Pages

30 Mac 2011

Khabar dari kami

Asssalamualaikum..

Ma dan ayah apa khabar? Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan ma dan ayah di sana.

Bukhari dah makin berat, makan banyak.

Ma, hari ni..kita try masak ikan siakap kukus. Kita tak pernah makan ikan kukus..tak tahu macam mana rasa. Tapi, klu tengok resepi..boleh agak rasa dia macam mana. Selama ni kita tak tahu ikan siakap yang jual kat kedai tu bau hanyir sebab ikan pero. Lama dah, cakap kat Leh nak masak ikan kukus.. x de masa dah nak kukus ikan sebab dia dah nak balik Manjung malam ni.. Pagi tadi sebelum pergi kerja, try kukus ikan siakap seperti bayangan rasa cam dalam resepi.ALhamdullah..Leh kata lebih sedap dari kat kedai. Cuma kat kedai ada sayur bunga kubis dan tauchu. Ikan tu kita cuci dengan asam jawa semalaman tak  bagi hanyir.  x dang nak ambil gambr, dah habis..makan sebelum pergi kerja. Bukhari pun makan banyak. Sekarang, dia pandai makan sendiri.

Ubat bertih kat muka Bukhari yang warna putih tu, tak banyak pun bertih kat muka.


Setakat ini dulu khabar dari kami, dah dekat nak balik kerja. Hari ni nak pergi Pasar Malam dan hantar Leh station bus.

K la.. Lain kali kita post kan lebih banyak berita terkini Bukhari yang semakin bijak.

Salam rindu dari kami.



21 Mac 2011

KetentuanNya..bahagian 2

Hari minggu bersama Bukhari..

Bukahari dah tidur.Esok hari Sabtu, x tahu nak makan apa malam ni. Apa-apapun, rebus la ikan ayo dulu sambil kemas dapur. Pening la pulak bau ikan rebus, x leh nak makan ni, goreng telur mata la..best jugak..lama tak makan telur+kicap+bawang goreng... Makan nasi sambil tengok cerita korea.

Lepas subuh memang tak leh sambung tidur, Bukhari kena makan dulu. Nak makan nasi, berat sangat pulak..dah la tak mandi lagi. Goreng roti je la. Sementara Bukhari makan roti, boleh masak untuk makan tengahari. Hari ni nak gulai kari ikan 'ayo'.

Bukhari bersarapan dengan Roti Goreng sambil tengok TV


Suka main air


Nak dok dalam bilik air lagi, siap bye-bye lagi kat ummi tanda boleh tinggal dia dalam bilik air, pahtu mata intai-intai kat luar, tahu takut.

Aktiviti petang Sabtu, keluar jalan-jalan kat bawah flat sambil-sambil tu, buang sampah. Sambil tengok Bukhari jalan-jalan tu, sambil aku berkhayal..andai ada orang jumpa beg duit.. mesti orang tu bagi kat pejabat flat ni. dan notis akan keluar dan tampal kat peti surat. Aku pun..dengan lemah..tengok kat dinding tempat biasa notis ditampal. Alangkan terkejut ..tp betul ke beg duit aku ..Cepat-cepat aku cabut notis tu dan dukung Bukhari naik atas.


Beg oh beg

Alhamdulillah. Aku dapat semula beg duit aku..dalam tu ada RM 75 dan kad atm. tapi kad tu dah tak leh guna dah la. Apa pun aku bersyukur dan berterima kasih sangat kat orang yang baik hati buat notis tu.

SMS: Walaupun bulan ni aku sering ditimpa malang, tapi nasib selalu menyebelahi aku.


18 Mac 2011

KetentuanNya..

Hari-hari sepanjang berada dengan Bukhari..x tahu nak masak apa. Lauk pun dah habis, nak keluar g beli kat kedai dekat rumah..rasa malas. hanya tinggal lauk kering cam ikan bilis dan ikan kering. 3 malam berturut-turut masak nasi lembik+bawang goreng+ikan bilis goreng. Time rajin nak keluar, hujan pulak.

