Pages

31 Mei 2016

Berhujung Minggu di Sri Manjung


Hubby ajak datang festival, kebetulan ada kerja dekat setiawan hari Sabtu, jadi kami pun sampailah jam 10:30 pagi.

Sumber dari FB
Suasana di tapak festival dalam pukul 10:30 pagi. Semua pengunjung kecewa tak dapat bau durian, apatah lagi nak makan durian. Setengah jam menunggu, kami balik, tapi hubby nak datang juga lepas zohor.

Apa kata pengunjung


Nasib baik kakak tak se excited hubby. Ummi pun terasa juga nak makan, tapi tak tahan panas dan berdiri lama menunggu, 




Sejukkan badan di Merina Water Park
Lepas mandi, pergi cari durian, harga durian dalam RM20 sekilo. Pastu, dapat jugok, durian last, tengok ada 2 biji , pakcik jual durian kata RM20, minta RM15, pakcik tu bagi. Sampai rumah, terus makan durian, nasib baik isi dia sedap, puas hati sangat. Terubat kekecewaan nak makan durian RM10 tu.
Birthday anak sepupu


Sebelah petang, sepupu sebelah rumah jemput makan kek, birthday anak bongsu dia dengan anak sepupu dari kampung. Perut memang penuh, kita masak spegeti..senang dan cepat siap.


Special Kek Buah
Pukul 6 petang bertolak balik ke Puncak Alam, jalan jem teruk. Mesti ramai orang yang dari Selangor pun keluar pergi cari durian RM10 tu juga :-) . Macam mana pun, kiranya cuti sekolah kami keluar bercuti lah juga, walaupun hujung minggu sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...