Pages

10 Disember 2013

Antu Durian

Ini lah budak yang suka sangat makan durian, pantang tengok durian, macam abi dia juga. 



Bangun dari tidur, nampak buah durian, cepat-cepat tarik tangan umi tunjuk buah durian. Bila dah dapat, penuh durian dua belah tangan.


Sambil makan, mata tak lepas perhatikan abi buka durian lain, buka je, terus letak yang dia tengah makan, ambil yang baru pula.

Adik dan abi, bila makan durian, dah tak ingat apa dah, sampai umi minta simpan sikit untuk umi try buat durian crepe pun tinggal beberapa ulas.

Masa abang umur setahun, boleh dikatakan tiap minggu abi bawa kami pergi makan durian kat pintu belakang icity Shah Alam. Sekarang, abang dah jemu durian..dah tak heran.


Gambar 3 tahun lepas
SMS: Tahun 2013 zaman kegemilangan durian crepe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...