Pages

21 Mei 2015

Tip Didik Anak

Teknik guna ayat tanya untuk mendorong anak-anak mengekalkan perbuatan baik.

Semasa bersantai atau dalam kereta, bertanyakan perbuatan baik yang telah anak-anak lakukan hari ini. Mulakan dengan soalan,

' Siapakan antara anak-anak ummi yang....?'

Selesai bertanya, sebutkan kejayaan yang akan dicapai dengan berbuat baik.

'Anak ummi yang melakukan ........ adalah anak yang berdisiplin dan disayangi Allah dan Rasul'

Sumber: Konsultan Teknik Nabi (Tadika ABS)

20 Mei 2015

Rumah k.i.t.a

Kenapa saya tak jemput atau tak mengalu-alukan kawan-kawan datang rumah?

11 Mei 2015

Qaisara Suka Menulis



Inilah budak yang suka sangat menulis. Tengok dinding rumah saja dah tahu, dalam rumah ni ada budak yang suka menulis. 

Suka sambung yang titik-titik cam dalam gambar ni.

 Suka siapkan homework abang.

 


Cantikkan tulisan Qaisara, terang dan jelas, tapi kan..ini bukan 26 tapi jim dan wau . Ni Qaisara tengah siapkan homework abang Bukhari masa cuti 4 hari minggu lepas.

  
Abang Bukhari tengah mengajar cara nak tulis wau dengan betul.

Pesanan : Cikgu Pasti Ar-Raudah, nanti boleh tanya Ahmad Bukhari, siapa yang siapkan homework.

4 Mei 2015

Singgang Ayam











Bahan-bahan:


  • ayam dipotong kecil
  • lengkuas dimayang
  • halia dimayang
  • bawang merah dimayang
  • bawang putih dimayang
  • serai dimayang
  • cili diketuk
  • asam keping
  • garam secukup rasa

Kuantiti ikut rasa, kita suka biar lengkuas dan halia separuh dari air sebab boleh dijadikan ulam dan baik untuk kesihatan. Bawang putih pula bagus untuk keluarkan angin.
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk berisi sedikit air. Masakan ni rasa masam-masam pedas dengan bau halia dan lengkuas. Simple dan sedap bagi kita orang pantai timur.

Ni resepi simple, ada sesetengan letak ketumbar yang ditumbok hancur.

Kalsium

Selalukan bila ibu-ibu mengandung, akan ada rasa kemas, sakit gigi, gigi berdarah, sakit belakang.. dan bila mengandung boleh dikatakan kebanyakan doktor nasihatkan kita minum susu kerana susu mengandungi kalsium. Anak-anak kita pun tahu, selalu kan iklan dalam tv, 'susu untuk kalsium' .
Ibu mengandung memerlukan 1200mg setiap hari. Ini kerana 99% daripadanya untuk tulang dan gigi, manakala 1% untuk darah dan jaringannya.

Kepentingan Kalsium;
  • Untuk tulang
  • Untuk gigi
  • Untuk jantung
  • Untuk sistem ketahanan badan
  • Untuk kesihatan janin
  • Untuk otot agar ketika hamil, agar ibu tidak mengalami kekejangan dan  kontraksi akan berlaku dengan baik semasa nak bersalin.
  • Untuk mencegah komplikasi kehamilan yang merbahaya.


Kekurangan Kalsium :
  • Tulang ibu akan rapuh/ osteoporosis
  • Tulang rahang ibu mudah rapuh
  • Melemahkan kemampuan otot jantung berdegup
  • Sistem kekebalan tubuh akan terganggu


Sumber kalsium : keju, dadih, mentega, ikan bilis dll.
Elakkan daripada pengambilan kafein, merokok dan alcohol kerana ia menghalang menyerapan kalsium.
Tahukan anda jisim tulang kita akan berkurang bila umur kita mencapai 30 keatas.

Pesanan : Jadi, minumlah susu untuk kesihatan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...