Pages

31 Disember 2015

D-Langka-v


Sebelum tirai 2015 ditutup, kami berpeluang berkunjung ke negeri Kedah, ummi dan anak-anak belum pernah sampai lagi. Kebetulan Cik ada dekat Langkawi, kami ambil peluang kenali Langkawi.




Menunggu Laksa Ikan Sekoq yang tak akan sampai sebabnya tak order




3 hari 2 malam memang tak cukup untuk ke sana. Sehari perjalanan ke sana, sehari g jalan-jalan, sehari lagi dah balik.




Sabar menunggu Laksa Ikan Sekoq, tiba-tiba diberitahu orang sebelah, dia tak order pun laksa.. memang kurang asam sangat


Kembalikan mood dengan bershopping


dan berjemur panas

Stress jugak ke tak dapat makan Laksa Ikan Sekoq?


Mungkin lain kali pula kita sampai untuk melawat tempat-tempat bersejarah.

Apa yang ummi belajar dekat Langkawi, nasi lemak langkawi berbeza dengan tempat lain.

28 Disember 2015

Rindu Makanan Kelate

Ambil peluang balik kampung untuk makan makanan yang susah nak dapat dekat tempat lain.
Sesampai je rumah mak mertua, ma masak nasi dagang Kelantan, siap ada sambal nyor, jarang nak ada sambal nyor sekarang..Fuh, puas hati. Biasa kalau hari raya, nak special lagi nasi dagang ada gulai udang,gulai ike ayo,sambal nyor,acar timun. Memang best la, dulu masa zaman budak-budak dulu tak suka sangat nasi dagang, sejak dok tempat orang..baru lah terasa...bestnya nasi dagang.



Siang hari pergi shopping sikit, beli pakaian sekolah anak-anak dan adik ipar, dari Pekan Kok Lanas sampai ke Pekan Melor. Sambil tunggu mak mertua pergi BSN Melor, nampak kakak jual ABC +pulut+tapai . Rasa hidup dalam kenikmatan makanan.. sedap sangat. Selain air, ada etok juga, memang puas hati. Cukup lemak dia, pedas dia. Beli RM5 sorang tak cukup, memang terbaik jugak.



Balik pulak rumah kg dekat PCB, kebetulan hari Isnin ada Pasar Malam depan rumah, apa lagi, beli semua nak makan, laksa penang, nasi kerabu solok lada, apam cotek, coconut shake. Bila beli dekat Pasar Malam situ, mula la..jadi cam drama tv, tiba-tiba color tv berubah warna . penjual jadi muda, aku pun jadi muda..kembali pada zaman dok kampung dulu. Makanan yang jual tetap sama..kenangan.memang tak kan dapat kembali kepada masa silam.





Petang, bawa anak-anak dan anak-anak saudara pergi tengok pantai, dekat mana lagi kalau paling dekat dengan rumah..PCB lah kn. Try bawa kete Kenari adik. Makanan sedap-sedap..tapi hati-hati tau, sebelum nak order perlu tahu harga dulu. Sebab teringat nak makan mee udang Kuala Sepetang, Taiping, order la mee udang PCB, yang tiba..macam ni.






Puas hati jugak, sedap. Walaupun rasa dia bukan rasa mee udang Kuala Sepetang..sebab ni versi Kelate. Nak tahu harga, kena datang PCB dulu..

Kalau ikutkan, macam-macam lagi nak makan.

Walaupun banyak makanan kelate ada dekat tempat lain, tapi tak sama rasanya. Wah..sedih pulak citer nya, padahal citer bab makanan je.

3 Disember 2015

Puteri Qaisara =)

Pricess Qaisara
Selalunya ummi nak ikat atau jalin rambut, Qaisara tak bagi, tapi kalau cikgu dia ikatkan boleh pula. Kan kemas rambut terikat macam tu.

Balik dari mana-mana, atau bangun tidur, dengan rambut menggerbang, terus duk dekat meja dan kerusi dia, tangan cepat capai pensel. Kalau sampai je rumah, tengok kerusi dia tak de, mengamuk.. atau pun dia tengok  ada barang kita atas meja dia. Tak leh usik.

ummi : Adik buat apa tu?
Qaisara : Kerja sekolah.

Adik gak..lucu dia, selalu kalau tanya, cepat je dia jawab dengan spontan..

Kehadiran anak-anak ummi,buat hidup ummi lebih ceria.

