Pages

22 November 2019

Orkid Lagi

Lama-lama pandang orkid ummi gubah sebelum ni rs macam tak lengkap. Jadi umi fikir kena juga beli buloh untuk stabilkan kedudukan orkid. Beli buloh dekat kedai My One Shop , Rm4.50 =10 batang. Umi pilih color cerah.

Sebelum


Pembaruan daripada orkid sebelum ni, umi letak batang buloh. Setelah diejas dan digubah balik, ini lah rupanya..

Selepas

Gubah untuk office.

Disebalik tabir kerja-kerja ummi..

Bz sangat, banyak tempahan ni.

Dah nak siap, tinggal cucuk buloh.

Ada pula yang mengacau.
2 kuntum vs 3 kuntum



1 umi, 1 baby safiya gubah.
Umi sebenarnya nak gubah macam rimbun, banyak bunga..alang-alang pasu dan besar, tapi komen cik su, klu bunga sikit lagi nampak real orkid. So, komen diterima.

Cik su komen, hasil gubahan fiya boleh pergi jauh ni.

Pasu putih 4 segi tu harga seringgit, balik spray putih code 2.
Letak simen sikit dalam pasu tu bagi stabil.
Span bunga 1.
Pastu tampal Lumut hijau guna gam lilin panas. 
Daun orkid RM2.50.
Pokok daun hijau beli kedai Rm2. ambil sikit sahaja buat hiasan.
Batang buloh, guna sebatang sahaja.potong 3. RM 0.45
Bunga sekuntum Rm5.98X3



Asalnya beli pasu untuk tanam pokok hidup, nampak cantik pula design 4 segi macam tu klu color putih, kebetulan ayah ada, tanya ayah boleh tak spray putih pasu ni, dia kata boleh. Terus hati berbunga untuk buat pasu orkid. Hati dulu berbunga, lepas gubah, baru berbunga rumah dan ofis.

 

2 ulasan:

  1. wahhh kreatifnye shidah....nak order boleh hehehe

    BalasPadam
  2. lawa sangat2...tangan ni xberseni, keras je rasa kalu nak gubah2 bunga hehe..tu xde bunga kat rumah hihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...