Pages

25 Januari 2019

Jahit Seluar Sekolah Agama

Assalamualaikum..

Baru beberapa hari sekolah, seluar dah koyak, ibu mana tak hangin kan. Sebelum ni, beli kain koshibo yang putih nila untuk buat seluar sekolah agama anak, kain jenis tu cantik dan senang nak jahit. Tapi fikirkan, bila terjatuh sahaja koyak kainnya dekat kepala lutut, terfikir nak cari kain yang tebal sikit. Terfikir kain yang jahit baju uniform jururawat..jadi saya beli lah 3 meter dekat shopee. Bila kain dah sampai, tak tahu pula nak potong kain ikut ira kain macam mana, tak pandai istilah melintang menegak kain. Tanya sifu..

Kali ini saya nak tunjuk cara potong seluar cara saya.

1. Pola seluar tak de, jadi saya gunting atas jahitan seluar yang dah koyak.  Gunting yang sebelah dalam sahaja, jahitan sebelah tepi saya tak gunting, biarkan sahaja. (Cara potong kain orang malas dan nak cepat)
2. Lipat 2 kain putih.
3. Seluar yang dipotong ikut jahitan tadi dijadikan pola.
4. Tanda dengan lebihkan 1 inci untuk tepi kiri san kanan. (saya guna 1 inci sebab nanti bila nak jahit tepi akan terpotong sikit.)
5.Sebelah atas saya akan lebih kan 3 inci untuk letak getah pinggang dan ukur labuh yang nak dan lebih kan dalm 2 inci untuk jahit lipatan bawah kaki.


Garisan tengah tu perlu letak ikut alur benang kain. Gambar yang saya ambil ni cam senget sikit.


Saya jahit getah penuh. Tak pandai guna pengeras pinggang. Sifu bagitahu kalau full getah, depan belakang tak perlu buat tinggi rendah. Tapi kita dah siap jahit. 😀



Bagi. mudahkan anak tahu mana depan, saya jahit depan macam tu.


Anak okey sahaja, dengan seluar yang sedikit keras dan getah pinggang yang nampak tak selesa. Lama-lama lembut la tu kainnya. Saya rasa macam tak sesuai guna getah untuk pinggang sebab kain tebal. Kain yang saya beli 3 meter tu, saya boleh dapat 4 helai seluar, nanti yang lain saya nak cuba jahit separuh getah, separuh pengeras.

atau beli sahaja dekat shopee yang siap.. tak perlu pening-pening kepala.




15 Januari 2019

Sarapan Pagi Anak-Anak Ummi

Sekarang minggu ke-3 sesi persekolah 2019. Anak sulung saya dah darjah 4. Banyak dah boleh diharap, cuma masih penakut lagi. 

Kalau 3 tahun lepas, saya hanya fikirkan abang Bukhari sahaja nak makan apa pagi-pagi, sekarang saya dah ada 4 orang anak yang perlu disiapkan sarapan, kalau ada lebih boleh buat bekal. Kalau tengok bekal saya sediakan rasa macam tak iklas je sebab tak cantik cam orang lain sediakan, jauh sekali nak bento-bento. Bento-bento cantik hanya dalam imiginasi saya sahaja, nak masak simple pun berperang.

Anak ke-2 Hana Qaisara @ Kakak, darjah 2,

Kakak: Ummi, botol air masak kakak tertinggal la.
Ummi: Sapa suruh lambat? Biasa kakak beli apa dekat taska?
Kakak: Kalau kakak bawa air, kakak beli makanan sahaja. Kalau kakak bawa bekal. Kakak makan bekal. Kalau tak bawa air, rasa macam bulan puasa.

Mata menjeling jam kereta, 7:50 pagi. Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala, sebab itu juga paracetamol sentiasa ada dalam handbag ummi. Saya tak boleh stress dalam semua urusan, kena tenang.. Sarapan dan buat, cuma tak sempat letak dalam bekas, tinggal macam tu je dalam kuali.

Ummi : Okey lah kakak, jom kita balik rumah, ambil bekal dan air. Ummi ada beli air kotak, kakak nak perisa coklat ke susu?
Kakak : Kakak nak perisa coklat, susu untuk ummi. Tapi kakak nak 2.
Ummi : Dah bawa air masak tu, cukup la 1, pagi air masak dan bekal, petang coklat.
Kakak : Ummi, tengahari dah ada air milo dekat transit.


Teringat 4 tahun lepas, anak sulung darjah 1, teruja mak anak sekolah, nak siapkan bekal setiap hari, siap beli barang-barang untuk bento. Kesudahnya, anak tak nak bawa bekal sebab ummi dia sediakan kari ayam, habis tumpah kuah kari dalam beg. Bento pun tak pernah terbuat.
😌

Daripada pengalaman, ibu-ibu jangan teruja sangat, buat bekal yang simple dan mudah untuk anak-anak makan. Elakkan berkuah. Anak darjah 1 tak reti lagi nak handle. Stress juga anak-anak kalau paksa bawa bekal, dengan beg sarat dengan buku-buku, berat..lengoh bahu. Kalau dia nak bawa bekal, baru sediakan. Adjust  sikit masa kalau nak bento sangat.

Anak ke 3, Kak Cik Suha @ Nasuha

Bangun pagi, mesti cari makanan, terus duk dekat meja makan dia. Selagi tak makan, tak nak pergi taska. Bagus betul anak-anak ummi ni. 

Biasa kalau sarapan berkuah, makan dekat rumah sahaja, tak bawa bekal.

Menu abang : sandwich telur, roti sosej bersos, roti gulung sosej, roti john, ayam goreng,buah
Menu kakak : Nasi/ mee/ megi/ bihun/ kue tiew goreng , buah
Menu Kak Cik Suha :  Nasi/ mee/ megi/ bihun/ kue tiew goreng @ nasi air beli , buah, keropok ikan, 'jeput pise' , 'jeput nasi'
Menu Baby Safiya : Nasi beras wangi bland


10 Januari 2019

Bingka Pandan Lemak Berkrim


Bahan-bahan :

  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gandum
  • 1 cawan santan
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula
Sedikit biji bijan untuk ditabur


Cara-cara:
  1. Blend semua bahan.
  2. Letak minyak sikit dan rata kan dalam loyang yang sesuai.
  3. Tuang adunan dalam loyang, bakar sekejap kemudian tabur bijan.
  4. Bakar dalam suhu 180 dalam sejam 15 minit atau sehingga masak dengan kepanasan atas bawah. Dekat nak masak, guna kepanasan atas sahaja untuk bakar bijan yang di tabur tadi.
Saya suka sangat kuih tradisional yang bau pandan, kuih bingka resepi ini saya suka sebab rasa lemak berkrim lain dari yang lain. Dapat resepi dari kawan. Letak dekat sini supaya tak hilang lagi resepinya. Sayang kan kalau benda yang senang dan sedap tak kongsi, nanti kan hilang atau lupa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...