2 Disember 2015

Jom ke Karnival Buku Jualan Gudang


Ni baru sebilangan kecil buku yang ummi beli

Jom kita beli buku ilmiah di Karnival Buku Jualan Gudang ,perkarangan Masjid Puncak Alam yang berlangsung dari 27 November sehingga 6 Disember 2015, jam 10 pagi sehingga 10 malam. Ummi dah 2 kali sampai, nanti nak pergi lagi dengan hubby. Buku-buku dekat sini, dapat potongan harga yang tak masuk akal. Anak-anak ummi pun suka datang sini.

Beli buku 'Bento', harap ada kesungguhan untuk berusaha menjadi ibu yang kreatif untuk anak-anak sukakan makanan.

24 November 2015

Cinta Hakiki

Album : Senyum
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Cinta kan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Khasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan yang Esa

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Cintakan Allah tiada kecewa
Engkau kan tenang diwaktu susah

Telah hilang kepada Tuhan
diakan tetap menanti
Kehadiran takbanyak yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangnya tidak bertepi

sms : Fobia dengan perkataan "semangat".

12 Oktober 2015

Iklan

Di suatu malam, umi tengok pencuci pinggan Sunlight dah habis. Umi pergi ambil yang baru, untuk cuci pinggan mangkuk yang penuh sink. Datanglah abang Bukhari sedang perhatikan umi pegang sabun Sunlight.

Abang Bukhari : aik, umi guna sabun ni?
Umi : ye la, knp?
Abang Bukhari : Mesti tak senang.
Umi : Kenapa pulak tak senang?
Abang Bukhati : Tengok iklan dalam tv kata tak senang dengan sabun hijau ni. Abang nak tengok umi buat.

Umi mula mencuci, dengan setitik sabun, boleh cuci banyak pinggan. Dengan bangganya umi buktikan kepada abang Bukhari.

Umi : Umi senang je dengan sabun ni.
Abang Bukhari : Ye lah!!(dengan excited) Habis tu kenapa iklan cakap tak senang yang ni.
Umi : Iklan tu nak bagi orang beli yang sabun kuning tu, sebab tu dia cakap macam tu.

Abang Bukhari : Abang nk buat la.
Umi : Tunggu abang tinggi sikit lagi, sink ni tinggi, nanti basah abang kena air sabun ni.
Abang Bukhari : Baiklah.


6 Oktober 2015

KepadaMu ya Allah

Kita solat, tapi sering juga buat dosa.
Pastinya solat kita tidak kusyuk.
Takut nanti, kita mati dalam sia-sia.

2 Oktober 2015

Raya Korban 2015


Tahun ni dapat balik raya haji, excited sangat sebab tahun ni ummi ambil 1 bahagian untuk korban.

Lembu Korban tahun ini

Ambil peluang bergambar dengan ma (MIL)


Baby Ziqri yang tak cam baby dah

Hasil Kebun abah & ma

Beli dekat Bazar Tok Guru

Nampaknya check list to do during raya banyak tak ter'tik', kena buat lebih banyak persediaan lagi. Perancangan mesti lebih terperinci.

18 September 2015

Laman Seni 7, Seksyen 7, Shah Alam

Hari Malaysia, bangun pagi-pagi..perancangan nak makan nasi kerabu belakang JAKEL Shah Alam dengan kawan hubby. Pusing-pusing bangunan dekat situ, tak jumpa kedai nasi kerabu.. apa kami jumpa lukisan gambar-gambar menarik di belakang bangunan.

Behenti singgah bergambar sekejap.














Laman Seni 7, Seksyen 7, Shah Alam
Belakang Jakel



Hati : Perasaan tak dapat diluah dalam ayat, hanya kenangan dan memori indah dan tak indah terakam dalam memori, gambar mengigatkan apa sebenarnya ada di hati pada masa itu. Cuba ikhlas menerima kenyataan.

15 September 2015

i'm a winner

Tajuk mesti positif..

walaupun..

i feel ..
i'm a loser..

Ya Allah..
Lemahnya hambaMu ini..
Terasa nk berkurung sj..
Tanpa gajet..
Tanpa sesiapa..

11 September 2015

ToDo during AidilAdha

Kalau balik kampung, rasa sokmo kelamkabut, banyak benda nak buat..last-last banyak yang tak terbuat.

