Tinggil beberapa hari lagi genap umur Qaisara 1 tahun. Lambat sikit adik tumbuh gigi, hari ni baru rasa ada gigi dalam gusi dia..
14 Oktober 2012
1 Oktober 2012
Demam Campak
Dalam
tahun ini saja, Qaisara kena lengkap penyakit berjangkit, sakit mata merah,
sakit mata bertahi, demam campak merah dan naik bertih (campak berair). Waktu kena sakit mata rasa paling tragis dalam hidup, penyakit tu berjangkit dari taska, kena abang dulu, pastu adik dan last ummi. Kami kena kuarantin dalam rumah. Nak minta tolong orang lain pun takut berjangkit. Last sekali, ayah dan ma datang tolong kami. Sedih sangat waktu tu, dengan berita kena pindah Puncak Alam lagi, rumah tak cari lagi.
Qaisara sakit mata, 5 bulan masa ni |
Qaisara kena bertih, 10 bulan masa ni kat office ummi |
Qaisara kena demam campak berair lepas raya, sebab
rasa terlalu banyak ambil cuti (sambungan cuti raya) rasa tak sedap hati dok rumah,
jadi pergi juga kerja dengan Qaisara. Qaisara budak baik, dia tidak meragam
pun, lagi pun ummi dia bukan ada kerja sangat kat office.
Doktor
nak bagi MC untuk ummi jaga Qaisara, tapi ummi rasa bersalah pulak buat macam
tu, lagipun cuti ummi ada lagi. Bukhari dah kena demam campak berair tahun lepas, 2,3 biji je kat
belakang yang ketara, sikit kat muka dan kaki. Qaisara banyak sikit, tapi tidak
seteruk budak- budak lain, sampai berair dan tengok pun rasa pedih dan gatal
sangat.
Lemping Nestle
Bukhari
dan Qaisara, mereka berdua ini nampk sahaja kecik, tapi banyak juga makan. Bila
makanan dan habis atau dah kurang selera nak makan makanan sama, terfikir untuk
masak sesuatu yang lain sikit.
Tercetus
idea bila tanya abi nak makan apa, dia kata nak lemping. Emm..sedap juga kalau letak
nyor, sebenarnya kita pun tidak pernah rasa lemping+nyor, cuma bayangkan sahaja. Rasanya boleh
ganti dengan nestum keluarga.
Sebiji
telur,2 sudu gula, sedikit garam dan 2 cawan tepung naik sendiri. Okey..air
mengikut kepekatan yang disukai. Sedap makan waktu masih panas, kejap je dah
habis. Bukhari dan Qaisara pun suka.
Saja tidak habiskan adunan tu sebab nak buat breakfast pula untuk abang bawa pergi sekolah.
Note : Lupa nak ambil gambar, sebab terus je makan :)
Langgan:
Catatan (Atom)