Pages

14 Oktober 2012

Adik dah tumbuh gigi

Tinggil beberapa hari lagi genap umur Qaisara 1 tahun. Lambat sikit adik tumbuh gigi, hari ni baru rasa ada gigi dalam gusi dia..

1 Oktober 2012

Demam Campak


Dalam tahun ini saja, Qaisara kena lengkap penyakit berjangkit, sakit mata merah, sakit mata bertahi, demam campak merah dan naik bertih (campak berair). Waktu kena sakit mata rasa paling tragis dalam hidup, penyakit tu berjangkit dari taska, kena abang dulu, pastu adik dan last ummi. Kami kena kuarantin dalam rumah. Nak minta tolong orang lain pun takut berjangkit. Last sekali, ayah dan ma datang tolong kami. Sedih sangat waktu tu, dengan berita kena pindah Puncak Alam lagi, rumah tak cari lagi.
Qaisara sakit mata, 5 bulan masa ni

Qaisara 7 bulan kena demam campak
Qaisara kena bertih, 10 bulan masa ni kat office ummi
Qaisara kena demam campak berair lepas raya, sebab rasa terlalu banyak ambil cuti (sambungan cuti raya) rasa tak sedap hati dok rumah, jadi pergi juga kerja dengan Qaisara. Qaisara budak baik, dia tidak meragam pun, lagi pun ummi dia bukan ada kerja sangat kat office.

Doktor nak bagi MC untuk ummi jaga Qaisara, tapi ummi rasa bersalah pulak buat macam tu, lagipun cuti ummi ada lagi. Bukhari dah kena demam campak berair tahun lepas, 2,3 biji je kat belakang yang ketara, sikit kat muka dan kaki. Qaisara banyak sikit, tapi tidak seteruk budak- budak lain, sampai berair dan tengok pun rasa pedih dan gatal sangat.

 sms : Kena chicken pox time dewasa lagi bahaya, baik kena time kecik.

Lemping Nestle


Bukhari dan Qaisara, mereka berdua ini nampk sahaja kecik, tapi banyak juga makan. Bila makanan dan habis atau dah kurang selera nak makan makanan sama, terfikir untuk masak sesuatu yang lain sikit.

Tercetus idea bila tanya abi nak makan apa, dia kata nak lemping. Emm..sedap juga kalau letak nyor, sebenarnya kita pun tidak pernah rasa lemping+nyor, cuma bayangkan sahaja. Rasanya boleh ganti dengan nestum keluarga.

Sebiji telur,2 sudu gula, sedikit garam dan 2 cawan tepung naik sendiri. Okey..air mengikut kepekatan yang disukai. Sedap makan waktu masih panas, kejap je dah habis. Bukhari dan Qaisara pun suka. 

Breakfast dengan lemping ni je 2, 3 hari ni. Malam tadi buat lemping ni.. makan dengan isi bebola ikan yang ada sayur cmpur, Bukhari makan sampai tak tinggal pun kat ummi, Qaisara terkebil-kebil mata tengok abang dia, nak cakap tak reti.

Saja tidak habiskan adunan tu sebab nak buat breakfast pula untuk abang bawa pergi sekolah.

Note : Lupa nak ambil gambar, sebab terus je makan :)
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...