1. Nak masak nasi tomato letak dalam 'lonjok' untuk mak mertua.
2. Nak hidangkan nasi dagang, puding caramel raya ke2 nanti.
3. Nak bergambar dengan maayah dan mertua.
4. Nak beli sarung kaki tebal sikit dekat Mydin.
5. Nak beli printer resit untuk ayah.

Rasanya macam banyak lagi nak buat...k lah, bila ingat lagi boleh letak ;)

Think++


Tak perlu fikirkan masalah..
Cuma fikirkan  masa depan dunia akhirat..
Go with the flow..

int level=1;
if (life=='good')
{
level++;
}


26 Ogos 2015

Untukmu Imamku

Terlintas tanya hati
Siapakah yang kan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta
Yang kan membawa ke syurga

Dia yang mencitaiku
Dan semua kekuranganku
Yang kan membimbingku di dunia
Menuju cinta yang kuasa

Untukmu imamku
Kuserahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku
Meggapai cintanya bersama denganmu
Untukmu imamku
Kuberikan kesetiaanku
Berdua memadu janji satu
Sambut cintaku hanya untukmu


5 Ogos 2015

Survey Genting

Kali ke-2 ummi naik genting selepas tahun 1995, memang totally berbeza. Sampai kali ini just nak survey saja, memandangkan masa suntuk sangat, memang tak buat persediaan pun nak tuju ke situ..yang mana sempat singgah saja.

Pemamdu pelancong kami pun tak survey lagi mana tempat nak beli tiket atau mana tempat menarik disana, kami pula yang bawa pemandu pelancong kami tu untuk dia g survey. Adoi..

Okey la juga, boleh dia tolong ambil gambar kami anak beranak.



Dari pengalaman, nak naik cable car, lebih senang park kereta tempat parking kereta bertingkat, tingkat 2. Kami kena turun ke tingkat T1 untuk beli tiket, station tempat bertolak, T3. Macam keliru sikit bila dia guna nama T untuk tingkat, biasa F kan? for Floor. Jadi kalau dah biasa, tak keliru sangat lepas ni. 


Nak ke 1-1 tempat, ikut dalam bangunan sahaja, macam tak terasa sangat sejuk kalau duduk dalam bangun, jadi tak pakai baju sejuk pun okey. Cuaca biasa saja dalam bangunan. Tak sempat singgah ladang strawberi, dah tutup. 

3 Ogos 2015

Hari Keluarga TNBJ 2015

Hari minggu yang lepas..
Kita sekeluarga di majilis anugerah/ sambutan raya / hari keluarga abi yang berlansung di Swiss Garden Resort, Perak.

Selalu, kalau acara sukaneka dan kutip hadiah ni..abi yang paling teruja, anak-anak biasa saja. Ummi yang rasa tak selesa dengan tema dan tempat, rasa rosak mood. Nak gerak pun malas. 

Kebanyakkan acara berlangsung serentak, jadi abi tak boleh sertai semua bahagian. Abi minta ummi sertai ukir buah tembikai. Ummi tolak sebab takut jadi hancur buah tembikai tu.

Masa berlalu, abi hilang dekat sejam, dalam masa tu..ummi terfikir..abi dah lama nak bawa kami ke majlis macam ni, tapi ummi buat muka tak puas hati pula bila sampai, kesian abi..dia tengah sertai apa pun sekarang ummi tak g tengok. Setengah jam lebih, acara ukir tembikai bermula..ummi tekad nak join.  Google images ukir tembikai yang selain bunga, sebab ummi tahu, klu ummi ukir bunga, nanti jadinya, kelopak bunga hancur.

Akhirnya, ada juga benda yang selain bunga.. abang tolong pegang handphone abi tu, untuk ummi tiru bentuk .... Akhirnya, semua orang excited tengok ummi ukir buah tembikai dengan tangan terketar-ketar. Abang yang menjadi penguat semangat ummi untuk teruskan. 

Abang - "Wah, hebatnya ummi! Betullah tu ummi buat."

Hakikatnya..Tak berseni pun ukiran ummi, tapi janji nampak bentuk nak buat apa.

Bila dah nampak bentuk, abi sampai.. suka sangat abi tengok ummi tengah ukir buah tembikai. Abi sertai permainan karom rupanya. 


Alhamdulillah.. akhirnya ummi dapat mengembirakan abi dengan penyertaan ummi tu walaupun tak juara sekali pun.

