Pages

27 Disember 2020

Penutup 2020

Tahun 2020, tahun yang banyak menyedarkan sis. 

Dengan kehadiran covid-19 yang memberi kesan kepada 1 dunia, benda yang tak pernah terbayang akan terjadi seperti ni.

Tahun yang  berkurung dan tak buat apa-apa, tak dapat balik raya. 

Terasa sangat tak productive, yang mana sebelum ni memang tak productive.

Sepanjang PKP tak buat apa, makan tidur, makan tidur, tak de buat sesuatu yang dapat menambah income atau buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan untuk family. 

Bila dah sedar, banyak bazirkan masa..  terasa tak cukup tangan dan masa, banyak sangat benda yang kena settle kan sebelum tahun baru.

So, untuk tahun 2021 sis akan berusaha menjadi lebih baik. Kerja yang tersusun, tegas, productive dan semangat. Walaupun sis rasa sis dah terlambat untuk berubah..Sebab terasa diri ini terlalu tua.


13 Disember 2020

Kellie's Castle

 Assalamualaikum, kali ini kami ke Batu Gajah, Perak untuk melawat Kellie's Castle peninggalan bersejarah.


Budak-budak zaman sekrang susah sangat nak ajak keluar. Masing-masing buat muka malas.


Ni pandangan tepi istana lama ini. Cantik kan, berseni sangat. Istana ni sebenarnya belum siap sepenuhnya lagi, tapi dah ditinggalkan oleh tuannya.


Dari atas bumbung istana.

Minta anak-anak turun, ummi nya gayat dan jenis risau. Semua risau 😓





Antara penceritaan mengenai balkoni serambi yang dikatakan berhantu.

Dibuka untuk kunjungan setiap hari bermula pukul 9 pagi - 6 petang.

Jentik Hati :

“ Ujian terbesar seorang wanita itu datang dari perasaan sendiri. Perasaan yang kerap berubah menjadi prasangka-prasangka buruk dan ketakutan-ketakutan yang tak pasti. Maka tidak  hairan jika wanita lebih sering merasakan depresi sebab kelemahan wanita itu ialah berperang dengan dirinya sendiri. ” - Jentik Hati

27 Oktober 2020

Syukron Lillah

 "Syukron Lillah"


Kusadari semua yang kuingin bukan yang terbaik
Yang Kau beri tak selalu jadi keinginan hati
Ampuni salahku menilaiMu salahku telah jauh dariMu

Alhamdulillah wa syukurillah
Terima kasihku atas segalanya
Alhamdulillah wa syukurillah
Tak pantas ku mengeluh
Kau telah beriku sgalanya

Kusadari semua yang kuingin bukan yang terbaik
Yang Kau beri tak selalu jadi keinginan hati
Ampuni salahku menilaiMu salahku telah jauh dariMu

Alhamdulillah wa syukurillah
Terima kasihku atas segalanya
Alhamdulillah wa syukurillah
Tak pantas ku mengeluh
Kau telah beriku sgalanya

Kau tahu tentangku, isi hidupku
Tentang semua yang baik untukku
Segala puji bagiMu

Alhamdulillah wa syukurillah
Terima kasihku atas segalanya
Alhamdulillah wa syukurillah
Tak pantas ku mengeluh
Kau telah beriku sgalanya

Alhamdulillah wa syukurillah
Terima kasihku atas segalanya
Alhamdulillah wa syukurillah
Tak pantas ku mengeluh
Kau telah beriku sgalanya

14 Oktober 2020

DAY 3 : Hasley Family's Day 2020

 


Kenyir Elepant Conservation Village - dibuka seawal pukul 10 pagi.


Pemandangan yang cantik, perjalanan yang agak panjang dan banyak tangga harus dijejaki.



Tapi kalau yang berstroller pun tiada masalah, asal rajin angkut naik tangga.



Pengalaman melihat gajah mandi sungai di depan mata.



Melihat kehidupan alam bersama orang tersayang sangat bermakna dalam hidup.


Perjalanan harus diteruskan. Tak kira siapa yang mendahului.




Apa yang penting kasih sayang harus ditunjukkan walaupun kita berbeza

Apa-apa pun cerita kita, hidup mesti diteruskan dengan positif.

DAY 2 : Hasley Family's Day 2020


 Aktiviti hari ke-2 di Warisan Pahlawan Resort, 1. Sukaneka dengan bertemakan Yellow








Yang lain harus pasrah bila semua acara dijuarai oleh keluarga kecil kita. Kita semangat kesukanan tau, kecuali sis :)




Belajar untuk menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.

Bila tengok gambar-gambar ni, sis terharu sangat. Bukan mudah untuk berkumpul semua dan menjayakan sesuatu program keluarga. Dengan musim covid-19 ni lagi. Kalau bagi dekat sis, rasa dah tak menjadi sebab sis cepat give up.



DAY 1 : Hasley Family's Day 2020

 


Family Day's Hasley kali ini, kita berkampung di Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang, Terengganu selama 3 hari 2 malam. 

Antara aktiviti hari pertama, 1. Bergambar..



Sweet sangat pasangan-pasangan ni. Sekali tengok macam drama berseri dengan berlatar belakangkan rumah lama. Sebenarnya i jelous sebab tak de gambar pose macam mereka ni.

