Pages

30 September 2017

Pengalaman Buang Apendiks

Sesiapa tidak akan menjangkakan akan terkena kesan apendiks pecah. Sakit sangat sampai tidak dapat berdiri tegak.

Sehari sebelum rasa sakit, lepas balik kerja beli nasi lemak color hijau, ada kacang panjang. 

Pagi esoknya, tak boleh bangun sakit perut sangat, cuba gagah bagun untuk solat subuh, kejut anak-anak untuk ke sekolah. Pastu terbaring, anak-anak dah siap berseragam sekolah, rasa macam tak kuat, nak uruskan yang kecil lagi siapkan makanan. Bagitahu anak-anak, tak perlu pergi sekolah. Jadi anak-anak main sahaja dekat rumah, pukul 9 semua belum makan lagi. Yang kecil dah start meragam lapar. Rasa macam makin tidak dapat untuk bangun berjalan. Telifon hubby untuk segera ke Puncak Alam, dan minta beli makanan sebab anak-anak belum makan lagi. Husband segera balik, perjalanan ambil masa 3 jam. 12 tengahari sampai. 

Anak-anak hantar taska, husband bawa pergi klinik, dan doktor minta pergi ke hospital segera.

Di kecemasan, doktor bagitahu kemungkinan besar masalah apendiks. Segera buat pembedahan. Alhamdulillah, doktor buat pembedahahn yang 3 lubang, tak perlu pembedahan yang toreh perut tu. 



Lepas operation, diberi antibiotik, tapi tak berkesan, umi demam lepas tu, doktor segera tukar antibiotik lain. 
Tak tahu la kesan antibiotik ke apa, rasa pahit sangat mulut, dengan bau klorin air yang dia sedia, di tambah sos apa ni .. tak lalu nak telan. Cakap dekat adik misi, akak tak boleh telah air ni, akak nak air mineral sahaja.



Minggu depan ada temuduga sempena tranformasi untuk pertukaran, umi tak nak lepaskan perluang. Ada sahaja peluang umi try walaupun masih sakit. 


Cuba mengarang ayat untuk sesi temuduga nanti. Masa yang ada guna sebaik mungkin, sebab bila dah balik rumah tak boleh nak fikir pasal kerja.


Ma ayah dan mertua segera datang, jauh-jauh diarang datang. kesian pula.

Alhamdulillah, luka pembedahan cepat baik. Doktor bagitahu, apendiks umi bocor, ada jangkitan kuman - rota virus, mujur lah tidak melarat.

3 hari lepas keluar hospital, umi pergi interview. Alhamdulillah, ada point dekat situ. 

updated : 28 Feb 2022

Lepas umi kena, adik ipar dan husband kawan kena. Masing-masing bagi kesan berlainan lepas pembedahan.  Adik ipar lumpuh lepas pembedahan, 3 tahun tak boleh berjalan. Kawan husband bernanah dekat tempat pembedahan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...