Jeng-jeng-jeng..ummi tunjuk bakat terpedam.
terpendam lah sangat.

Cuba teka, yang mana 1 ummi ukir?



Peserta 16 orang..Bila diumumkan pemenang, mc panggil nama dari belakang, bermula 16.. yang ke 15..nama ummi dipanggil, hilang dah gemuruh lepas dipanggil.huhuhu. Boleh la tenangkan diri, sementara tunggu nama abi pula dipanggil. Abi cakap, dia juara karom.


Tup..tup..no 4 untuk acara ukir tembikai, Aik! Biar betul ni..nama ummi dipanggil berkali-kali..nak g ambil hadiah ke tak ni, tadi dah dapat hadiah no 15, patutnya sorang 1 hadiah sahaja. Cakap dekat mc, dia tak berapa faham, last-last ambil juga. Lepas tu abi dah bagi balik hadian yang no 15 dekat mc.


Ni hadiah terkumpul kita
Hadiah cabutan bertuah, dapat mug..ummi paling suka, sebab memang niat nak beli set mug macam tu, tapi kalau boleh nak set 6, tapi set 4 pun ok la, benda free kan.
Tapi kan, sebab kan keterujaan dan sifat nak menunjuk sangat, 1 mug dah tergolek jatuh dan pecah. rupanya rak sangkut mug tu kena balance kan. Padan muka ummi...huhu, sedih..dah tinggal 3 mug.

9 hadiah paling grand hari tu,  tv sony 52 inci kot..nampak besar sangat..pastu handphone samsung pun ada .. Untung ler sapa dapat ..senyum memanjang deme.

27 Julai 2015

Adik

Lepas balik kampung, kain-kain tak berlipat, tak tersimpan berbukit-bukit. Pening tengok pakaian, ingat time hujung minggu ni la nak susun betul-betul yang mana selalu pakai, yang mana tak akan pakai dan yang mana baju anak-anak yang dah tak muat, simpan atau bagi dekat anak saudara.

Tapi kan..tiap kali ummi masuk bilik pakaian nak kategorikan pakaian semua tu.. belum duduk lagi.. adik datang.

Qaisara: Mi buat ape?
Ummi : Ummi nak susun pakain ni. Adik nak buat apa dekat sini? (dengan muka berkerut)
Qaisara : Adik nak olong ummi je.
Ummi : Tak ade apa yang adik boleh tolong, jom la kita pergi dekat luar. Tengok abang buat apa dekat luar tu. (Terus tutup pintu bilik pakaian)

Bila teringat balik, rasa lucu pula. Patutnya ummi bersyukur la ada orang nak tolong, kesian adik datang nak menolong.

22 Julai 2015

Hari Raya Puasa 2015


Tahun ini, kita berkelabu ye..


Semua pergi sembahyang raya, adik paling excited sembahyang raya dengan telekung barunya..

Balik dari sembahyang raya, terus singgah rumah cik tie.


Bergambar dengan sofa baru cik tie


Banyak tempat singgah, tapi tak bergambar, yang atas ni rumah mertua za, saja selang selikan kelabu dan oren terang, nak bagi timbul sikit colour kelabu yang tenggelam. Family kak long pun oren cerah.

Lepas hubby solat jummat, balik beraya rumah mertua. Buat BBQ, goreng bihun..makan adik beradik, esoknya raya ke2 buat aqiqah dan cukur jambul anak buah hubby.



Comel sangat Ziqri senyum


Pagi raya ke3, beraya rumah paksu. Lepas tu beraya rumah sepupu hubby dan kawan hubby.




 Raya ke-4 beraya di rumah bakal pengantin, ni on the way ke rumah bakal pengantin la ni, singgah di Masjid Lama kg Laut.

Skirt tersingkat la pulak.. bergambar dengan Mirah dengan kurung moden corak harimau bintang..hehehe 
Ni la pasangan bakal pengantin
Keluarga besar makin membesar, bila dah berkeluarga sendiri,tak dang nak kumpul untuk bergambar, masing-masing ada kerja dan urusan masing-masing. Jadi, mana yang sempat, snap je pic, untuk kenangan bersama..

Tema colour :
2009 - x dang nk bertema
2010 - krim dan biru muda, recycle baju kahwin
2011- ungu cerah
2012 - biru gelap
2013 - hijau lumut
2014 - ungu gelap
2015 - kelabu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...