        
                          

                                      
                                                          






Pasar malam hari Rabu, singgah kejap, beli kunyit hidup, lada, daun pandan, daun kesum,ikan..rasa nak makan asam pedas dan bubur kacang hijau.Bukhari makin berat sekarang sebab makan bubur nasi ikan bilis. Banyak jugak dia makan. Lengoh tangan dukung dia, dah tahu lengoh tu, x cadang la nak beli buah atau ayam..walaupun rasa nak makan buah..Udang kat pasar malam segar-segar...terpaksa tengok je la

Malam tadi ingat nak buat puding karamel, takut-takut ada tetamu hari minggu..boleh hidang. Bukhari pulak meragam, lapar kot. Goreng mee kering bersama telur. Berselera betul Bukhari... tengah-tengah makan, baru teringat. Beg kecik yang bawa g pasar malam tu letak kat mana....ada kad atm bank Islam dalam tu. Duit ada dalam RM70 dalam beg kecik tu. Cari dalam kereta, x jumpa juga.

Flash back semula...last keluarkan duit masa beli ikan kat Pasar Malam, sebab beg tu kecik duit RM50 tersangkut..tolak jugak zip, dalam pada itu beringat tak bagi jatuh beg duit tu sebab ada lebih pada RM50. Lengoh tangan, tukar pulak dukung Bukhari dengan tangan kanan dan pegang barang dengan tangan kiri. Kunci kereta pun, jangan jatuh...nanti kan hilang, susah aku nak pergi kerja. Kunci letak dalam pastik sayur. Letak barang-barang kat bahagian depan, letak Bukhari..Bukhari nangis sebab takut ummi dia tinggal.Masuk dalam kereta, Bukhari menangis kuat... masa tu tak ingat dah kat beg kecik tu.  Kemungkinan jatuh masa tukar tangan dukung Bukhari atau masa letak barang, sebab masa tu dukung Bukhari lagi, pintu kereta tak boleh buka luas sebab ada kereta parking tepi.

Pagi ni, aku pergi Bank Islam, Shah Alam. Tengok dalam google maps cam jauh je. 2 kali pusing tempat sama baru jumpa. Lupa, bank buka pukul 9:30. Aku pergi awal.. adik kaunter pertanyaan Bank Islam minta aku fotostart IC. Pergi la kedai koperasi dekat situ..tunggu sampai kul 10 lebih, tak buka-buka. Hubby call, dia suruh blok kan pengeluaran duit melalui kad lama tu dulu. Lupa pulak nak sekat pengeluaran, minta adik kaunter pertanyaan sekat pengeluaran duit dan tanya dia bila boleh siap kad baru. Adik tu cakap 3 hari kerja baru siap. Kesian adik tu, tolong aku cari mesin fotostart..tolong fotostart untuk aku, sebab lama sangat aku kat situ kot.

14 Mac 2011

14 March..

Hemmmmm..Mengeluh....Kata orang banyak mengeluh bawa malang. Tapi biasa orang mengeluh bila sesuatu buruk/ malang yang menimpa.
Banyakkan Istiqfar, bukan mengeluh...kita orang islam.

14 Mac, merupakan tarikh aku dilahirkan. Hari ini, ku fikirkan sinar suria akan menyinari hidupku. Memang betul  la, sinar suria menyinari...dah lewat nak pergi kerja, kat luar dah cerah. Baju, tudung tak iron lagi, x pe la..buat susu untuk Bukhari dulu, bagi dia tak 'melaung', ummi dia nak solat Subuh dulu, kalau mandi dulu..buat nye berjam dalam bilik air main air paip.

Tektik pertama berjaya, Bukhari melaung juga lepas susu dia habis..sedang 'molek' la aku selesai solat. Angkat dia pergi bilik air..bagi semua 'gajet2' dalam bilik air buat mainan dia. Sementara aku mandi.

