Pages

28 Mei 2013

Seri Manjung - UiTM Seri Iskandar - Konvo

Bulan ni, ummi, abang dan adik balik Manjung rumah kita dengan alang, sebab alang nak konvo.
Rasa perjalanan sungguh panjang dan memenatkan.

Malam tu juga, tok ayah, tok ma, anjang, ayah cik dan ayah long sekeluarga sampai rumah di Seri Manjung. Suka sangat kakak bila jumpa abang. Sempat lagi main lompat-lompat tengah malam walaupun abang demam, badan panas sangat. Bila tidur sampai mengigau suruh ummi lompat sekali.
Pagi esoknya, kami pergi jalan-jalan rumah saudara mara yang ada dekat-dekat situ, petang pergi Taman Paya Bakau atau lebih glomour dengan nama Taman Monyet.



Tok ma & tok ayah bersama cucu-cucu

Petang kami pergi borong makanan laut kering, pastu pergi Pantai Teluk Batik. Selalunya pantai tu je tempat kami bawa tetamu yang datang rumah.


Malam kami pergi Makan di Kedai Masakan Thai dan lepak di Jeti Lumut sekejap. Kononnya nak tengok lampu malam kat Jeti Lumut.

Pagi esok kami ke UiTM Seri Iskandar dan tengahari terus balik Seri Manjung. Rehat sekejap dan terus balik rumah kita di Puncak Alam.




 
SMS : Asyik Teluk Batik dan Taman Paya Bakau, lain kali nak pergi tempat lain pula. Tahniah untuk Mohd Hermi.
 

15 Mei 2013

Dahi Adik Bengkak

Kejadian adik jatuh dari ketinggian paras pinggang (kerusi batu yang ada penyandar belakang) amat menggugat kedudukan aku sebagai seorang ibu.

Di mana aku ketika itu?
Kenapa aku tak peka dengan keadaan bahaya untk seorang budak sekecil Qaisara?

6 hari selepas kejadian

6 hari selepas kejadian

Hari ni hari ke 9 adik selepas kejadian..Alhamdulillah, bengkak di dahi adik dah beransur hilang. Doktor dah maklumkan sebelum ini yang mata adik akan lebam sikit apabila bengkak beransur surut. Bila lebam tepi mata macam tu, baru nampak sikit batang hidung adik.

sms: Ummi doakan adik dan abang sentiasa diRahmati Allah, hidup sihat dan ceria. Amin.

13 Mei 2013

Erti Sebuah Kehidupan

Apa seorang wanita yang berkerjaya nak?

Kalau aku, aku nak jadi isteri yang baik untuk suami, ibu yang baik kepada anak-anak, anak yang baik kepada ibu bapa, menantu yang baik, perkerja yang baik, kakak yang baik, adik yang baik, ipar yang baik..semua nak yang baik.

Kalau boleh aku nak buat yang terbaik, tapi bila aku gagal untuk buat orang lain puas hati, rasa down sangat.

Kadang-kadang bila keinginan aku dah dapat atas usaha sendiri, terasa diri ini ego. Terasa diri ini sempurna, terasa diri ini boleh berdiri sendiri sehingga lupa yang semuanya atas ketentuan Allah, kita yang merancang, tapi Tuhan yang tentukan. Sehingga lupa keinginan yang perlu berada di atas adalah menjadi seorang hamba yang baik di sisi Allah.

Bila teratuk baru nak terngadah..bila kesilapan berlaku baru aku terfikir, siapalah aku untuk selalu sempurna, tidak buat kesilapan. Aku tidak seharusnya ego dengan kejayaan sehingga hilang hormat aku terhadap orang lain. Walau apa pun, hidup mesti diteruskan, cuma jalan yang dipilih menentukan kejayaan kita.

sms : suka dengan artikel ini cara mengamalkan hukum tarikan dalam islam



10 Mei 2013

Balik Mengundi 2013

Kali ini kami balik untuk mengundi, terasa sangat kemeriahan menjelang hari mengundi. Seperti 5 tahun lepas, aku rasa bangga sangat untuk pergi mengundi. Cuma berbeza kali ini aku ada seorang suami dan 2 orang anak. Pagi-pagi lagi keluar pergi mengundi sebab lepas tu balik Ketereh pula untuk suami pergi mengundi.


Malam sebelum mengundi memang meriah, raya pun x semeriah malam tu, ye la kan, 5 tahun sekali. Ayah korbankan 4 ekor arnab untuk sate arnab, jiran/sepupu, adik beradik pakat sponsor , bakar ayam madu dan sate ayam.

Dah nak habis baru lah sempat  bergambar

Kemeriah bertukar tragis bila adik jatuh dari kerusi batu waktu magrib hari mengundi. Dahi adik bengkak teruk. Kesian tengok, rasa tak sampai hati tengok. Sehari selepas jatuh, adik demam, tapi tetap tersenyum riang main dengan abang dan kak Saswani.


Sehari sebelum balik Puncak Alam, kami pergi PCB. Terasa bahagia dengan suami dan anak-anak di tepi pandai pada waktu senja.

"Abang, tolong ambil gambar umi nga abi."
"Tak nak."
(Ekspresi wajah umi dan abi lepas dengar jawapan abang yang tidak disangka)



sms: masa kecik-kecik dulu ayah dan ma selalu bawa kami adik beradik tengok pantai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...