Pages

16 Disember 2022

Ummi masa baby

Ummi masa baby, macam muka kakak Qaisara ke Nasuha ke Safiya atau baby Madiha?




Qaisara



Nasuha






15 Oktober 2022

Ahli Baru K.i.t.a

    Alhamdulillah. 39 minggu 5 hari, maka lahir lah puteri kami yang diberi nama Hana Madiha. Mengandungkan Madiha kali ini, kadang-kadang tak rasa pun mengandung, tiada masalah kesihatan, cumanya Madiha dalam perut kecil, dulu ingat baby kecil sebab mak tak cukup zat. Tapi mengandung kali ini rasa jarang sekali termiss telan vitamin. Semua kehendak Allah..mungkin Allah nak mudahkan umi bersalin normal. Lahir waktu tepat masanya, hari minggu, jadi tak sibuk dengan pesakit lain, dan bersalin dengan doktor perempuan. 

    Sebab kan dia kecil, dan kakak-kakak yang yang 2 atas tengah lasak melompat, umi jadi risau. Risau tak sedar kehadiran Madiha sedang tidur, kakak-kakak nya kalau dah happy bermain, berlari, atas katil umi pun mereka boleh berlari dan melompat. Jadi, kesimpualannya, anak ke-5 ini, perlu ada baby coat.


Rezeki baby Madiha, banyak hadiah dapat. Terima kasih yang menyumbang. Semoga bertambah rezki kalian juga. 

Doakan Hana Madiha membesar dengan sihat.

1 September 2022

Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas

 Assalamualaikum, semoga hari-hari kita dilimpahkan rezki yang melimpah ruah.

Kali ini kita mandi sungai di Ulu Licin, Beruas. Suasana hutan dan gerungan air mengalir dekat sini sangat mendamaikan. Sesuai la untuk orang bersantai, mandi manda, bercamping sambil makan-makan.







Adik terbaring atas batu, umi tengok dari atas sahaja. Abang Bukhari pulak cuba nak jadi tarzan.



Kalau sebelum ini kami bawa dapur masak meggi goreng dan telur mata, kali ini umi masak siap mee goreng dan sosej roll siap dari rumah sahaja.

16 Ogos 2022

35 minggu kandungan ke-5

Alhamdulillah..

Dah sampai 35 minggu usia kandungan umi yang ke-5 ni. Seperti biasa, macam-macam umi nak buat.  Terasa semua penting, jauh sangat beza dengan anak sulung hari tu. Yang kali ni, katil baby pun terasa barang penting kena ada, tapi umi nasihat kn pada diri sendiri, baik jangan beli, nanti buat semak je. Nak jual balik bukan senang.



Dapat gift daripada Pn Hasni, set penjagaan bayi. Terima kasih Pn Hasni.

Untuk susu pula, sekarang umi consume susu Maaez. Susu Maaez ada macam-macam perisa, setakat ni umi dah rasa perisa asli, strawbery, pisang dan rose bandung. Semua sedap, tak rugi.


Projek untuk clearkan barang-barang dalam stor memang tak habis, bertambah banyak ada lah, dapat keluarkan barang besar, katil single yang tak pakai dah rasa lega. Umi berjaya bagi dekat orang yang lebih perlukan. Kain-kain yang tak pakai, dalam perancangan macam-macam nak buat, tapi dah dekat usia kandungan macam ni, rasa buat yang mana termampu sahaja, tak boleh paksa diri. Projek yang dah berjaya buat, sarung bantal Nasuha dan Safiya.




Persiapan barang-barang baby dan umi rasanya 90% dah lengkap, dah letak dalam kereta pun. Banyak juga yang guna semula, rupanya umi simpan lagi pakaian masa Safiya baby dulu.



Projek terakhir, menjadikan bilik stor sebuah bilik. Kerja-kerja mendeko sekarang tengah berjalan, tu pun buat sebelum tidur sikit-sikit.

Minggu lepas pergi Aeon Mall Manjung, pergi Kaison dan Daiso. Alang-alang bawa keluar abang Bukhari outing Manjung, beli barang sikit untuk mendeco sambil-sambil mencari idea untuk projek recycle barang dalam stor.




Ada kesempatan nanti umi update bilik yang dah siap, harap dapat siap sebelum bersalin. Teruja sangat nak tengok bilik tu boleh didiami.


Orang lain dah lama dah ada penapis air, mengandung anak ke-5 ni rasa dah macam keperluan, tak larat umi nak rebus air dan letak dalam peti ais. Nak bangun duduk pun malas.

17 Mei 2022

Kita ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum..

Trip yang tak dirancang, tanpa survey.. Kali ini kita masih dalam Perak, menjejaki tempat-tempat menarik. 
Last sampai tahun 90-an. Ingat-ingat lupa dah, rasanya memori yang terakam pantainya yang cantik, pokok rendah dan rendang, ada banyak orang jual barangan kraf macam kulit siput yang dicantum jadi keychain, bunga.

Untuk ke Pulau Pangkor, kita boleh naik feri melalui Jeti Lumut, atau pun Jeti Marina. Kali ini kami ke Pulau Pangkor melalui Jeti Marina.




Marina Island


Boleh membuat pembelian tiket secara online di https://ticket.pangkorferry.com/index_ext.php?online



Dah lama tak hujan, ku sangka panas di siang hari, rupanya semua tempat hujan lebat. Tapi alhamdulilah, pengalaman menarik untuk anak-anak dapat naik feri penumpang.

Adik paling excite tarik-tarik tangan umi minta cepat jalan nak naik boat katanya.

