Pages

24 July 2019

Family Day 2019

Assalamualaikum..

Umur sekarang ni, rasa kesempitan waktu.. waktu dengan family kita. rasa rindu ma ayah..rasa rindu waktu kecil, rasa rindu waktu bersama adik-beradik yang lain. Rasa rindu dekat kampung.

Beruntung juga ada adik-beradik yang pandai uruskan masa untuk kita bersama menikmati masa bersama keluarga besar kita, walaupun berkejaran. Faham, sebab ramai yang dah berkeluarga.

Selain saya, adik lelaki dan wife dia dok Langkawi, dan adik bongsu belajar dekat Pahang, yang lain semua dekat kampung. Rasa beruntungnya diarang dok kampung, tapi sebaliknya diarang kata kita yang beruntung dok luar.


Family Day Siri-2

Tarikh : 8/6/2019( sabtu)
Masa. : 5.00 ptg
Tempat : Bayu Beach Resort
Tema : putis
Tetamu Jemputn: Mok Su Anum & Family

🌻Tentatif Program 🐝🐝
🐞 5.00 ptg : makan2 BBQ
🐞 5.45 ptg : pertandingan Mewarna (pensil warna bwa sendri 😬) 
🐞 6.00 ptg: pertandingan Pecah belon
🐞6.10 ptg: Rebut  cekelat
🐞6.20 ptg: pertandingan make up paling kelakar(family)
🐞6.40 ptg: pertandingan fesyen
🐞6.50 ptg: Kalkulator deras(family)
🐞7.00 ptg: pertukaran hadiah 
🐞Bersurai..

Perancangan untuk buat family day disusun rapi dengan diKetuai, Pengurus Majlis Puan Hayati.


Semangat pengurus majlis, walaupun bertongkat dan ada baby.

Semangat kamu menjadi inspirasi kakakmu ni.


Hubby dan a long

Ayah, adik bongsu, k cik Suha

AJK Cendrahati


















Safiya dengan tokma nya




Bila buat program yang ada perancangan macam ni,baru lah nampak bakat terpendam masing2 dalam menguruskan program macam ni.






Malam nya, masing-masing tunjuk hadiah rahsia yang dapat melalui whatsap group.

Tahniah buat AJK program Family Yah 2019 untuk kali ini.

Percayalah, kamu beruntung dapat berbakti dekat ma ayah.

Semoga silaturahim antara kita berkekalan sehingga ke akhirnya.

2 comments:

  1. bestnye puok dia...ramaiiiii sguhhh...untung adik beradik boleh buat kiro blako..pandai urus majlis..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...