Pages

25 Januari 2019

Jahit Seluar Sekolah Agama

Assalamualaikum..

Baru beberapa hari sekolah, seluar dah koyak, ibu mana tak hangin kan. Sebelum ni, beli kain koshibo yang putih nila untuk buat seluar sekolah agama anak, kain jenis tu cantik dan senang nak jahit. Tapi fikirkan, bila terjatuh sahaja koyak kainnya dekat kepala lutut, terfikir nak cari kain yang tebal sikit. Terfikir kain yang jahit baju uniform jururawat..jadi saya beli lah 3 meter dekat shopee. Bila kain dah sampai, tak tahu pula nak potong kain ikut ira kain macam mana, tak pandai istilah melintang menegak kain. Tanya sifu..

Kali ini saya nak tunjuk cara potong seluar cara saya.

1. Pola seluar tak de, jadi saya gunting atas jahitan seluar yang dah koyak.  Gunting yang sebelah dalam sahaja, jahitan sebelah tepi saya tak gunting, biarkan sahaja. (Cara potong kain orang malas dan nak cepat)
2. Lipat 2 kain putih.
3. Seluar yang dipotong ikut jahitan tadi dijadikan pola.
4. Tanda dengan lebihkan 1 inci untuk tepi kiri san kanan. (saya guna 1 inci sebab nanti bila nak jahit tepi akan terpotong sikit.)
5.Sebelah atas saya akan lebih kan 3 inci untuk letak getah pinggang dan ukur labuh yang nak dan lebih kan dalm 2 inci untuk jahit lipatan bawah kaki.


Garisan tengah tu perlu letak ikut alur benang kain. Gambar yang saya ambil ni cam senget sikit.


Saya jahit getah penuh. Tak pandai guna pengeras pinggang. Sifu bagitahu kalau full getah, depan belakang tak perlu buat tinggi rendah. Tapi kita dah siap jahit. 😀



Bagi. mudahkan anak tahu mana depan, saya jahit depan macam tu.


Anak okey sahaja, dengan seluar yang sedikit keras dan getah pinggang yang nampak tak selesa. Lama-lama lembut la tu kainnya. Saya rasa macam tak sesuai guna getah untuk pinggang sebab kain tebal. Kain yang saya beli 3 meter tu, saya boleh dapat 4 helai seluar, nanti yang lain saya nak cuba jahit separuh getah, separuh pengeras.

atau beli sahaja dekat shopee yang siap.. tak perlu pening-pening kepala.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...