Tektik ke-2 berjaya. Alhamdullah.Tengok jam dinding dah pukul 7:05 pagi. patut nya time ni aku tengah pakai tudung. Buat-buat cool, aku ni tak boleh menggelabah, nanti semua benda tak menjadi. Tukar pampers Bukhari. Masukkan barang Bukhari dalam beg, semua dah siap, aku pakai baju tak bergosok pun tak pe, baju ni tak nampak sangat berkedut, gosok tudung je. Sementara mata  tengok Bukhari tergolek-golek keriangan di atas tilam...Ahh...tudung aku..Fuhh..nasih baik tak hangus tudung buruk ni, kerut sikit je.

Baju, tuala, beg plastik..semua dah ada dalam beg..botol susu kosong kat tangan Bukahri. Susu bukhari tak masuk lagi dalam beg. Masukkan cepat sebelum terlupa. Kad Pintar Serbeguna dah sangkut kat lehir, kunci semua ada kat atas rumah ikan-ikan kecil. apa lagi...takut-takut terlupa.

Brekkkkkk.... serentak dengan bunyi itu, aku memandang jam dinding..7:18 pagi. Patut nya time ni aku dah ada dalam kereta. Sementara menunggu Bukhari puas.... aku siapkan barang-barang aku dalam beg.Dah? Jom Bukhari...basuh dulu..bucuk...huhuhu.

Mesti Bukhari lapar, buatkan susu botol la, lagipun botol susu dah kat tangan dia, nak panaskan air dulu ke? buat 5 oz?cukup dah tu. Jom Bukhari, sebelum lampu flat 'off', nanti tak nampak pulak nak buka pintu pagar..

Ok, dah dalam kereta. Jam kat dalam kereta pukul 7:26, rasanya x lewat sangat. Bukhari boleh bersandar sambil menikmati susu botol, bagus anak ummi ni. Ummi nak bersiap kejap...sementara enjin kete cukup panas untuk bergerak. Sambil 'menempek' bedak Miyami kat muka, fikiran aku mesti kat rumah..review balik apa yang aku buat, yang aku lupa nak buat..iron dah simpan dalam almari.suiz semua dah off kecuali enjin air rumah ikan-ikan kecik. gas,api, air.....? Tadi buat susu Bukhari, aku pasang api ke?

Astaqfirullahhalazim...jauhi la aku dari gangguan syaitan. Banyak kali aku istiqfar..80% - yakin aku tak nyalakan api. tapi ada lagi 20% mengatakan, "baik tengok..nantikan 1 flat meletup, lewat tak pe.., alang-alang lewat". Kuat kan semangat... jom Bukhari...kita naik atas..Alhamdulillah..kan aku dah cakap, memang aku tak pasang api pun, kan air tu aku dah panaskan masa nak solat subuh.

Boleh start kereta dan terus bergerak..kenapa kereta kelisa kat depan ni x bergerak lagi?..kereta student kot, class dia lewat hari ni..kat tepi ni pun kereta kelisa.student jugak kot. susah nak keluar ni.Tak pe Bukhari..kita pergi atas dulu, tak kan nak paksa jugak kalau kereta panjang ni tak boleh menembusi sekatan kelisa. =)...nanti di Kad kehadiran tulis sebab, parking kena blok 2 kereta kelisa.

Alhamdullalah..walaupun dah lewat, nampak kereta lain cam tak sebanyak biasa yang mengganggu perjalanan kami. Jangan terburu-buru, Istiqfar....dah masuk jalan utama, nampak jalan cam lebih clear dari biasa. Kereta saga lama warna kelabu kat depan kereta aku pandu..kenapa tiba-tiba berhenti? Lupa jalan kot..dah gerak pun dia.. Makcik yang pandu...lampu kat depan dah hijau..tapi mungkin x sempat kot sebab jauh lagi, nanti lampu hijau ke-2...yakin!!huhuhu..sempat lagi.

Ok dah hijau balik..bersedia..mata semakin bulat..Bukhari..kenapa nga kereta kat depan ni? Nampak makcik tu menggelabah, kereta yang dipandu tersekat-sekat cam kucing nak muntah tersangkut tulang ikan kat tekak. Astaqfirullahhal azim..kuat lagi dugaan makcik tu dari aku. kerata kat belakang dah bising. Aku cuba untuk masuk lain line lain, tiba-tiba kereta makcik tu bergerak juga walaupun x selancar..sangkaan aku dia pergi tepi la, tapi dia teruskan jugak perjalanan.

