Pages

29 April 2013

Muhasabah Diri

Kejap tadi, aku dengar radio dalam kereta, seorang ustazah bagitahu, kita harus jadi lebih baik dari apa yang orang lain sangkakan. Untuk jadi lebih baik dari orang sangka, kita mesti selalu berprasangka baik. Apa yang ada dalam hati mesti lebih baik daripada apa yang kita ucap.

Selalunya aku selalu cakap yang baik-baik, tapi dalam hati aku ni buruk sangat, kutuk cow-cow. Selalu juga Istiqfar banyak-banyak bagi dijauhkan perangai buruk tu. Tapi kejap je, mesti aku fikir tak elok dan mudah prasangka. Kadang-kadang tu aku cuba diam dan senyum je,  biarpun dalam hati ni memberontak, ada keinginan nak cakap kuat-kuat, hentak meja atau dinding dan sound direct. Tapi aku tahu kemampuan aku setakat mana, mesti tak terkeluar suara punya, sangkut dengan air hidung dan mukus..automatik bila dah panas mukus2 akan cair dan tersekat kat kerongkong.

Pernah aku bertekad untuk selalu berfikiran positif, tapi bila orang sound direct cakap dalam hati aku ni fikir negatif, terus rasa luluh hati ini. Menangis tak berlagu..jahat sangat ke aku..sampai begitu sekali ucapan dia..Walaupun dalam hati ini memang langsung tidak fikir buruk terhadap orang itu.

Selalu juga aku musahabah diri, selalu tanya..kenapa orang susah untuk kerjasama dengan aku, aku ada tersalah cakap ke? Aku ada buat orang sakit hati ke? Aku susah beri kerjasama dengan orang lain ke?
Aku selalu jaga percakapan dan tulisan aku, tapi..bila terkeluar akan bunyi menyakitkan hati orang juga.

Mungkin salah satu sebab, sebab aku selalu prasangka buruk terhadap orang. Bila kita fikir buruk terhadap orang, aura jahat akan merebak dan kita akan mendapat maklum balas negatif juga. (Macam ayat dalam khusus NLP je)



sms: Aku cuba untuk menjadi lebih positif. Berusaha!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...