Pages

30 Ogos 2014

Apa Menarik di Bukit Fraser 2

Kami check-in hotel berhampiran.
Murah ke hotel dekat situ?
Bilik kecik 2 katil single, air-cond semula jadi, 1 extra pillow, tv kecil sebuah dll = berharga dekat Rm200. Murah la sangat. Kan?
Murah di situ hanya rumah atau banglo yang ‘ditaja’ sahaja. Mungkin mahal di situ juga sebab dia dekat dengan Fraser’s Hill City.


Selepas makan tengahari, pengembaraan kami diteruskan. Kali ini kami berjalan kaki pusing-pusing Fraser's Hill. 

Rehat sekejap
Adik dah minta dukung, waktu selapas makan tengahari adalah waktu tidur adik, Pengembaraan kami akan lebih mencabar dengan pendakian bukit sambil dukung budak seberat 10 kg.



Abang dah nampak keletihan, nasib baik ada bekal air isotonix yang abi tebus pembelian topup umobile RM30 dekat 7E. Selepas minum, level tenaga abang bertambah. Abang dah kuat, berlari dia ke depan tanpa hala tuju meninggalkan kami.


Buah strawberi tak berbuah sangat. Mungkin bukan musim dia. 



Lupa nak tanya yang jaga kebun strawberi tu, memang macam tu ke kalau bulan lain. RM10 untuk 22 biji. Buah strawberi pasar malam Shah Alam 2 jauh lagi merah.  Okey lah untuk pembelajaran anak-anak, buah strawberi hanya dapat membesar dengan baik sekiranya cuaca sejuk dan dijaga dengan baik. 


Apa yang menarik lagi di situ, kita boleh mengayuh perahu, dengan syarat ketinggian tidak kurang 107cm. Boleh feeling-feeling berada di tasik China.




Kalau nak makan atau beli cenderamata, boleh beli dekat deretan kedai makan yang dekat dengan taman permainan kanak-kanak dan ada mini goft dekat situ. Makanan dekat situ tak mahal sangat, kiranya harga berpatutan. Nasi goreng kampung RM6.00. Nasi dan lauk banyak, siap ada sambal lagi. Roti canai pun ada, singgah beli roti cadai untuk bekal anak-anak.

Hari dah makin petang, abang dah nampak mengantuk. Perjalanan kami diteruskan menuju ke hotel tempat kami menginap.


Bila sampai bilik, tak pula tidur si abang, siap habiskan roti canai 2 keping dia dan adik.



Alat ganti kereta, abi minta tolong kawan dia yang tinggal dekat Raub tolong belikan dan naik hantar.  Pukul 6:30 petang sampai. Terima kasih Zahid dan isteri, sanggup datang hantar.
Alang-alang turun, terus beli nasi untuk makan malam.


Bergambar di lanskap depan kedai makan

Bila alat ganti dah ada, orang yang nk tolong tukarkan pun ada, rasa lega sangat. Makan nasi pun rasa dekat perut.

Apakah nasib kami esok?..tunggu sambungan..

Apa Menarik di Bukit Fraser 1


Destinasi pertama kami, pergi taman sebelah Shahzan Hotel. 


Sejuk ke? Dengar orang kata lagi sejuk dari Cameron? 
Rasanya.. tak sejuk sangat pun. Asap tak keluar pun bila cakap. Mungkin saya pergi salah bulan kot.

Tapi kenapa pakai baju berlapis-lapis? 
Sebab saya kurus kering, baju tu melekat, kalau tak pakai banyak lapis nanti nampak saya kurus cam 'cicak kering.'


Destinasi ke-2 kami, abang nak tunggang kuda. Tapi, bila start je enjin kereta tak hidup. Apa yang menarik di sini, orang di situ baik dan mesra. Abi tahan je kereta seorang kakak tu, dia behenti hulurkan bantuan. Kakak tu orang situ juga, rasa terhutang budi sangat..bila ada yang membantu di saat susah macam tu. Abi minta tolong untuk jumper, mungkin bateri sebab kereta tak biasa dengan cuaca sejuk. Okey, dah hidup..kami sampai depan pintu kawasan tunggang kuda.

Tiba-tiba...enjin mati sendiri. Kami dah cuak, macam mana nak balik Puncak Alam ni? Dekat luar hujan dah menitis, tingkap kereta tak leh naik dah. Adik dan abang yang tak faham apa-apa tengah main buih belon dalam kereta. Masa berlalu hanya dalam kereta menanti 'hujan serek'.



