Pages

30 Disember 2021

Masakan Kita Tahun 2021

 Alhamdulillah.. Tahun ini family kita banyak makan protein dari ikan sebab kita dah dapat orang yang boleh supply ikan fresh. 




 


 

Lebihan suhun, nampak macam putu mayam. Sebab teringin sangat nak makan putu mayam Kelantan, masak kuah. 



Selain ikan, alhamdulillah..rezki tinggal di taman peladang ni, dapat makanan hasil tanaman yang fresh juga.


Lupa ambil dekat mana resepi sambal kicap. Buah sukun goreng cicah sambal kicap. sedap sangat makan masa panas-panas. Sebelah kanan kerabu jantung pisang.

15 September 2021

Bercamping di Natasya Riverside Caravan Park , Gopeng

 Assalamualaikum,,

Sebenarnya dah lama hajat nak bercamping, tapi fikir anak-anak kecil lagi rasa mustahil. Tapi rupa-rupanya orang lain baby pun bawa bercamping. Jadi rasa tak mustahil, lagi pun anak-anak sis pun dah besar. 


Katany Nasuha, "adik tu bukan baby lagi, kalau baby tak boleh jalan guna kaki lagi".  😌Em, beetul la tu, adik bukan baby lagi. Adik safiya yang selalu bagi penampar dekat dia.

Tapi bila ajak pergi bercamping, "kak cik tak suka."

Sis cuba usahakan supaya camping kami menjadi seronak juga untuk anak-anak. First time camping dengan family selepas kali terakhir bercamping masa zaman universiti.

Camping kali ini, tak banyak bersediaan, sebab hati masih risau tentang keselesaan anak-anak. Jadi nak membeli barang-barang camping ni takut tak berbaloi. Takut semangat setengah jalan.




Percubaan pertama kami di Natasya Riverside Caravan Park (NRCP) , Gopeng. Bila kerajaan umum boleh aktiviti luar seperti camping, terus pergi. Alhamdulillah, sekarang tinggal di negeri yang banyak sediakan tapat perkhemahan yang menarik. Biar pun barang yang beli dekat shopee tak sampai lagi. Pakai apa yang ada.

Alhamdulillah cuaca okey, kemudahan tandas dan bilik mandi ada disediakan. Untuk tengok kemudahan lain, boleh buka link youtube di bawah, 


Ground sheet dijadikan fly sheet.


Suka anak-anak dapat mandi sungai.



 

2 hari 1 malam dah cukup bagi kami untuk pengenalan bercamping bersama keluarga kecil. Perlu banyak lagi harus kami sediakan bagi keselesaan anak-anak kecil. Bagi abang dan kakak rasanya tak de masalah sebab mereka dah besar.


Pagi esok nya, menu kami sardin,ikan bakar, goreng ayam dan telur bersalad katanya adik. 😅






Berselera, pagi yang mendamaikan. Selesai makan, kami bersiap untuk balik. 

NRCP menyediakan penginapan caravan juga, ni video kawan husband, dia sampai masa kami nak bersiap balik. 





1 Julai 2021

Episod Baru

 

Rumah pertama kami hidup sebumbung

Assalamualaikum .. 
Alhamdulillah.. apa yang sis impikan selama ini telah menjadi kenyataan. Bagaikan mimpi, setiap hari bangun dari tidur macam tak percaya.

Sis tak impikan lebih. Hanya untuk bersama membesarkan anak-anak dirumah sederhana. Tak besar dan tak kecil. Suami sentiasa ada bersama, lebih-lebih lagi di musim covid. Sis rasa sedih sangat bila tahu orang PJJ, terkenang kisah lama. Sis doakan sesiapa yang masih PJJ,  jangan putus asa malaikat-malaikat sentiasa ada membantu dan semoga Allah permudahkan urusan mereka. 
Semoga cepat dapat kembali disisi orang tercinta.  
In sha Allah, ada pelangi menanti selepas hujan.

Bila bos bagitahu boleh pindah. 
Sis tak de perasaan gembira, sebab takut dikecewakan sekali lagi, hanya menunggu saat itu tiba.
Rezki datang dalam pelbagai, tidak putus-putus, kadang-kadang rasa takut, takut Allah ambil semula nikmat yang diberi. 

