Pages

21 November 2017

Kakak Qaisara di Akhir Tahun 2017

Bulan dan hari minggu yang sibuk. Sabtu lepas hari orientasi kakak Qaisara. Kalau ditanya boleh tak jawab exam. Senang je. Jawapan confident je. Tapi bila suruh mengeja tak lepas, pastu..macam mana nak jawab pereksa.


Cepat masa berlalu. Kakak Qaisara dah nak masuk darjah 1.Cakap masih pelat lagi..Ta pe lah kakak, slow-slow, umi pun masa baya kakak pelat juga. Mungkin lagi teruk, ye lah kan, umi pelat kampung.

Adik tunggu kakak dekat kantin

Hari Ahad pula, hadiri Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika kakak. Kakak sertai tarian Joget Berhibur. Comel kakak dan kawan-kawan kakak menari.


Persembahan Dikir Barat daripada pelajar 5 tahun

Bercerita
Persembahan pelajar 4 tahun yang comel-comel dan aktif

Cikgu Salina dengan Qaisara
Walaupun kakak Qaisara tak dapat hadiah pelajar cemerlang tadika, tapi umi dan abi bangga dengan kakak.


13 November 2017

K.i.t.a di Pusat Sains Negara 2017

Kembali lagi kita, selepas 5 tahun kita  ke Pusat Sains Negara lagi. Anak-anak teruja sangat, tapi kali ini ramai sangat mungkin sebab masuk percuma sehingga hujung tahun ini, kecuali pameran bertema Survive The Bunker

Kami bertolak 930 pagi dari Puncak Alam, sesampai je luar Pusat Sains Negara, jalan sesak. Ramai yang parking kereta dekat luar, menjadikan makin sesak.


Kami cuba nasib masuk juga perkarangan Pusat Sains Negara, guard minta u-turn dan keluar sebab dah penuh, tapi kami minta untuk masuk juga. Alhamdulillah, masuk-masuk je, ada pakcik yang jaga parking minta kami ikut dia. Alhamdullilah, parking cantik dan teduh lagi, rezki anak-anak, ummi dan abi tumpang sekali..dalam hati ummi, kalau tak de parking ni, patah balik dah. Takkan nak jalan kaki masuk ke dalam, jauh tu tengok orang lain parking, sebab ummi rasa tak larat, kesian dekat Nasuha panas-panas.

Finding Dory


Macam mana tenaga elektrik terhasil?




Bersemangat Nasuha










Suka sangat bila tengok anak-anak happy.

6 November 2017

Oktober Birthday

Lama dah tak bergambar dengan ayah

Inilah ayah saya, Yah bin Yusof. Ingat lagi memori masa baya Qaisara, ayah syampukan kepala, meraung-raung, sebab saya takut syampu rambut, takut buih syampu masuk mata.
Nama ayah, Yah..buat saya jadi unit. Daripada zaman sekolah sampai sekarang, alam pekerjaan..orang kenal saya dengan nama penuh Rashidah Yah. Saya tak de apa yang special untuk orang ingat selain nama ayah yang unit.

Ayah saya ni suka makanan atau minuman manis, manisnya sampai saya pun tak boleh minum kalau air yang ayah buat, tapi kan,Alhamdulillah.. ayah saya ni tak de pula penyakit 3 serangkai walaupun dia suka makan benda manis teramat.




Bulan Oktober bulan yang special, sebab setiap daripada keluarga kecil kami ada  seorang wakil yang lahir bulan Oktober. Jadi, kebetulan ada kesempatan balik kampung, kami adik beradik buat perancangan kejutan buat ayah, video ucapan daripada anak cucu, buat aktiviti untuk budak-budak sikit dan cabutan bertuah (tukar-tukar hadiah). Apa yang kami tahu, ayah dan ma akan happy bila tengok anak cucu happy.

Idea tukar-tukar hadiah dan aktiviti kanak-kanak ni dari cik T.
Idea video daripada adik bangsu, Cik Su.


Semua dapat hadiah cabutan bertuah



Kutip coklat


" Semoga ayah diberi kesihatan yang baik, hidup diberkati, dipanjangkan umur dan bahagia dunia dan akhirat."



Lokasi: Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...