Pages

18 March 2011

KetentuanNya..

Hari-hari sepanjang berada dengan Bukhari..x tahu nak masak apa. Lauk pun dah habis, nak keluar g beli kat kedai dekat rumah..rasa malas. hanya tinggal lauk kering cam ikan bilis dan ikan kering. 3 malam berturut-turut masak nasi lembik+bawang goreng+ikan bilis goreng. Time rajin nak keluar, hujan pulak.

        
                          

                                      
                                                          






Pasar malam hari Rabu, singgah kejap, beli kunyit hidup, lada, daun pandan, daun kesum,ikan..rasa nak makan asam pedas dan bubur kacang hijau.Bukhari makin berat sekarang sebab makan bubur nasi ikan bilis. Banyak jugak dia makan. Lengoh tangan dukung dia, dah tahu lengoh tu, x cadang la nak beli buah atau ayam..walaupun rasa nak makan buah..Udang kat pasar malam segar-segar...terpaksa tengok je la

Malam tadi ingat nak buat puding karamel, takut-takut ada tetamu hari minggu..boleh hidang. Bukhari pulak meragam, lapar kot. Goreng mee kering bersama telur. Berselera betul Bukhari... tengah-tengah makan, baru teringat. Beg kecik yang bawa g pasar malam tu letak kat mana....ada kad atm bank Islam dalam tu. Duit ada dalam RM70 dalam beg kecik tu. Cari dalam kereta, x jumpa juga.

Flash back semula...last keluarkan duit masa beli ikan kat Pasar Malam, sebab beg tu kecik duit RM50 tersangkut..tolak jugak zip, dalam pada itu beringat tak bagi jatuh beg duit tu sebab ada lebih pada RM50. Lengoh tangan, tukar pulak dukung Bukhari dengan tangan kanan dan pegang barang dengan tangan kiri. Kunci kereta pun, jangan jatuh...nanti kan hilang, susah aku nak pergi kerja. Kunci letak dalam pastik sayur. Letak barang-barang kat bahagian depan, letak Bukhari..Bukhari nangis sebab takut ummi dia tinggal.Masuk dalam kereta, Bukhari menangis kuat... masa tu tak ingat dah kat beg kecik tu.  Kemungkinan jatuh masa tukar tangan dukung Bukhari atau masa letak barang, sebab masa tu dukung Bukhari lagi, pintu kereta tak boleh buka luas sebab ada kereta parking tepi.

Pagi ni, aku pergi Bank Islam, Shah Alam. Tengok dalam google maps cam jauh je. 2 kali pusing tempat sama baru jumpa. Lupa, bank buka pukul 9:30. Aku pergi awal.. adik kaunter pertanyaan Bank Islam minta aku fotostart IC. Pergi la kedai koperasi dekat situ..tunggu sampai kul 10 lebih, tak buka-buka. Hubby call, dia suruh blok kan pengeluaran duit melalui kad lama tu dulu. Lupa pulak nak sekat pengeluaran, minta adik kaunter pertanyaan sekat pengeluaran duit dan tanya dia bila boleh siap kad baru. Adik tu cakap 3 hari kerja baru siap. Kesian adik tu, tolong aku cari mesin fotostart..tolong fotostart untuk aku, sebab lama sangat aku kat situ kot.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...