Percayalah,
Allah menggegam semua doa dan akan melepaskannya satu persatu di waktu yang tepat.


Suka dengan petikan ayat dari blogger Kereta Mayat :

“Kita tak pernah jumpa orang yang salah dalam hidup, semua pertemuan kita dengan mana-mana manusia adalah berjalan dalam takdir tuhan, semuanya ada tujuan, sama ada dia sebagai rezeki atau peluang belajar sesuatu. - kredit Kereta Mayat”

27 April 2021

Jalan-jalan Taiping - Zoo Taiping

Assalamualaikum ..

Kejadian sebelum Ramdhan

Jalan-jalan kita kali ini ke Taiping, masih dalam negeri. Alhamdulillah dapat mencari rezki di negeri yang banyak tempat menarik untuk dikunjungi. 

Sis pun tak jangka tempat dia menarik, damai dan tak semahal tempat lain. Tempat dia tidak luas sangat dan tidak sempit untuk kami jalan-jalan. Sesuai untuk keluarga. Apa yang penting, anak-anak enjoy.

Nak ke Zoo Taiping pun tidak sibuk sangat, parking pun banyak.







"Mi, baby elephant."- adik yang teruja dan banyak cakap. Tapi nak dukung.













30 Mac 2021

Dugaan 2018

 Terharu dengan perancangna Allah aturkan untuk sis.

Sebenarnya sis cuba untuk pendam perasaaan sedih, sebak dan kecewa. Biar ia padam sendiri..  Tapi apa pun semua akan merasai, melalui kesusahan dan keperitan hidup masing-masing.

Kenangan tahun 2018 adalah paling tragis dan juga ada manis nya. Tahun 2018, kami adik beradik dapat baby serentak, beza minggu sahaja.

Ma paling susah hati sebab risau dengan sis yang uruskan anak 4 orang sekali dengan baby. Dipaksa adik untuk tinggal sekali dengan sis, tinggal diperantauan.

Sebulan lebih adik tinggal sekali, terasa terurus sikit ada pembantu. Perancangan nya, adik tinggal sekali dan dapatkan kerja. Banyak juga kerja dia cuba mohon, tapi tak dapat yang sesuai. 

Dapat penggilan, ma masuk kecemasan. Adik diterbangkan balik segera. Seminggu lepas tu, bila ma dah ok sikit, ma minta adik kembali menemani sis, walaupun ketika tu ma pun perlu kan bantuan, sebab ma belum betul-betul pulih.

Tak sampai seminggu adik bersama dengan sis dan anak-anak, dapat panggilan kecemasan lagi. Adik-adik di kampung kemalangan.  Adik lelaki yang memandu cedera di kepala.  Panjang jahitan di kepala. Adik ipar dan anak buah cedera ringan, lebam-lebam. Adik perempuan patah kaki (patah tebu orang kata), baby nya..tidak sedarkan diri, ada pendarahan di kepala, Sis pun ada baby sebaya, sakit bengkak susu memang sakit, dan sakit tulang patah, hanya orang yang pernah merasai yang tahu. Dia tak telan ubat tahan sakit sebab takut bagi kesan dekat susu yang dia nak bagi dekat anak yang koma. Hospital berasingan. Kereta  yang kemalangan tu hancur. 

Adik yang bersama sis, diminta untuk bantu adik sis yang cedera tadi. Sis pun tak tahu nak ringan kan beban adik-adik sis macam mana selain doa semoga cepat baik dan Allah pulihkan anak buah yang koma. Berat betul ujian adik-adik sis. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sis teringat balik masa balik lawat adik-adik, ma yang baru nak sembuh, anak buah yang koma. 

Bila teringat balik sampai sekarang, sis rasa sebak sangat. Allah..beratnya dugaan. 

Terasa dugaan sis terima ni kecil sangat berbanding dugaan dan ujian adik-adik sis dan orang lain.

Punya anak 4 adalah kehendak sis, sis rasa sis boleh. Sis teruskan hidup hari-hari, setiap hari rasa bolehkah lalui hari esok dengan lancar.

