Pages

30 September 2019

Orkid




Terbaring macam tu pun dah cantik, tu belum gubah lagi. Sekarang ummi gila orkid, tapi belum kesempatan nak gubah, tapi tetap beli lagi yang lain, sebab tengok ada y murah dan cantik dan banyak kuntum dalam 1 tangkai.

update terus gambar lepas gubah, kebetulan singgah kedai ECO RM2, ada pasu sesuai.




Siap posing macam2 sudut



Pasu : RM 2.10
Bunga Orkid: 3x RM 6.66
Daun: RM 2.79
= RM 24.87

Bunga dan daun tu dari China, dapat murah sikit, tapi sekarang murah lagi RM5.98. Ummi order lagi 6 kuntum. Pasu tu dah siap ada span dan rumput karpet, tak la secantik lumut kering untuk hiasan bunga. Tapi okey je bagi ummi, tunggu lumut yang ummi order sampai, kita tabur. Pengikat tu minta kawan sebelah.









Pasu : RM 2.30
Bunga Orkid: 2x RM 6.80
Daun: RM 2.79
Span : RM1.60/2=RM 0.80
Lumut : RM 2.00
Gam UHU : RM 1.50
Daun Tumpang : RM 3.90/4
= RM 23.965

Orkid ni beli dalam Malaysia, tak nampak real sangat. Macam Kain polyester je kualiti kelopak bunga, daun beli China, pokok menumpang tu beli dekat kedai bunga area Tapah. Beli orkid ni sebab dia dalam 1 tangkai ada 9 kuntum.

Teringat ummi dengan lagu nasyid ni,

Hasbi Rabbi JallAllah,
Ma Fi Qalbi Ghayrullah,
Nur Muhammad Sallalah,
La Ilaha Ilallah,
Cintakan BUNGA Akan Layu,
Cintakan Manusia Akan Mati,
Cintakan Allah Kekal Abadi,
Itulah Cinta Cinta Yang Hakiki

Selalu kalau ummi sedih, ummi dgr lagu nasyid ni, sayu..makin sedih pula. Tapi sekarang anak 4, dah tak ingat nk buka lagu  ke apa, folder lagu pun kosong. Yang ummi ingat, bertukar jadi singa. Kuasa mak-mak ni, boleh bertukar jadi apa dia nak. Hebat kan?

2 ulasan:

  1. cantik sgt..suka tgk..bestnye kalu ada kat ofis ni..sejuk mata tgk memandang..boleh ambik order dah tu :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...