Pages

24 Ogos 2020

Lata Kinjang

Sempena cuti lama sekolah, pergi la juga bawa keluar anak-anak. Syukur dekat rumah, banyak tempat menarik..jadi tak perlu ambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi. Sebelum kita keluar bercuti tempat lebih jauh, kita habiskan tempat sekitar kawasan dulu. Jadi kali ini kami terjah Lata Kinjang, Perak.

Kami tak janjikan pada anak-anak yang kami nak pergi mandi sebab ada review mengatakan kawasan tempat mandi terhad. Apapun kami suami isteri standby juga persalinan kot-kot boleh mandi. Konon nya kami nak pergi tengok keindahan air terjun.


Dari rumah kami hanya 30km, lebih kurang 1/2 jam sahaja dari rumah, keluar pukul 8.30 pagi singgah makan roti nan cheese viral. Walaupun beratur panjang, tapi service cepat dan kami berpuas hati, lain kali boleh pergi lagi makan roti nan cheese viral Tapah di Restoran Capati Corner .


Kami pergi hari Ahad, memang ramai, kebetulan ada club kereta buat family day dekat situ, rasa macam tak de harapan untuk anak-anak mandi. Jadi, umi cakap dekat anak-anak siap-siap, kita datang untuk tengok-tengok sahaja. 

Tiket untuk masuk kami sekeluarga RM8. 

Air terjun ni katanya banyak tingkat, boleh la kami naik atas , tunggu anak-anak besar sikit, ikut tangga. Mesti lagi cantik pemandangan dia.



Rupanya, tak de la terhad sangat, banyak sahaja ruang untuk mandi manda walaupun orang ramai. Memang cantik dan terjaga tempat, view yang cantik dan mendamaikan sebab bunyi air terjun.

2 beradik ni tak duduk lama, sejuk. Naik terus nak makan.



Sebelum balik kita bergambar dulu. Cantik tempat ini kerana keindahan semula jadinya.

Ummi keliru, anak umi ni gegulz atau boboy?



“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.”

( Surah al-A'raf:56 )

5 Ogos 2020

Pengalaman Naik ETS


Selepas Refarm Kampar, esoknya kami cuba naik Electric Train Service (ETS), Tapah Road - Ipoh. Dari Tapah Road kami naik ETS pukul 9.30 pagi. 





Disebabkan tak pernah naik ETS, kami tersalah naik gerabak, rupanya setiap gerabak ada tanda huruf. Tiket kami huruf A, kami naik gerabak F, jadi berjalan la kami sekeluarga. 1 pengalaman juga, rupanya ada kedai dalam tu. Comel je kedainya. Boleh la kalau berjalan jauh, kaki lengoh..boleh la jalan-jalan dalam train cari makanan.





Perjalanan tak sampai 1 jam dah sampai Ipoh. Turun Ipoh makan dekat medan selera. 







Jalan-jalan tengok mural art.





Perancangan balik pukul 1, rupanya ETS dari Ipoh yang singgah Tapah Road hanya ada pukul 4.15 petang. Jadi  kami kena solat dulu sebelum balik. Dan sebab masih dalam PKPB, jadi kami malas nak keluar station KTM tu, terpaksa kami menunggu dari pukul 12 hingga pukul 4. Adik dah tergolek-golek atas lantai station.





Refarm Kampar

Assalamualaikum.. Rindu nak berblog. Banyak yang berlaku, tapi tak sempat nak simpan memori dekat sini. Sayangkan kenangan terindah berlalu bergitu sahaja. 

Setahun lebih dah pindah Perak, rasa dah mula jatuh cinta dekat sini, namun cinta saya dekat Puncak Alam masih menebal. 

Kali ini saya mencipta kenangan dengan keluarga di Refarm Kampar. Selepas PKP, ini kali pertama kami sekeluarga keluarga tengok luar sekitar sini sahaja. Anak-anak pun dah terlebih excited, siap bawa pelampung dan baju renang. Tapi dukacitanya, mandi kolam masih tidak dibenarkan ketika itu, jadi kami pusing-pusing ladang sahaja.



Refarm Kampar baru dibuka selepas PKP, jadi tak de pengunjung, so kami enjoy!







Dekat sini pun nak bagi makan ikan.




Kak chik Suha nak bagi makan ikan, pantang jumpa kolam nak turun tengok ikan. Ikan jinak-jinak, anak-anak suka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...