Pages

22 Mac 2023

Persiapan Pakaian Sekolah Anak-anak 2023

 

Assalamualaikum..

Tahun ini persiapan sekolah simple-simple. Banyak pakaian yang recycle sahaja. Umi dah buat perbandingan harga, memang kenaikan harga terasa.


Abang Bukhari punya baju sekolah beli sehelai jubah putih dan sehelai baju lengan panjang putih, memandangkan baju dia terkoyak belakang, tak sampai hati pula nk biarkan macam tu. Yang lain abang cakap ok lagi. Baju abang Bukhari ni beli dekat PasarayaKu, rasa macam harga berbaloi.

Kakak Qaisara, umi tak belikan pakaian sekolah. Pakai apa yang ada. Sebabnya berharap dia dapat jawatan. Tapi sekrang dah masuk sekolah, masih tak de makluman. Kesian pula kakak berharap sangat, tapi tu la, bila ditanya ada mohon ke? Jawabnya tak. Tak pe la kakak, ada rezki ada la tu, kalau tak dapat ..kena buktikan kepada sekolah, kakak bagus. Sebab kadang-kadang bila mudah untuk dapatkan sesuatu, kesyukuran tu kurang atau tiada langsung.

Umi rasa mesti dah ada lantikan, dia tak dapat , tu yang tiada makluman.





Cuba beli baju sepasang untuk K Cik Nasuha. Saiz 22 sepasang baju sekolah jenama Jony & Jeny RM35.90. Sehelai kain hijau saiz 24 jenama No Problem RM20.90. Beli sepasang pun terasa, last-last tengok pakaian sekolah kakaknya, alter bagi kecil. Guna kain biru saiz 22 sebagai ukuran, yang kain hijau saiz 24 tu simpan pakai tahun depan, sebab labuh sikit. Hari tu beli ingat saiz paling kecil 24, tengok dekat shopee rupanya ada sahaja yang saiz 22 dan murah-murah.



Rasa tak berbaloi beli pakaian saiz kecil dengan harga yang mahal.  Bila buat perbandingan harga dekat shopee, ada yang lagi murah dengan kualiti kain dan jahitan lebih kurang sama. Jadi umi beli 2 helai lagi baju kurung sekolah dari shopee. Kain skirt hijau umi kecilkan, recycle yang kakak Sara. Beza kakak dengan Nasuha 5 tahun, jadinya dah bukan alter, kena potong dan jahit semula. Alhamdulillah dapat 2 helai skirt hijau, dan 2 helai skirt kain biru.

Minggu ni tak pakai lagi kain biru, tak sabar dia nak pakai pakaian seragam sekolah rendah.  Umi tak pergi pun jengok K Cik Nasuha dekat sekolah, harap kakak Sara ada dekat sekolah. Umi bukan tak nak pergi, umi nak k cik Nasuha kuat, berani dan berdikari.


Safiya kita hantar dekat PASTI, beli sepasang sahaja baju, sebab dah ada 2 pasang baju hijau, dan sepasang baju sukan k cik Nasuha. 

Kerisauan paling besar umi adalah membesarkan anak-anak, umi takut umi tak dapat jadi umi yang berguna.

umi ada dengar ceramah agama, kenapa mak-mak risau anak-anak, mak penentu anak-anak nak jadi apa. kata-kata itu penguat dan semangat untuk umi sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak-anak umi.

al-Bir -7x

al-Raqib-7x

al-Syahid -7x

Al-Qadr (sambil usup perlahan kepala dari depan ke belakang)

Doa Umi :

“ Ya Allah, sederhana saja, aku hanya ingin menjadi ibu yang kuat, dan mampu membahagiakan serta mendidik anak-anakku. Menjadi anak yang berbakti dan berjaya dunia akhirat. Aku mohon ya Allah, berikan aku kesihatan dan lancarkan rezekiku agar aku mampu mewujudkan cita-cita dan harapan itu. ”

15 Mac 2023

Kenangan Seram 1

Tidak dinafikan umi seorang yang penakut, sekarang anak-anak umi pun jadi penakut. Tak de lagi yang berani macam abinya. 