Bila hujan dah reda, kami keluar. Abang yang excited sangat nak jumpa kuda, bila nampak je kuda dari  dekat, takut. Bila abang menjerit ketakutan, dia sama menjerit..walaupun sebenarnya adik berani je.
Terasa kurang enjoy bila kepala tengah fikirkan kereta… umi tawakal je…




Kali ke-2 jumper, juga penduduk situ. Terima kasih pakcik, hulurkan bantuan. Rasa lega sangat, sebab bunyi cam lain sikit enjin dari tadi. Dah okey kot, rasa nak balik terus Puncak Alam. Gerak je dalam 300 meter, enjin dah mati..Sudahhh... Pakcik tadi cakap, dekat Bukit Fraser tak de Bengkel. 

Hujan makin lebat, jam sudah hampir 12 tengahari. Kami 4 beranak belum bersarapan lagi. Tingkap kereta dapat gerak sikit, tempias hujan membasahkan kami dalam kereta, perut berkeroncong mendendangkan lagu dalam kesunyian. Rasa tragis betul percutian kami. Kata abi ..That is colurful of life.

Selepas hujan mula reda kembali, abi keluar minta bantuan. Alhamdulilah..ramai yang datang membantu, tapi kereta masih lemah, macam nyawa-nyawa ikan. Perlu alat ganti.. Kedai Alat ganti paling dekat dalam 40km, Raub.

Azan zohor berkemundang, masjid dekat sahaja..kata makcik yang bekerja dekat situ, masjid tu ada buat Open Masjid Raya, dan kami dijemput. Perut memang lapar, tapi hati penuh kerisauan, siapa  yang nak turun beli alat ganti kereta?

Orang yang boleh tolong gantikan alat ganti tu boleh buat pagi esoknya, tapi alat ganti tak tahu macam mana. Macam mana pun, kami kena bermalam lagi di situ. 




....bersambung.

29 Ogos 2014

Kita di Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser



Alhamdulillah. Setelah hampir 2 bulan booking bilik, rumah peranginan persekutuan Bukit Fraser , akhirnya merasa juga kami bercuti di Bukit Fraser. 

Kami pilih bilik kecil, RM40 sahaja, tapi luas sangat-sangat. Lantai dia karpet boleh dikatakan tebal juga, nak tidur kat bawah pun boleh, dalam almari ada 2 biji bantal extra. Sepanjang dekat sana, sejuk sebab hujan ke sebab cuaca dekat sana memang sejuk.. tak on pun air-cond. Kenapa lah pasang air-cond tempat sejuk, rasa membazir je..

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser

Tengah tengok tv 32 inci, bukan tengok rancangan dalam tv, sebab masa tu hujan, rancangan astro tergendala.






Hujan ke jerebu ke kabus?

Selepas hujan 'serek'



Berada di situ rasa malas nak mandi sebab sejuk, air yang keluar dari water heater tekanan rendah dan kepala paip tinggi sangat nak ejas. 

Kita bergambar kenangan

Awal pagi kami bangun untuk kami pusing-pusing Bukit Fraser, rasa macam jauh sangat Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser dengan Fraser's Hill City, jadi kami buat keputusan untuk check-out awal, boleh terus balik lepas pusing-pusing Bukit Fraser. Sebelum keluar, bergambar kenangan dulu.







Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser



Kalau bercuti dengan keluarga besar lagi seronak rasanya, bayaran untuk sebuah banglo untuk semalam hanya RM200.

link :http://www.instantstreetview.com/1rfqoaz5cqeplz2h3zqfz4p

6 Ogos 2014

K.i.t.a Raya 2014

Hidup kami sekeluarga kalau tak kelam-kabut tak sah...

abang nangis sebab tercucuk udang adik


 
Sebenarnya ni gambar raya ke 5. 5 syawal baru boleh pakai baju sewarna, tu pun tak lengkap.. Butang baju abi lupa letak mana, tudung ummi tak sempat beli, baju adik dan kain ummi lupa letak dekat mana, abang pulak tak nak tukar baju melayu. Paksa tukar baju melayu, akibatnya rosak mood dia. Adik pula demam di pagi raya. Last-last jadi macam tu, tak ceria anak-anak, tapi semua tu kenangan.
 
Nasib baik blog tak rakam bau, badan berpeluh melekit..abi baru je nak rehat selepas jadi 'jong kako', umi pula bau ikan kering sebab jadi 'jong goreng' ikan kering hari tu. Abang pula tak mandi, adik bau masam air asam jawa sebab kena 'jelung palo' dengan air asam jawa nak bagi sejukan badan. 
 
Sampai sekarang masih termimpi-mimpi keadaan kelam kabut 5-syawal tu. Harap majlis dan raya akan datang lebih teratur dan lebih baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...