Pages

23 Februari 2017

Resepi Sira Labu

Ummi nak share makanan kegemaran ummi. 


Siapa suka makan buah labu kita geng :)
Kalau di negeri Kelantan, buah labu ini selalu nya di sira untuk dijadikan pencuci mulut. Selalu boleh dapat pada musim bulan puasa dan kenduri kahwin,
Jadi, setiap kali ummi dijemput ke kenduri kahwin dekat Kelantan, mesti ummi intai dessert dia dulu. Tapi zaman sekarang makin kurang dah. Jadi, nak tak nak, ummi kena buat sendiri.



Resepi Sira Labu

Separuh Labu
2 senduk Gula
2 Kuntum bunga cengkeh
3 helai daun pandan
1 sudu teh kapur sirih
sedikit air untuk rendam labu

Cara:
Kupas labu, buang kulit nipis tu. Potong sesuka hati.
Rendam dalam air kapur yang dibancuh. 1jam pun dah okey. (Untuk elak labu hancur.)
Pastu, cuci labu tadi letak dalam periuk, susun cantik-cantik dan tabur gula separuh, kalau banyak layer labu tu, tabur gula setiap layer bagi gula meresap. Letak daun pandan. tak perlu letak air, labu dan sedia ada air.
Guna api kecil, masak dalam 15-20 minit.
dah hampir masak tabur gula selebihnya.

Siap.



16 Februari 2017

Bekal anak 7 bulan

Assalamualaikum..

Labu


Sekarang ummi anak 3 ni belajar cara nak sediakan makanan bayi. Masa anak pertama dan ke-2 bagi nestum, ingat yang ke-3 ni nak try buat sendiri. Tapikan..

Kenapa cam kasar sangat kejadian bubur nasi untuk umur 6 bulan?


Nasuha * Bukhari * Qaisara
Tak boleh nak fikir macam mana bubur nasi boleh halus, google lah sikit. Macam-macam lah keluar, kena ada pengisar makanan bayi, goreng beras, mesin beras bagi jadi tepung beras.(kan baik guna tepung beras kalalu macam tu.) Ummi pun cuba lah, basuh dan toskan..pastu tunggu kering ..pastu macam beras tu jadi rosak, Adeh..cam tak berkesan. Ada juga guna cara tapis, guna lah penapis yang selalu ummi guna untuk tapis adunan buat caramel tu. Tapi penapis tu cam halus sangat lubang. Beli yang lubang besar sikit, tapi macam lambat juga hasilnya nak dapat yang halus.
Gambar di bawah hasil guna penapis.

Purre Labu ke Betik..lupa
Fikirkan nak beli pengisar makanan baby macam tak berbaloi. Guna untuk 2,3 bulan sahaja pun. Nanti baby dah besar dah tak pakai. 
Sudahnya ummi try blend dalam pengisar kering saja. Masih tak halus, try lama sikit macam ok je. Lagipun pengisar tu tak guna pun.

Nasi+carrot+ayam di dalam pengisar kering

Siap diblend

Bila dipindah dalam bekas cam nampak pekat

Tambah air suam sikit bagi cair dan kacau sebati

menu hari pertama minggu ke2 : nasi+kurma+ayam
menu hari ke-2 minggu ke2 : nasi+labu+ikan bilis
menu hari ke-3 minggu ke2 : nasi+carrot+ayam


Makanan kalau dikukus lagi elok dari direbus. Letak daun pandan sikit, wangi 1 rumah :) .


Nasuha 7 bulan

5 Februari 2017

Blood Pressure Monitar Murah di Lazada

Jom pakat beli. Pakat ukur sendiri tekanan darah masing-masing. Siapa yang malas pergi klinik, boleh beli online sahaja di Lazada. Beli sebagai hadiah pun okey juga. Lagi hebat beli bawa balik kampung hadiahkan untuk mak ayah, makcik pakcik datang rumah, check tekanan darah..dan bagi nasihat sedikit tentang kepentingan menjaga kesihatan. Makcik dan pakcik terasa macam disayangi gitu..


Untuk dapatkan sedikit pulangan duit daripada pembelian, register dahulu di shop back.



Bagi panduan cara bacaan sekali. Senang nanti nak bagitahu makcik dan pakcik kita nanti :)

Sharing is Caring

2 Februari 2017

Barang baby murah di kedai NT dan MR DIY

Keterujaan seorang ibu bilamana anak kecil nya berusia 6 bulan. 

Checkup 5 bulan, nurse pesan..masuk 6 bulan, minggu pertama bagi bubur nasi kosong, minggu ke2 boleh campur sayur, dan minggu ke 3 boleh campur dengan lauk berprotein. 

Mencari lah ummi Nasuha bekas yang tahan panas kejap pun jadi lah, Survey punya survey, tanya punya tanya kawan ummi anak 4. Ummi dijodohkan membeli Single Layer Lunch Box , beli dekat Mr DIY, harga dia RM 13.90. Rasanya berbaloi sangat.



Bekas, Single Layer Lunch Box dia tak besar dan tak kecil sangat, selain boleh dijadikan bekas thermos Nasuha, kalau balik kampung boleh letak kari ayam mak mertua buat untuk bekal kami sekeluarga ;)

Barang beli dekat kedai NT

Rasa macam anak pertama pula, sebab 5 tahun jarak kot, Semua benda kena tanya balik orang berpengalaman untuk siapkan makanan bayi 6 bulan ni.  Hari ini baru ummi tahu yang ada sudu lembut, sesuai lah untuk si Nasuha yang baru belajar nak makan sebab bila suap bubur nasi kosong tu, dia gigit-gigit sudu..ngilu gusi tengok  ; )

Kalau singgah kedai RM2 mesti ummi pusing-pusing banyak kali, rasa semua nak beli. Bekas kecil 4 segi tepat tu ingat nak buat stok makanan Nasuha. Sudu tu mulanya ummi ambil yang banyak bentuk comel, pusing-pusing tengok ada sudu khas untuk baby pula, letak ambil yang tu, comel sangat, Nasuha ni baru belajar makan, jadi selalu makanan meleleh, jadi boleh guna napkin ni. Setiap barang RM2. Gam tu untuk si abang Nasuha.

Ummi ni rasa teruja sangat bila dapat beli barang baby yang comel-comel ni ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...