Umi dapat kerja tetap dengan UiTM tahun 2011, Alhamdulillah. Umi terpilih untuk terus berkhidmat untuk UiTM, terasa sedih juga untuk kawan-kawan yang tidak dapat. 

Gembira dapat tetap, tapi rasa sedih dan takut untuk tempat baru. Dalam ketakutan, umi sentiasa berharap, semuanya akan bertambah baik. Umi ditempatkan di UiTM Puncak Alam. Proses mencari rumah, tahun 2011, rumah tak banyak macam sekarang, tapi aparment dan teres dah ada masa tu. Walaupun tak banyak, tapi masih ada pilihan untuk dapatkan rumah seperti yang diinginkan. Umi seorang yang penakut, jadi umi pilih aparment. Dalam 3 buah rumah umi dan abi pergi tengok, ada yang suram dan gelap je. Mungkin blok aparment tu dekt tengah-tengah blok lain. Terasa seram pulak dengan rumah tu, jadi umi pilih rumah yang cerah, dia cerah sebab rumah belakang atas bukit, bawah bukit ada sekolah yang sentiasa riuh bila waktu sekolah. Umi suka bunyi bising sebab kalau bising tak sunyi. 

Rumah kosong, sewa RM400 sebulan, terasa murah sangat sebab sebelum ni sewa rumah flat PKNS kosong Shah Alam RM600 sebulan. Design aparment lagi cantik berbanding flat. Rumah yang dipilih pun bersih walaupun ditinggalkan kosong 2 tahun. Tu pun umi baru tahu selepas tinggal semalam disitu, umi ingat 2 bulan kosong, rupanya 2 tahun tiada penyewa.

Kita belajar dari pengalaman, semua benda bila terpaksa teruskan, jadi macam mana pun kena teruskan juga. PJJ, hanya tinggal dengan 2 orang anak umur 3 tahun dan baby 7 bulan. 

Selepas barang pindah dari Shah Alam ke Puncak Alam, barang diletakkan selanggok diruang tamu, hanya kemas bilik untk berehat. Lagi pun ada baby, proses mengemas rumah jadi lambat. Hari pertama pindah tak terasa, terus tidur. 

Selepas abi balik Perak, mula terasa sikit kesunyian, barang-barang masih berlonggok diruang tamu. Anak-anak tidur awal, lagi terasa sunyi. Malam kedua, dengan kesunyian malam, bunyi muzik mainan. Mula-mula ingat jiran, tapi lama sangat, dengar macam dekat ruang tamu. rupanya mainan anak sendiri. Dalam ketakutan, umi sentiasa fikir posotif, mainan tersepit dengan barang lain kot, tu yang bunyi. cuba lelapkan mata dengan peluk anak-anak, nak pergi ruang tamu takut. Subuhnya, muzik tu masih berbunyi dengan slow dah, mungkin bateri dah nak habis.

Malam-malam seterusnya, umi tak rasa sunyi sebab anggap ada jiran atas dan bawah. Sebab sentiasa dengar orang alih perabot dan bunyi guli. Rasa lega.

Baby pun dah besar, kita panggil adik. Bila adik dah banyak cakap, dia bagitahu rumah kita ada nenek. Terasa terhibur bila anak bercerita sebab anak sulung lambat sikit boleh bercakap. Kuat nya imiginasi anak umi, cakap ada nenek rumah kita.

"Mi, sian nenek, nenek nak masuk toilet, jatuh.Pintu tutup, nape umi tutup pintu.sian nenek."

selalu cerita pasal nenek. Bila waktu senja, adik ingatkan tutup pintu dan tingkap rumah.

The End

Hahaha.. suka dengan cerita tergantung macam tu 😉

Nota “The Power Of Positive Thinking.”


7 Mac 2023

Hot Spring Sg Klah, Sungkai 2023













    Alhamdulillah. untuk ke2 kalinya kita ke sini. Pertama kali hari tu tahun 2019, ada baby juga, sebaya baby sekarang, sekrang baby tu dah 5 tahun. Cepat masa berlalu.Sempena cuti sekolah, orang lain cuti sekolah sebulan, abang Bukhari 4 hari sahaja. 

    Selapas 5 tahun berlalu, banyak juga perubahan tempat ni. Antara ketara, tiket masuk.





 






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...