Pages

17 April 2017

Terapi Diri - Menjahit

Selalu buat perkara rutin, tiada masa lagi untuk mengadap cerita korea. Rasanya banyak masa habis untuk siapkan makan sahaja, Tapi badan semua kurus kering macam tak cukup makan, ummi kena banyak belajar lagi untuk bagi makan makanan berkhasiat untuk anak-anak.

Bercerita pasal terapi diri, ummi suka juga menjahit, walaupun jahitan ummi tak lurus dan tak kemas. Cuma tu la, kerja ummi selalunya separuh jalan je. Jadi ummi tak nak beriya sangat, guna apa yang ada sahaja. Pada masa dulu-dulu pernah minta hubby beli mesin jahit yang cute, belum apa-apa barang dah hilang.



Projek utama ummi nak clearkan kain baju terpakai yang lebih banyak dari pakaian yang pakai. Dalam almari penuh, bawah katil lagi. Nak sedekah dekat orang kan rasa cam buruk sangat, semakin hari semakin bertambah baju tak pakai. Kalau yang elok atau baru pakai sekali, pastu rasa tak sesuai memang sedekah dekat adik ku sayang ..huhuhu.

Banyak dah kumpul pakaian yang nak alter jadi sarung bantal ke, beg mengaji ke..tapi mesin jahit tak de. Pernah sekali potong-potong siap, ingat nak jahit dekat kampung..biasa lah, bila dekat kampung masa memang cemburukan ummi. LAst-last kain yang dipotong siap-siap entah ke mana. Survey lazada, adalah berkenan..masuk dalam wish lish. harga dalam RM400 lebih, ingat nak tunggu murah lagi. Hari-hari tengok harga, last-last naik sampai RM600 lebih, memang conform tak beli. 

Pastu bila adik yang duk Melaka nak balik kampung buat kerja dekat kampung, tercetus idea minta mesin jahit ma 1, lagi pun ma dah ada mesin jahit lain. Adik pun ada mesin jahit dia sendiri. Bukan kedekut, tapi kalau beli kan kot tak guna membazir duit dan membazir ruang rumah juga kalau beli tak guna.

Okey, mesin jahit dah dapat, balik kampung ambil mesin jahitnya. Mesin jahit kakak ipar sebenarnya, rosak dan hilang spare part dia, ma ambil pergi repair. Bila dah okey, ummi pulak ambil..hehehe. Mesin jahit klasik, walaupun rupa macam tu, tapi jahitan dia cantik dan kemas.



Sedikit cabaran bila menjahit dengan anak-anak kecil tomel-tomel ni, adoi. Ummi pegang mesin jahit je kakak dah request nak beg color pink. Si comel Nasuha pula bukan boleh lama dekat walker.
Ummi sahut cabaran, yang mengata ummi buat kerja separuh jalan untuk siapkan sesuatu yang ummi jahit sampai siap, pastu baru jahit yang lain. Nak potong kain pun masing-masing sibuk nak tolong, adik berkenan sangat dengan gunting, kalau dia tengok berguling-guling nak gunting. Start menjahit pula, kakak nak tolong pegang. Nak nangis terharu ummi, sebab ramai yang nak menolong. 

Bila menjahit, perasaan tidak sabar untuk siap, dah tu..mula lah ummi skip step. Macam hebat.. pastu mula lah cam pelik je jadinya..apa pun ummi puas hati.

 Selongkar almari pakaian yang tak pakai, jumpa baju kurung lama dan unifom abi, buat beg dan sampin. Nanti nak buat beg yang berzip pula, zip panjang dah jumpa..ambil dari sarung bantal.




Kain baju kurung yang dah lusuh, buat samping untuk abang Bukhari.

? Tak tahu fungsi jarum yang perlbagai saiz
Abi pun bagi support dekat ummi, tolong belikan jarum jahit, berusaha dia cari jarum dan bermacam warna benang untuk jahit kaki seluar dia. Thanks hubby :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...