Pages

7 Januari 2014

Pendek Umur

Melihat kepada cara hidup masa kini, kita lebih didedahkan kepada benda bahaya. Hari-hari kita sentisa menambah racun dalam tubuh kita. Bahan kimia sentiasa ada di mana-mana, dalam kereta, makanan, tempat kerja, pinggan mangkuk dan banyak lagi.

Semalam, dalam tv alhijrah ada rancangan menyelongkar bahaya serbuk perasa dan bahan pengawet, namun semua itu lah yang kita tambah dalam tubuh kita tiap hari. Kalau tak kita sendiri yang letak dalam masakan, bahan itu tetap ada dalam makanan segera atau makanan/ lauk siap dalam tin, atau pun beli lauk yang masak kat kedai yang kita tidak tahu banyak mana serbuk perasa ditambah. Memang kita semua sudah sedia maklum hal tersebut, tetapi kita tetap buat tidak tahu.

Hari ini dapat berita kematian kakitangan UiTM 3 orang, semua dalam lingkungan awal 50-an. Pencen sekarang umur 58 tahun, tak sempat merasa pencen. Kalalu dahulu orang kata tahap maksimum umur lingkungan umur 60-an.

Kata-kata Hikmah :

“Dari perasaan takut itu ada sesuatu yang mengingatkan aku akan rasa aman yang pernah aku rasakan, yang kemudian mendorong aku untuk berdoa, yang mengetuk hati aku untuk tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dan yang memberi peringatan keras akan bahaya yang lebih besar.”

“Panjang umur adalah himpunan pengalaman, kumpulan pengetahuan dan simpanan peristiwa. Setiap hari melalui anda, anda pasti mendapat pelajaran tentang seni hidup. sesungguhnya panjang umur adalah barakah bagi orang-orang yang berakal.”

2014

Kata-kata Hikmah :

“Kehidupan ini tidak lain hanyalah perlumbaan, zaman terus berlau, matahari terus berputar, bulan terus beredar, dan angin terus bertiup, maka janganlah aku berhenti kerana kafilah kehidupan  yang tidak akan pernah menunggu.”

Sumber picture dari Google
“Jika hari baru mendatangi aku, katakan kepadanya 

" Selamat datang, wahai tetamu yang mulia.".

 Kemudian sambutlah ia dengan baik, yakni dengan melaksanakan perkara yang difardhukan,  melaksanakan kewajipan, memperbaharui semangat taubat. Jangan aku keruhkan hari aku dengan dosa dan kecemasan, kerana hari itu tidak akan kembali lagi. ”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...