Pages

6 November 2017

Oktober Birthday

Lama dah tak bergambar dengan ayah

Inilah ayah saya, Yah bin Yusof. Ingat lagi memori masa baya Qaisara, ayah syampukan kepala, meraung-raung, sebab saya takut syampu rambut, takut buih syampu masuk mata.
Nama ayah, Yah..buat saya jadi unit. Daripada zaman sekolah sampai sekarang, alam pekerjaan..orang kenal saya dengan nama penuh Rashidah Yah. Saya tak de apa yang special untuk orang ingat selain nama ayah yang unit.

Ayah saya ni suka makanan atau minuman manis, manisnya sampai saya pun tak boleh minum kalau air yang ayah buat, tapi kan,Alhamdulillah.. ayah saya ni tak de pula penyakit 3 serangkai walaupun dia suka makan benda manis teramat.




Bulan Oktober bulan yang special, sebab setiap daripada keluarga kecil kami ada  seorang wakil yang lahir bulan Oktober. Jadi, kebetulan ada kesempatan balik kampung, kami adik beradik buat perancangan kejutan buat ayah, video ucapan daripada anak cucu, buat aktiviti untuk budak-budak sikit dan cabutan bertuah (tukar-tukar hadiah). Apa yang kami tahu, ayah dan ma akan happy bila tengok anak cucu happy.

Idea tukar-tukar hadiah dan aktiviti kanak-kanak ni dari cik T.
Idea video daripada adik bangsu, Cik Su.


Semua dapat hadiah cabutan bertuah



Kutip coklat


" Semoga ayah diberi kesihatan yang baik, hidup diberkati, dipanjangkan umur dan bahagia dunia dan akhirat."



Lokasi: Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...