Pages

29 Ogos 2014

Kita di Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser



Alhamdulillah. Setelah hampir 2 bulan booking bilik, rumah peranginan persekutuan Bukit Fraser , akhirnya merasa juga kami bercuti di Bukit Fraser. 

Kami pilih bilik kecil, RM40 sahaja, tapi luas sangat-sangat. Lantai dia karpet boleh dikatakan tebal juga, nak tidur kat bawah pun boleh, dalam almari ada 2 biji bantal extra. Sepanjang dekat sana, sejuk sebab hujan ke sebab cuaca dekat sana memang sejuk.. tak on pun air-cond. Kenapa lah pasang air-cond tempat sejuk, rasa membazir je..

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser

Tengah tengok tv 32 inci, bukan tengok rancangan dalam tv, sebab masa tu hujan, rancangan astro tergendala.






Hujan ke jerebu ke kabus?

Selepas hujan 'serek'



Berada di situ rasa malas nak mandi sebab sejuk, air yang keluar dari water heater tekanan rendah dan kepala paip tinggi sangat nak ejas. 

Kita bergambar kenangan

Awal pagi kami bangun untuk kami pusing-pusing Bukit Fraser, rasa macam jauh sangat Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser dengan Fraser's Hill City, jadi kami buat keputusan untuk check-out awal, boleh terus balik lepas pusing-pusing Bukit Fraser. Sebelum keluar, bergambar kenangan dulu.







Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser



Kalau bercuti dengan keluarga besar lagi seronak rasanya, bayaran untuk sebuah banglo untuk semalam hanya RM200.

link :http://www.instantstreetview.com/1rfqoaz5cqeplz2h3zqfz4p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...