Lampu mula kuning dan merah..nampaknya..x sempat juga aku. x pe..cool,istiqfar. Makcik tu pandang aku melaui cermin sisi kereta. Mengelabah dia, kenapa la dia tak parking tepi je, ni..lampu hijau pasni..x gerak pulak. Buatnya kereta dia mampus kat tengah-tengah jalan, jem teruk la jalan kat pintu belakang UiTM ni.

Lampu dah nak hijau, kereta makcik tu cam bersedia dah nak gerak..1,2,3..hijau..go!! Alamak..kereta dia tak gerak,aku tengok cermin sisi..nak masuk line lain..kereta makcik tu mungkin dah tak boleh diselamatkan. Aku memecut kereta ku, ehh..makcik ni..laju pula dari aku. mesti dia tekan minyak tahap maximum ni.

Akhirnya, rintangan dari kereta saga lama makcik tu dah dapat diatasi selepas makcik tu membelok kereta dia ke arah lain. Dalam kereta, aku cuba-cuba buat cool, berbual dengan Bukhari, kadang-kadang buat nangis ala-ala heroin korea (pengaruh drama bersiri korea- malam tadi tengok cerita Goong sampai kul 12 tengah malam).

Lepas Bukhari selamat dihantar ke taska, aku terus memecut kereta..mesti makan minyak banyak ni, tak pe la, bukan selalu kan. Lif kat bangunan SAAS ni bukan boleh pakai, kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Malas aku nak bertaruh yang hari ni lif tu ok ke tak. Baik aku senaman untuk jantung. Tingkat 5 bukan tinggi sangat pun, student dan  lecturer yang tingkat 14 boleh je guna tangga. Kuat semangat...

Alhamdulillah..akhirnya aku sampai ke garisan penamat dengan catatan masa 7:54 pagi. Ingat paling awal pun 7:59 pagi..Alhamdulillah..bersyukur sekali lagi kerana dikuatkan semngat ku.

Ya Allah, ya tuhan ku, permudahkan la berjalanan hidupku. Amin.

7 Mac 2011

Family Day - Impian Rimba

Akhirnya dapat juga merasa family day, setelah banyak kali terlepas peluang. Untuk menikmati lebih rasa family day, kami menaiki bas UiTM, awal pagi lagi kami dah pertolak ke Hulu Langat, Impian Rimba.

Sebelum bertolak

Dahaga sangat


Jeling-jeling..

Antara acara yang abi sertai
Banyak kuih dalam beg besar ni

Abi dan ummi yang x-cited 

Bukhari suka main air


Acara yang dinantikan oleh penggemar makan-makan, acara makan ayam bakar, mula makan je, hujan mula turun, dengan lebat sekali..makin best la ayam dan sotong bakar.

Acara makan petang, ayam, sotong, sosej dan kerang bakar

Pukul 4:40 petang mula bersiap untuk pulang.

Antara barang yang kami dapat =)

4 Mac 2011

Aksi

Sekarang, Bukhari dah banyak ragam, manja sangat, nak dukung je. Kalau pergi pasaraya, nak jalan sendiri. Suka sentuh barang dan duduk bawah susunan baju sangkut atau main kerusi pusing. Kalau ummi masak, sibuk nak masak jugak, ummi tumbuk ikan bilis untuk buat nasi air untuk bukhari. time tu, Bukhari demam, tapi bila suap ubat demam..duk 5 minit boleh tolong ummi tumbuk ikan bilis. Lepas habis nasi 1 mangkuk, demam balik. Abi baru potong rambut Bukhari, style Mawi.

Aksi Bukhari dengan Lesung Batu

Selalunya Bukhari akan cari makanan dalam peti ais. Sekarang jumpa aiskrim yang ummi buat, tinggal sikit lagi, abi tinggal untuk Bukhari sikit. Bukhari nak habiskan semua.

Aksi Bukhari dengan aiskrim

Aiskrim Stawberi
Semua yang rindukan Bukhari...Bukhari rindu juga.Salam sayang dari Bukhari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...