Tengah tunggu feri adik pujuk umi, nak makan.. Umi nya tak berapa rajin nak buka bekal, suap nasi. Malas nak pergi basuh tangan, lupa bawa sudu.

"Boleh tak  adik nak small pieces doughnut?" 

Dia seorang belum breakfast.

Masuk feri, teruja sangat dia dalam tu sampai lupa small pieces dougnut dia.

Tak sempat nak mabuk lauk, dah sampai Pulau Langkawi.
Ingat nak jalan-jalan tepi pantai, tapi sebab hujan, tak tahu nak singgah mana, jadi sebelum orang penuh, tengok kedai makan dah sesak, cepat-cepat ambil makanan. Makan dulu sebelum pusing-pusing pulau.


Tempat crowded, tengok ada lauk dan meja tu cepat-cepat la makan, kalau tak..menangis la budak kecil dan mak-mak berebut meja.

Terkejut umi tengok Safiya makan, penuh mulut suap nasi dalam mulut, uminya lambat suap, adik Safiya dah lapar. Tu la tidur lambat, bangun lambat.. orang lain dah sarapan sebelum gerak.

Banyak sangat kedai bebas cukai.




Budak ni yang paling teruja tengok pantai, dia memang suka main pasir pantai. Kita tengok dari dalam teksi sahaja k cik, sebab hujan.

Guna perkhidmatan teksi sewa

Masjid Terapung



Trip kami yang singkat, tak sempat nak jalan-jalan tepi pantai, tengok dari dalam teksi sewa sahaja, adik dan k cik suka la tu kalau letak dia tepi pantai main pasir pantai. Lain kali kita datang lagi, katanya adik, datang dengan family ada abang Bukhari sekali.
 




9 Mei 2022

1 Syawal 1443H - K.i.t.a Part 2

Menu di pagi 1 Syawal Kita

Hubby sampai rumah pukul 9.30 pagi baru la mula packing baju, kiranya sumbat sahaja pakaian, perancangan sebelum ni nak agihkan siap-siap dalam beg mana nak pergi Terengganu, nak balik Ketereh dan nak balik PCB. Dah hura hara beg pakaian pun.

10.30 pagi kami bertolak dari Bota, perjalanan tak sesibuk seperti yang dibayangkan. Alhamdulillah, Hubby pula baca doa tambahan supaya kereta tak rosak dalam perjalanan, kalau sebelum ni baca doa naik kenderaan sahaja. Mungkin dia tak sedap hati sebab ada rasa tak kena dengan kereta, pagi semalam pergi bengkel, pomen tak dapat buat apa yang dia nak.

Sampai di Tasik Banding atas 'retok', exora kita perlahan menghampiran penghujung 'retok'. Exora kita tak hidup atas retok, terpaksa turun tolak, mujur la sikit lagi nak sampai darat. Ada orang tolong tolak ke tepi kereta. Jam 1 tengahari, matahari atas kepala.


Hubby call kenalan, dapat no pomen Gerik kebetulan dalam perjalanan nak balik beraya.


Sementara menunggu pomen, makan lemang baki pagi tadi.
Pomen bagitahu, kena towing, cuba cari orang boleh towing, Alhamdulillah, ada juga.. tapi ambil masa sebab dia baru hantar kereta dari Gerik ke Kota Bharu.


K cik Nasuha dan adik Safiya kepanasan.

Pukul 4 petang, bekalan air kami dah makin berkurungan. Seberang jalan ada resort. Keluar ambil air dekat resort dan tumpang rehat dan solat.

Tasik Belum RainForest Resort.

Kalau yang biasa lalu laluan tu, mesti perasan, selepas resort ada selekoh dan jumpa Jejantas Tasik Banding. Memang bahaya kalau kami melintas untuk ke resort walaupun dekat sahaja, sebab kenderaan laju. Nasib baik ada laluan bawah jejantas untuk ke resort.


Adik : Umi, kita dekat forest ke ?

Ummi : Macam mana adik tahu forest.

Adik : Ni ada leaves dekat ground.



Lepas solat, hujan turun lebat. Kami berteduh sementara tunggu lori towing.

K cik Nasuha : Jom la kita balik, kata nak raya.


Bila hujan dah serek, kami ke kembali dekat kereta kami, sebenarnya umi risau hari gelap masa gerak takut tak nampak jalan. 



Masak dulu air. Panaskan nasi, kekalutan pagi tadi. Bawa nasi dengan periuk. Mujur la, boleh panaskan, lauk yang bawa, baki rendang dan ikan bakar yang tak makan masa berbuka semalam. 

Kami standby dapur portable tu untuk raya ke 2 sebenarnya sebab nak pergi Terengganu , risau kedai tak buka hari raya. 


Budak kecil ni paling banyak kot makan, ayam habis ikan bakar dangan kuah rendang pun ok dia.

Selesai makan dan kemas-kemas tempat, hari dah senja. Umi berdebar tau, waktu senja dalam hutan. Minta anak-anak masuk dalam kereta takut nyamuk. Tak lama dalam kereta, dalam 7.15 malam, lori towing sampai.

K cik Nasuha : Walaupun macam ni, k cik happy. Terima kasih lori bawa kami balik raya. 


Kesian adik, tak sedondong dia sorang. Apakah hikmah dia sorang tak de baju sendondong? padahal ada  je baju dia, tersimpan elok dalam almari. 

Satu pengalaman buat kita.  Alhamdulillah, semua selamat. Pukul 12 tengah malam kami sampai PCB.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...