Pages

21 Mac 2022

Beli Pakaian Sekolah 2022

Assalamualaikum

Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk terus membesarkan anak-anak. Tahun ni anak sulong ummi dah masuk sekolah menengah. Kakak Qaisara tahun 5, Nasuha Pra.

Untuk tahun ni, semua kena beli, bukan sebab bertukar uniform. tapi dah tak padan. 

Kami diuji dengan covid 10 hari sebelum sekolah dibuka. Dan pakaian sekolah belum beli, jadi semuanya last minit. Lusa nak sekolah, baru boleh Serbu Gedung Pakaian Hari-Hari. Ramai sangat orang hari tu. Dok lama-lama boleh pening kepala ummi. 

Lepas balik beli pakaian, sampai rumah terus tidur, esoknya baru basuh dan iron. Badan cepat letih.


Nasib baik juga abang Bukhari sesi pembelajaran dia bermula dengan online selama 2 minggu. Masih ada kesempatan untuk ummi potong kaki seluar sekolah dia.


Baju t-shirt berkolar untuk pra habis. Tinggal yang tak berkolar sahaja, boleh la kan sebab pakai tudung bukan nampak berkolar ke tak.

Susun baju tengok yang mana tak cukup, alter je yang pakaian lama. Tapi saat ini ummi bukan rajin, nak buka mesin jahit pun malas.


Kakak Qaisara dah saiz 32. Macam perlu tambah lagi kain biru.


 Seluar abang Bukhari tak potong lagi kaki seluar. Jangan hari nak pakai baru potong sudah. 

Semoga Allah bagi kekuatan untuk ummi buat kerja dengan lebih baik dan bukan last minute.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...