Dan akhir sekali, dengan tidak sengaja, sis dah terdelete folder gambar yang sis kumpul untuk tahun 2018. Yang sis ada hanya dalam blog ini sahaja. Itu pun tak de gambar-gambar pahit.

Dan kenangan manis, team sistem sis dapat Anugerah Khas, walaupan bukan tempat pertama,kedua atau ketiga..sekurang-kurangnya ada anugerah dan dapat bagitahu ma yang rindukan berita gembira dari anak-anak sangat berduka. Sebab sis tahu, kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan ibubapa. Berkat doa ma ayah juga, lepas present  sistem terus balik kampung melawat ma ayah dan adik-adik.

Sumber: FB En Hairey

Sumber Pic : FB En Hairey

Lepas tu, selain usaha untuk pindah, sis ikut je perjalanan hidup sis, sehingga la khabar dari bos.....sambuang 2019

21 Mac 2021

Mercy k.i.t.a

Ilham dapat nama mercy sebab pertama kali dengar nama mercy ni masa sek rendah kot, masa tu ikut rombongan perkhemahan anjuran BSN, 3 hari 2  malam di Bukit Kluang, tak ingat tahun berapa. Pergi dengan adik, sebab nak sangat ada pengalaman perkhemahan. Walaupun sis ni pendiam dan kuat tersentap.. Sis kuatkan semangat register dan join, walaupun peserta lain sis tak pernah kenal.  Group sis masa tu ada la perempuan cantik, yang selalu mendapat perhatian dari semua orang termasuk sis, semua orang nak tengok dia. Dia la yang bagi idea nama mercy untuk group kumpulan kami. Adik sis group lain. Maklum la sis ni orang kata tak de mulut, dalam group kumpulan tu sis tak de sumbang idea. Dah la semua orang tak kenal. Rasa macam tak berguna sangat kan?

Tapi tak pe, semua tu kenangan, walaupun tak terakam di kamera. Mendaki bukit keluang, dan berkhemah adalah kenangan yang tak pernah padam dalam ingatan sis. Cumanya dah ingat-ingat lupa, yang sis ingat lagi. Air dicatu, nak mandi seksa..dan sis menangis dalam khemah sebab rasa tak berguna. Dan setiap kali sis berkhemah/ team building dari dulu sehingga sekarang sis akan rasa sedih sebab sis tak pandai berkawan. Huhuhuhu.. Mana yang kenal sis mesti tau sis ni pendiam dan tak banyak cakap. Even sampai sekarang pun macam tu lagi. Sebab tu juga sis create blog ni untuk build confidence dan tengok balik macam mana sis berfikir pada masa tu. Dah beberapa tahun blog ni, nampak tahap pemikiran dulu lain dan berubah mengikut usia dan pengalaman.

K.i.t.a pula sebab sis bahasa diri 'kita' dengan mak ayah sis. So terjadi Mercy k.i.t.a yang sis create blog untuk tahun 2011.

Tapi kan sis terkejut bila nama Mercy Kita tu karektar anime Jepun.

Apakah ia kebetulan?


28 Februari 2021

Laksa J Mudah

 


Assalamualaikum

 Teringin sangat nak makan laksa J, jadi sis buat laksa J dengan rujukan youtube. Ambil bahan yang mudah dapat sahaja. Asal tekak terubat merasa laksa J. 

Selalu suami beli ikan kembung kecil, tak tahu nak masak apa selain goreng. Tinggal lagi 3 ekor,




Kalau kiranya, ikan kembung kecil 3ekor tak cukup dengan sekotak santan kecil, tapi ok la. 

Taugeh, daun bunga kantan, daun selasih, ikan kurau dan sambal belacan x de.

Kalau nak rasa laksa J yang sebenar, kena pergi Johor. 

Sis belum pernah sampai Johor.

7 Januari 2021

Planner 2021

 Assalamualaikum..

2021


Tahun baru, semangat baru. Siap ada planner. Harap-harap menjadi apa yang dirancang kecuali memang benda yang Allah takdirkan, di luar kuasa kita. Apapun mesti ada matlamat. Catat biar jelas matlamat kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...