Pages

24 February 2011

Gembira

Rasa gembira wujud selepas kita bersusah payah/ bersedih. Samala kalau kita dapat duit, selepas lama kesempitan hidup (bukan maksud sempit cam duk dalam kotak).

Hari ini aku gembira sebab aku dh dapat settle keje dalam masa kurang 2hari yang bos bagi masa sebulan untuk siapkan. Mungkin ini keberkatan doa suami, mak ayah dan aku sendiri.
Aku selalu doa : "Permudahkan pekerjaan ku.."ayat tu memang tak missed dlm doa aku selepas solat atau sebelum tidur. Selalunya, untuk solve problem ni, aku selalu ambil masa, kadang-kadang tu, tak settle2. Rasa takut dan malu untuk datang kerja, kadang-kadang rasa cam makan gaji buta.

Tak sabar rasa nak bercuti bersama keluarga dan warga PSMB. Kena buat perancangan awal ni untuk rasa percutian yang tak sampai sehari tu menjadi memori manis untuk kami.

Apa yang patutnya kena bawa nak pergi family day naik bas ???


Happy :

“The happiest people don't have the best of everything. They just make the most of everthing.”

22 February 2011

Berselera

Dalam 3,4 hari ni, berselera betul aku. Boleh makan banyak kali benda yang dulu aku tak leh makan banyak cam burger. Hari ni saja, breakfast nga nasi lauk ayam goreng tepung, tengahari burger..ni dah lapar balik.

Semalam, dah makan nasi sebelum g kerja, sampai office terasa lapar pulak, habiskan bekal (bawa puding roti), belum sampai tengahari, turun cafe beli nasi lemak. Waktu lunch, lapar lagi..beli burger.. belum balik, rasa nak makan lagi. Nasib baik hubby tinggalkan  tomyam dan nasi sikit kat rumah.

Sampai rumah je,panaskan lauk..makan nasi nga Bukhari..walaupun Bukhari ada lagi panas sikit-sikit, tapi berselera jugak dia. 2 mulut lagi last nak habiskan nasi. Bukhari batuk dan muntah..x dang bersiap nk tadah nga kain, terpaksa tadah dengan pinggan nasi. Lepas bersihkan tubuh Bukhari...tengok dalam periuk, ada sikit lagi tomyam. Sambung makan dengan bihun pulak.Umm bihun tomyam...sedapp..huhuhu..Alhamdulillah..tapi kesian Bukhari, nasi yang dia makan tadi..muntah..Bihun, susah pulak dia nak kunyah, bagi isi ayam je la kat dia.

SMS: Baca doa sebelum makan.

21 February 2011

Hanya Bukhari

Sejak Bukhari wujud di dunia ini. Hanya ingat dia, fikirkan dia, susah senang dengan dia. Kalau dia deman, aku pun demam (sebab berjaga malam). Makan pun ingatkan dia sebab Bukhari makan apa yang aku makan. Bukhari dah botak, minggu lepas abi dia potong rambut dia. Dah besar anak ummi ni.

Semalam Bukhari demam lagi, sedih sangat kalau dia demam, sebab dia akan tolak makanan kalau kita bagi kat dia. Bagi ubat demam, tunggu 5 minit..baru dia boleh makan. Hari ni tak tahu la..harap-harap, Bukhari kat taska dapat 'survive'.

Semalam aku masak puding roti karamel dan buat ais-cream.Sama macam puding karamel, cuma tambah roti dan 1 sudu tepung jagung. Ais-cream tu, dalam percubaan lagi..tapi sedap..rugi kalau sapa-sapa tak cuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...