Kawasan hutan dekat situ memang hutan tua, bunyi unggas hutan dan bau pokok-pokok tua rasa sangat mendamaikan. Kepada yang pencinta alam semula jadi, boleh lah ke sana untuk menikmati air terjun, bergambar, berkhemah, berbasikal dan macam-macam lagi aktiviti menarik di sana.
Kita ke sana minggu lepas, nak rasa mandi air terjun, air dia sejuk sangat sampai 'Pricess Elsa' tertidur lepas main air.
Bawa bekal bihun goreng dan buah pauh. Sejuk-sejuk main air, memang lapar. Cepat je habis bekal. Lain kali boleh pergi lagi.