2. Mandi Kolam



sambil

3. Barbeque



4. Aktiviti Bebas

Mana yang nak ber OOTD , sini tempatny. Tapi sis tak la, bagi dekat anak2 dara je. Masa sis cukup dengan urusan anak-anak. Malam nya keluarga kecil sis keluar ke pekan Kuala Berang cari kedai ECO sebab ada barang yang terlupa bawa, biasa la sis ni kalut, jadi ada sahaja barang tertinggal. Meriah tau malam dekat Kuala Berang, dengan lampu warna warni, banyak pula tu kedai makan.

Kalau bab makan jangan risau, selain boleh tempah siap-siap dengan resort, tepi resort ada kedai makanan panas. Kalau tak nak, boleh je keluar ke pekan Kuala Berang dalam 5-8 minit sahaja.
Bahagia kan?

Aktiviti yang padat mengingatkan sis waktu sis remaja, ikut aktiviti motovasi atau masa minggu suai kenal. Bezanya sis sekarang perlu urus keluarga dan bukan diri sendiri sahaja. Kepada adik-adik dan anak-anak, nikmatilah masa mudamy dengan kesyukuran, kerana semua itu adalah kenangan yang tidak boleh diulang semula, dan ia sebenarnya amat berharga.

18 September 2020

MyKori Dessert Teluk Intan

 Masih dalam mood perkenalan sekitar tempat kediaman kami. Kali ini kami membawa anda semua menikmati dessert di Teluk Intan.

Dari pandangan mata tempat dan makanan cantik dan menarik dan tertarik. Umi suka dengan tema dia color pastel dan unicorn. 





Tapi umi tak suka dessert, tambah-tambah lagi yang rasa manis. Datang untuk merasa sahaja, dan teman suami yang bersemangat nak bawa kami ke sini. Thanks hubby.

24 Ogos 2020

Lata Kinjang

Sempena cuti lama sekolah, pergi la juga bawa keluar anak-anak. Syukur dekat rumah, banyak tempat menarik..jadi tak perlu ambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi. Sebelum kita keluar bercuti tempat lebih jauh, kita habiskan tempat sekitar kawasan dulu. Jadi kali ini kami terjah Lata Kinjang, Perak.

Kami tak janjikan pada anak-anak yang kami nak pergi mandi sebab ada review mengatakan kawasan tempat mandi terhad. Apapun kami suami isteri standby juga persalinan kot-kot boleh mandi. Konon nya kami nak pergi tengok keindahan air terjun.


Dari rumah kami hanya 30km, lebih kurang 1/2 jam sahaja dari rumah, keluar pukul 8.30 pagi singgah makan roti nan cheese viral. Walaupun beratur panjang, tapi service cepat dan kami berpuas hati, lain kali boleh pergi lagi makan roti nan cheese viral Tapah di Restoran Capati Corner .


Kami pergi hari Ahad, memang ramai, kebetulan ada club kereta buat family day dekat situ, rasa macam tak de harapan untuk anak-anak mandi. Jadi, umi cakap dekat anak-anak siap-siap, kita datang untuk tengok-tengok sahaja. 

Tiket untuk masuk kami sekeluarga RM8. 

Air terjun ni katanya banyak tingkat, boleh la kami naik atas , tunggu anak-anak besar sikit, ikut tangga. Mesti lagi cantik pemandangan dia.



Rupanya, tak de la terhad sangat, banyak sahaja ruang untuk mandi manda walaupun orang ramai. Memang cantik dan terjaga tempat, view yang cantik dan mendamaikan sebab bunyi air terjun.

2 beradik ni tak duduk lama, sejuk. Naik terus nak makan.



Sebelum balik kita bergambar dulu. Cantik tempat ini kerana keindahan semula jadinya.

Ummi keliru, anak umi ni gegulz atau boboy?



“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.”

( Surah al-A'raf:56 )

5 Ogos 2020

Pengalaman Naik ETS


Selepas Refarm Kampar, esoknya kami cuba naik Electric Train Service (ETS), Tapah Road - Ipoh. Dari Tapah Road kami naik ETS pukul 9.30 pagi. 





Disebabkan tak pernah naik ETS, kami tersalah naik gerabak, rupanya setiap gerabak ada tanda huruf. Tiket kami huruf A, kami naik gerabak F, jadi berjalan la kami sekeluarga. 1 pengalaman juga, rupanya ada kedai dalam tu. Comel je kedainya. Boleh la kalau berjalan jauh, kaki lengoh..boleh la jalan-jalan dalam train cari makanan.





Perjalanan tak sampai 1 jam dah sampai Ipoh. Turun Ipoh makan dekat medan selera. 







Jalan-jalan tengok mural art.





Perancangan balik pukul 1, rupanya ETS dari Ipoh yang singgah Tapah Road hanya ada pukul 4.15 petang. Jadi  kami kena solat dulu sebelum balik. Dan sebab masih dalam PKPB, jadi kami malas nak keluar station KTM tu, terpaksa kami menunggu dari pukul 12 hingga pukul 4. Adik dah tergolek-golek atas lantai station.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...