Pages

31 Mei 2016

Berhujung Minggu di Sri Manjung


Hubby ajak datang festival, kebetulan ada kerja dekat setiawan hari Sabtu, jadi kami pun sampailah jam 10:30 pagi.

Sumber dari FB
Suasana di tapak festival dalam pukul 10:30 pagi. Semua pengunjung kecewa tak dapat bau durian, apatah lagi nak makan durian. Setengah jam menunggu, kami balik, tapi hubby nak datang juga lepas zohor.

Apa kata pengunjung


Nasib baik kakak tak se excited hubby. Ummi pun terasa juga nak makan, tapi tak tahan panas dan berdiri lama menunggu, 




Sejukkan badan di Merina Water Park
Lepas mandi, pergi cari durian, harga durian dalam RM20 sekilo. Pastu, dapat jugok, durian last, tengok ada 2 biji , pakcik jual durian kata RM20, minta RM15, pakcik tu bagi. Sampai rumah, terus makan durian, nasib baik isi dia sedap, puas hati sangat. Terubat kekecewaan nak makan durian RM10 tu.
Birthday anak sepupu


Sebelah petang, sepupu sebelah rumah jemput makan kek, birthday anak bongsu dia dengan anak sepupu dari kampung. Perut memang penuh, kita masak spegeti..senang dan cepat siap.


Special Kek Buah
Pukul 6 petang bertolak balik ke Puncak Alam, jalan jem teruk. Mesti ramai orang yang dari Selangor pun keluar pergi cari durian RM10 tu juga :-) . Macam mana pun, kiranya cuti sekolah kami keluar bercuti lah juga, walaupun hujung minggu sahaja. 

24 Mei 2016

Smiler Kentang


"Ummi, ada tak makanan selain nasi goreng."

Ummi terus scroll fb, rasa macam ada share resepi kentang dekat fb. Tunjuk dekat abang Bukhari, kalau kita buat macam ni okey tak.

"Abang nak, abang boleh tolong ummi, kita perlukan apa ummi nak buat ni?"

Resepi dia mudah sahaja. Terus ajak abang Bukhari buat. Selalu gagal bab rebus ubi kentang, keras.

Hasil kerja tangan abang Bukhari. Cuma ummi tersilap masukkan tepung kek sikit, sebab tepung kek letak sekali dalam bekas tepung gantum, nasib baik bila goreng tak kembang macam kek. Rasa cam kuih cek mek versi moden sikit kot, guna keju dan ubi kentang. Boleh buat lagi lain kali, anak-anak suka bantu sebab ada bentuk-bentuk smiley macam ni.

10 Mei 2016

Gestational Diabetes (GDM)

Entry post kali ini nak cerita pasal diabetes umi, kalau ikutkan keputusan MGTT, tak de lah tinggi sangatkan 8.2 mmol/I bacaan berbandingan 5 tahun lepas 9.8 mmol/I. Disebabkan ada sejarah Gestational Diabetes (GDM), umur pun dah 3 siri, dan keputusan MGTT merah, jadi tetap kena buat pemantauan glukosa dalam darah (BSP) 2 minggu sekali.

5 tahun lepas terasa sangat tahap kencing manis tinggi, rasa kulit kering terlampau, minum air banyak pun tak terasa. Tapi kali ini okey je, walaupun tak berdiet sangat, malas nak berdiet, nanti berat badan susah nak naik. 

Misi dah bagi siap-siap jadual kena buat BSP untuk bulan puasa
Sebenarnya, rasa malas nak ulang alik klinik buat BSP, bukan seronok pun kan, tambah-tambah kena cucuk dekat lengan untuk cegah kancing gigi..rasa hilang mood. Lengoh tangan sampai keesokan harinya. Kebetulan hari cucuk dan buat BSP.. Qaisara nak ikut, tak nak pergi sekolah, demam katanya. Jadi ulang alik pergi klinik 4 kali hari tu, tak sempat dia nak tidur tengahari. Petang makan bihun goreng dengan Qaisara dan 2 keping kek marble Fuji.. bila check rendah pula bacaan.

Tanya misi, bulan puasa kena buat BSP lagi ke? Kena buat juga, 3 kali sahaja, tapi yang last, kul 10 malam . ( Pukul 10 malam di bulan puasa, macam dah tidur dah time tu.) Macam mana pun, memang kena beli lah alat cek gula dalam darah, survey-survey..harga dalam seratus. Rasa baik beli dari ulang alik, minyak kereta lagi, letih badan lagi, masa lagi.

Sebelum ambil bacaan BSP untuk pukul 8 malam, cepat-cepat singgah farmasi An Ni'sa, Selepas beli, alat bacaan gula, terus pergi klinik kesihatan ambil bacaan, rasa suka hati..saja nak bagitahu misi, 'Nurse, saya dah beli alat ni.' bangganya rasa, kembang hidung yang sedia kembang. Adoi, macam budak-budak rasa..saja nak gembirakan hati. Selesai sudah untuk BSP hari tu. Badan pun dah letih, rasa penat, lapar dan mengantuk.

umi : abang lapar tak. abang nak makan apa?
abang : abang rasa nak makan mi sup.
umi : okey. singgah kedai makan dekat rumah kita lah.

ummi 1, abang 1..kakak tak lapar katanya
Kesian anak-anak umi, lepas makan terus tidur

Alat cek gula dalam darah dan alkohol pad
Di kesempatan anak-anak tidur awal, mencuba lah umi alat baru beli =)  masa beli tu kejar masa, tak sempat nak tanya cara guna, lagi pun nampak senang je. Harga alat tu sekali dengan 10 strips n 10 jarum RM100 dengan 5 tahun waranti, jenama Free Style, perasan juga jenama yang sama misi dekat klinik kesihatan guna, jadi tak risau sangat lah klu strip dah habis nanti,mudah untuk cari refillnya. Harga 50 keping strip dalam harga RM 98 dan alkohod pad 100 keping berharga RM7.80.

5 Mei 2016

Sibuk+Makan


Kesibukan melanda, sampai tak sempat nak masak dan makan pada waktunya. Kemas barang rumah baru masuk dan rumah sewa lama sikit-sikit, cepat penat. Tapi Alhamdulillah, HB okey, kalau mengandungkan Bukhari dan Qaisara, HB rendah, cepat pening dan nak pitam.

Abang  : Ummi, cepat lah masak, abang dah lapar sangat ni.
Ummi  :  Ummi tengah masak nasi ni.
Abang  :  Tapi abang lapar sangat ni, roti pun tak pe.
Ummi  :  Kalau macam tu, tolong ummi keluarkan sosej dan telur sebiji. 
Abang  :  Okey, dah.
Ummi  :  Pastu ambil roti 5 keping letak dalam pinggan ni.
Abang  :  Okey.


Bila dah ada meja makan dekat rumah, rasa rajin pulak nk hidang dan makan, walaupun makan sorang. (sebabnya perut dah menghalang untuk makan duduk di lantai)

Lauk kegemaran ummi, ikan pekasam :)

Meja rumah sewa lama, meja kecil. cukup untuk anak breakfast 2 orang tu sebelum g sekolah.
Kakak dan abang lain-lain citarasa makanan. Kakak suka sangat coklat/milo, abang tak suka. Air kopi anak-anak tak suka, mereka cakap tu air orang tua. Air teh abang suko, adik pulak tak suka. Susu kotak anak-anak suka, beli 6 sekejap je habis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...