Pages

28 April 2011

Bukhari 3 bulan


 
Tengah kemas folder gambar-gambar, jumpa gambar Bukhari masa muda-muda dulu, time ni muka dan mata bulat. Gigi tak de lagi, minum susu je walau pun tmasa ni dia dah nak makan.


 

Pergi Masjid Shah Alam dengan abi, ummi dan Teh. Teh malu nak bergambar.



Masa baby dulu, suka tidur dalam buai
Nangis sebab nak makan ayam KFC

Dengan Tok Ma kat Bukit Gamban

Masa berlalu... x sangka muka Bukhari masa kecil-kecil dulu bulat =)

Petang ni, Mok Ja Bukhari sampai Shah Alam, Bukhari mesti dok rumah musing-musing..nak menunjuk-nunjuk la tu. Tunjuk gaya dia yang macam-macam dan entah apa-apa.

27 April 2011

Gigi Bukhari Dah Banyak

Dah lama Bukhari tak tumbuh gigi baru.Bulan ni, Bukhari dah tumbuh gigi geraham kecik belah atas dan gigi kecik kat bawah. Senyuman Bukhari lebih menawan dari biasa (cam iklan pulak)

Gambar Bukhari senyum temewek bulan lepas, gigi bawah 2 batang.

Bangun pagi, mesti cari makanan dalam peti sejuk, suka mengunyah.. Kalau dia tak jumpa makanan dia, mesti mengamok. Nasib baik ada maruku Mak Ngah bagi 2 plastik besar. Boleh la buat stock makanan Bukhari sementara nak dapatkan makanan lain.

Nak g taska pun kena sedia makanan dalam kereta, baru semangat nak g sekolah. Pagi tadi sedia maruku dalam bekas, sambil dia tengok pemandangan kat luar, sambil mengunyah dan jarang-jarang sekali suap kat ummi dia yang tengah driv...kalau ummi asyik-asyik pandang dia tengah makan.

Sampai kat pintu pagar UiTM, tengok ada Ketua Pak Guard dan kuncu-kuncunya, saja slow kan kereta..
"Bukhari , cepat bye-bye kat Pak Guard"

Cepat-cepat dia bye-bye kat Pak Guard dan guard-guard situ pun angkat tangan..Lawak betul Bukhari ni.

SMS: Dah ada gigi geraham ni, x risau dah bagi makanan keras pun. Bukhari suka makan sayur hijau dan carrot. Sebab sayur tu je yang pernah try bagi kat dia =)

20 April 2011

Imiginasi

Dah lama tak baca novel atau cerpen. Rasanya lagi sampai message penulis tu kalau buat cerita tv..senang aku nak faham dan dalami.

Hari ni, tengah aku tengok-tengok blog budak-budak masa kini, terjumpa blog ni http://tintaalieshakirana.blogspot.com/ .

Kreatif betul dia, boleh dia bt novel dengan menggunakan imiginasi, pelakon kegemaran dia sebagai watak dalam cerita dia. Sungguh kreatif, sebab orang macam aku ni susah sikit nak imigin watak-watak dalam novel.



Macam contoh gambar di atas, pelakon korea boleh jadi watak hero melayu. Cerita dia jadi tambah menarik perhatian pembaca.

SMS: Jadikan Amalan Membaca Amalan Kita

5 April 2011

Aktiviti Baru Bukhari

Makin besar, makin timbul banyak ragam Ahmad Bukhari. Kena ada aktiviti yang berlainan, klu aktiviti sama cepat bosan dan tak happy. Antara aktiviti baru Bukhari minggu ini :

1. Main buih sabun. Dah habis sabun mandi Pureen dia sebab banyak guna sabun. Abi dia tengok gambar ni terkejut, takut sabun masuk dalam mata. 

Suka main buih sabun

2. Kutip semua beg, sangkut kat bahu dan jalan-jalan kat ruang tamu. Marah kalau tak mampu angkat beg ummi yang berat.

Dia yang kutip semua beg, bila x larat..meraung

3. Balik sekolah selalu makan kek Apollo sementara tunggu ummi masak. Tapi kali ini beli biskut 'snak' (Waffer Yoss). Tapi bila biskut jatuh sebab dah pendek, mula marah-marah dan meraung.

Baru balik taska.. Ni la baju sekolah Bukhari

4. Solat Subuh dengan ummi. Try kopiah yang tok ma beli masa raya. Padan molek, kemas, segak, bergaya. Tapi baju tu singkat nampak pusat. Seluar pun tak pakai. Pakai lampin je. Boleh tersenyum sikit sebab boleh pakai kopiah. Kalau tak, tengah meraung la tu sebab ummi nak solat, tak leh layan dia nk dukung.

Ini Ahmad Bukhari bin Mohd Shazni


:) Bilik x kemas sebab kejar masa, langsir tu pusing2 macam tu sebab malam-malam cahaya dari lampu kat luar terang, Jadi tak yah pasang lampu bilik. Jimat sikit bil elektrik. Kalau letak klip atau ikat dengat apa2 langsir tu, menarik perhatian Bukhari.. memang tak lekat benda yang sangkut kat langsir.

SMS : Jangan tinggal solat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...