Pages

14 Februari 2013

Kami Balik Kampung

Di kesempatan balik kampung ni, kami rebut peluang guna rebet RM200 untuk pembelian smartphone. Ummi ambil Samsung  galaxy Y kat digi Center KB Mall. Sebab cantik dan murah, cuma tambah RM169 sahaja. Sama cam tablet ummi, cuma dia x leh nak install banyak sangat application. 

KB Mall

Balik dengan hati riang ria

Rasa ada kekurangan kalau balik kampung tak singgah kat Bazar Tok guru, kalau tak beli barang pun, cuci mata pun jadi. Bazar Tok guru ni berhadapan dengan bangunan UiTM Kota Bharu.

Bazar Tok Guru



Kami di rumah tok abah @ kampung Kubang Kiat.

Adik baru boleh jalan-jalan



 

Ragam abang bila bergambar nga ummi
Singgah bergambar kejap, ni nak pergi melawat jiran-jiran kat kampung, lalu ikut sawah, hijau dan menguning..cantik sangat, susah nak dapat background cam tu, jarang-jarang balik kampung kan.

Tandas Masjid Keroh Cantik

Buat pertama kali dalam tahun 2013, kami sekeluarga balik kampung bersempena cuti Tahun Baru Cina. Semangat punya pasal, kami balik hari Jummat, ummi ambil cuti sehari. Malam sebelum balik, ummi dah masak siap-siap nasi beriani dengan ayam pedas. Bangun pagi, panaskan dan masukan dalam bekas je.

Perjalanan balik kampung lancar sekali, cuma trafik jem nenas la sikit kat kawasan Sungai Buluh, ye la..bertolok sekali dengan orang nak pergi kerja.

Sebab tak sabar nak sampai cepat juga, kami tak berhenti pun di R n R untuk makan, berhenti tengahari kat Masjid saja untuk abi solat Jummat. 2,3 kali berhenti kat station minyak untuk ummi solat, dan tukar lampin abang. Kami makan nasi dalam kereta sementara menunggu antara satu sama lain.

Perjalanan kami juga terhenti di Masjid Keroh, Kuala Krai untuk mandikan adik. Bila jejak je masuk toilet masjid tu, terkejut sangat dengan decoration nya yang memukau pandangan mata, cam tak percaya. Toilet dia dalam pembikinan lagi, sebab tengok ada lagi kepingan mozek yang belum ditampal.

suka sangat dengan decoration ni




Tak check pulak bunga puple tu bunga hidup atau bunga plastik

Siap ada ruangan tukar lampin bayi, tapi ummi tak snap pun gambar, ni pun abi yang ambil gambar kat ruangan toilet lelaki. Cantikan? Bunga-bunga dia nampak segar sangat.

sms: Ni boleh jadikan ilham decoration untuk rumah k.i.t.a .sebab suka sangat bunga dia, mozek dia, sink dia, rak putih dia..semua cantik

 

5 Februari 2013

Lazy Eyes


Hasil dari pemeriksaan mata abang, doktor kata mata abang dikategori Lazy Eyes. Salah satu mata abang lambat fokus, gangguan imbasan untuk sampai ke otak. Doktor kata sebelah kanan, tapi umi tengok, kejap belah kanan, kejap belah kiri mata hitam yang lari dari fokus.




Lazy Eyes juga dikenali sebagai AmblyopiaLazy Eyes merupakan keadaan awal kanak-kanak di mana penglihatan kanak-kanak dalam satu mata tidak membangunkan seperti yang sepatutnya. Masalahnya ialah biasanya hanya dalam satu mata, tetapi kadang-kadang boleh menjejaskan kedua-dua mata.

Apabila pesakit mempunyai amblyopia otak memberi tumpuan kepada satu mata lebih daripada yang lain, hampir mengabaikan Lazy Eyes  Jika mata yang tidak dirangsang dengan betul sel-sel otak visual tidak matang biasanya. Di Amerika Syarikat dan United Kingdom amblyopia menjejaskan kira-kira 2% hingga 3% daripada semua kanak-kanak. Ia adalah punca yang paling biasa kebutaan separa atau sepenuhnya dalam satu mata (buta bermata satu) di Amerika Syarikat.

Istilah Lazy Eyes adalah tidak tepat, kerana mata tidak malas. Malah, ia mungkin akan menjadi lebih tepat untuk mengatakan otak malas, kerana ia adalah masalah pembangunan di dalam otak, tidak masalah organik dalam mata. -sumber medicalnewstoday

Doktor minta buat latihan mata untuk mata yang Lazy Eyes lebih rajin digunakan dengan menutup sebelah mata yang normal.



sms: umi tak cari lagi penutup mata sebelah untuk abang

Buang Tonsil

Cepat betul masa berlalu, sehingga tak sedar bulan Januari 2013 sudah berlalu pergi meninggalkan kita semua. Hari-hari sepanjang bulan Januari sibuk dengan temujanji doktor, temujanji untuk abi, ummi dan abang.


Kad Ujian untuk uji mata abang
Abi tunggu turn dipanggil untuk masuk ward
Model semata-mata
Tonsil abi yang telan dibuang
Kenapa dengan hidung abi??
Perancangan doktor untuk buang tonsil di tekak sahaja (Palatine tonsils). Disebabkan ada kesulitan yang tidak dapat dielakan, doktor terpaksa membuang tonsil di belakang hidung (Adenoids)  pada hari yang sama.
Frame Keluarga K.I.T.A

Alhamdullillah, abi dah beransur baik, umi pun dah berbraces, pakat sama-sama makan bubur nasi, baru tahu..adik kuat makan juga, suka sangat dia makan bubur nasi. Menu untuk bulan Januari, singgang ikan, sup ayam, sup sayur, sup ikan merah, ikan bakar, ayam bakar dan sup ubi kentang. Adik paling suka makan kentang yang dimasak dengan sup ikan merah. Abang pula, doktor kata mata abang boleh baik dengan membuat latihan penglihatan menggunakan 1 mata sahaja untuk melihat, doktor sarankan buat latihan 3jam sehari.

Wealth :
“Wealth is in the richness of mind and heart, not the pocket.” - Anay Bathia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...