawa aku, ibubapa, keluarga, sahabat, guru-guru dan kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah, 
Amin


24 Julai 2019

Family Day 2019

Assalamualaikum..

Umur sekarang ni, rasa kesempitan waktu.. waktu dengan family kita. rasa rindu ma ayah..rasa rindu waktu kecil, rasa rindu waktu bersama adik-beradik yang lain. Rasa rindu dekat kampung.

Beruntung juga ada adik-beradik yang pandai uruskan masa untuk kita bersama menikmati masa bersama keluarga besar kita, walaupun berkejaran. Faham, sebab ramai yang dah berkeluarga.

Selain saya, adik lelaki dan wife dia dok Langkawi, dan adik bongsu belajar dekat Pahang, yang lain semua dekat kampung. Rasa beruntungnya diarang dok kampung, tapi sebaliknya diarang kata kita yang beruntung dok luar.


Family Day Siri-2

Tarikh : 8/6/2019( sabtu)
Masa. : 5.00 ptg
Tempat : Bayu Beach Resort
Tema : putis
Tetamu Jemputn: Mok Su Anum & Family

🌻Tentatif Program 🐝🐝
🐞 5.00 ptg : makan2 BBQ
🐞 5.45 ptg : pertandingan Mewarna (pensil warna bwa sendri 😬) 
🐞 6.00 ptg: pertandingan Pecah belon
🐞6.10 ptg: Rebut  cekelat
🐞6.20 ptg: pertandingan make up paling kelakar(family)
🐞6.40 ptg: pertandingan fesyen
🐞6.50 ptg: Kalkulator deras(family)
🐞7.00 ptg: pertukaran hadiah 
🐞Bersurai..

Perancangan untuk buat family day disusun rapi dengan diKetuai, Pengurus Majlis Puan Hayati.


Semangat pengurus majlis, walaupun bertongkat dan ada baby.

Semangat kamu menjadi inspirasi kakakmu ni.


Hubby dan a long

Ayah, adik bongsu, k cik Suha

AJK Cendrahati


















Safiya dengan tokma nya




Bila buat program yang ada perancangan macam ni,baru lah nampak bakat terpendam masing2 dalam menguruskan program macam ni.






Malam nya, masing-masing tunjuk hadiah rahsia yang dapat melalui whatsap group.

Tahniah buat AJK program Family Yah 2019 untuk kali ini.

Percayalah, kamu beruntung dapat berbakti dekat ma ayah.

Semoga silaturahim antara kita berkekalan sehingga ke akhirnya.

30 Mei 2019

Safiya Warded

 


Safiya budak yang aktif, jenis keras tau.5 hari sebelum demam.


14 mei demam, cirit-birit, muntah



Badan dia dah lembek, 2 hari muntah, cirit-birit, bawa pergi klinik dan doktor buat surat untuk ke hospital.

 


 

Lain muka Safiya masa ni, kurus .




\


Abi paling sibuk, kena uruskan ank-anak sekolah, balik sek agama datang hospital buka puasa sama-sama. Ma ayah dan mertua dekat kampung risau bila dengar cucu mereka masuk hospital. 

6 hari 5 malam umi berehat bersama Safiya di hospital. Doktor bagitahu adik terkena rota virus, kami di asingkan dengan pesakit lain takut berjangkit. 

Bila terjadi dekat anak macam ni, umi sebagai ibu rasa gagal menjaga anak-anak dengan baik sampai jatuh sakit macam ni. Umi warded buang apendix hari tu disebabkan rota virus.



Tapi dekat hospital ni, umi rasa dapat berehat sebab makan minum semua orang sedia. Tak perlu fikir nak bagun sahur masak apa.😁



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...