Pages

9 Julai 2013

Adik dan Meal Shakes

Adik..sembelit..selsema..kurang selera makan.

Tiap kali balik kampung mesti ayah tanya..
"Selsema Qaisara tak baik lagi ke?"

 Air dah minum, sayur dan buah dah makan, tapi tak banyak la, at least dia dah makan kan? Tapi sembelit juga.

"Tok ma nak juga tengok cucu tokma berisi sikit. Beli la susu elok sikit."

Tapi kan, aku tengok kandungan zat besi kat susu mahal ni tinggi berbanding dengan susu yang Qaisara dan Bukhari minum sekarang (susu murah je.. Lactogen). Kalau bagi susu yang kandungan zat besi tinggi lagi la sembelit.

Tengah my mum membebel pasal pemakanan budak-budak ni, tertengok iklan bergambar ni kat FB. Cepat-cepat cari pengedar yang jual Meal Shakes. Sebelum ini dah tengok, tapi cam tak tertarik sebab iklan tak bergambar dan harga lebih seratus ringgit. Aku ni mudah tertarik dengan iklan bergambar, lebih-lebih lagi gambar kartun comel. Alhamdulillah, dapat dengan harga promosi.




Sekarang, tak sampai seminggu Qaisara dan Bukhari minum  +dalam susu botol. Perubahan setakat ni, budak-budak tu suka minum susu. Tapi aku tak ikut sangat la kehendak diarang, nanti kan muntah susu pula. Selera makan abang cam biasa je, time dia nak, makan la. Time dia tak nak, tak makan. Adik pula tengok cam dah berselera sikit, tapi tak tahu la kot time tu aku masak ikut selera dia. 2,3 hari ini adik dah tak selsema walaupun rumah dan kereta berhabuk.

2 hari lepas, adik masih lagi cam susuh nak berak, terpaksa sumbat dan bagi minum ubat bagi senang nak berak. Menurut pembacaan aku, ada juga yang budak kecik ini akan takut untuk teran/ keluarkan najis dia selepas luka. Bila dah lama dalam usus, lagi la susah untuk keluar. Kena buat latihan, buat pergerakan kaki cam kayuh basikal, dan berendam dengan air suam-suam kuku. Berendam tu tak buat lagi, tunggu luka kat kaki adik kering. Altenatif lain, aku akan cari susu yang kandungan zat besi rendah berbanding susu Lactogen.


sms: Walau macamana berkesan pun meal shakes tu, ummi akan cari jalan supaya rumah dan kereta kurang berhabuk. (Berfikir sejenak, apa kaitan meal shakes dengan habuk)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...