Pages

20 March 2013

Sejak Bila Rasa Dah Tua?

Zaman sekolah rendah, sekolah menengah..bila ada perhimpunan sekolah, aku dok paling depan selepas penolong kelas. Pergi mana-mana mesti orang tak sangka umur aku yang tidak padan dengan fizikal badan aku yang kecik. sehinggal ...pada suatu hari....
Ketika tu umur aku 19 tahun, tengah tunggu turn untuk diuji pandu kereta dekat sekolah Memandu Yakin, Pengkalan Chepa.
Seorang gadis cina bertanya, "Kak, ada pen, nak pinjam?"
Terasa sangat,tua sangat ke aku ni, aku tak nampak umur cam 17 tahun ke?
Sejak dari itu aku mula belajar untuk sedar diri, aku sedar yang masa tidak akan berhenti untuk aku sentiasa sweet 17.

Kalau dengan keluarga. saudara mara dan kawan abang long aku ingat aku kakak kepada abang long aku. Macam mana tu?

Sehingga sekarang,genap usia aku 29 tahun walaupun badan aku tidak membesar cam orang lain selepas bersalin anak ke-2, tapi muka tetap akan bertambah tua. Masih ramai yang panggil aku kakak walaupun aku sebaya atau dia lebih tua.

Seorang lecturer, "Selalu kita terjumpa, tapi tak pernah berkenalan, umuar awak?"
Aku, "29."
Lecturer, "oo..muda lagi. "

Kenapa?Ingat aku 35 tahun ke?

Masa mula-mula kerja tempat baru, mesti kawan kerja tempat baru tu panggil aku kak. Lepas soal selidik, rupanya dia lagi tua. Sedih betul kan? tapi untuk sedapkan hati aku, kawan-kawan tempat baru tu cakap la, sebab aku nampak lebih matang. Tapi kan, aku tahu yang hakikatnya aku memang sudah tua++ aku ni kusut masai, tak pandai berkemas.


sms: Aku nak sentiasa muda untuk suami dan anak-anak.


8 March 2013

Mari Mewarna

Abang masuk barisan 3-6 tahun
Hujung minggu kita, dengan keluarga di Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam. Acara yang ditunggu-tunggu oleh kita sekeluarga.. Abang warna gambar Tom & Jerry.

Tunggu kertas lukisan




Macam-macam gaya




Abang dapat sijil

Abang warna Jerry je, tu pun tak habis, dah boring.
Walaupun tak dapat nombor, tapi abang tetap dapat ni:

7 March 2013

Pengalaman Berbraces

Pengelaman pakai braces...Aku suka baca pengalaman orang yang pakai braces ni, macam-macam cerita.

Bagi aku, pakai braces tak sakit pun, rasa gigi diletakkan gam, braket dan dawai. Pastu rasa ngilu je lepas pasang, paling lama pun 4 hari. Tak rasa pulak doktor tarik dawai tu.
Tapi masa mula-mula adanya besi tu kat gigi, keluar dari bilik rawatan, rasa bibir x leh nak rapat, rasa jadi robot seketika dan kurang selesa sikit.

Riaksi anak, tak nampak pelik pun, aku ingat diarang akan rasa pelik, aku siap tayang2 gigi dan usik, tapi diarang buat biasa2 je.Tapi bila pergi kat taska diarang, bila budak2 lain nampak gigi besi aku, terus berubah wajah.

Minggu pertama rasa sangat-sangat rasa segan untuk cakap dengan orang. Minggu kedua baru ada keyakinan sikit untuk bercakap dengan orang, tu pun bila tengok orang kat luar nampak semua orang pakai braces. Pergi window shoping kat Jusco Stitawan, tak tahu nak beli apa. Tengok Big Apple, sedap nye...Adik yang jual Big Apple tanya,
" Ye kak, nak yang mana?"
Aku senyum nampak braces, langsung tak leh nk cakap dah, sebab budak tu pakai braces juga, segan la pula aku nak cakap dengan orang yang sama-sama pakai braces.

Tu kat Perak, minggu seterusnya, balik Kelantan, window shopping kat KB Mall, sambil nak try cari smartphone yang boleh rebet. Ramai betul orang, rupanya, kat Kelantan pun ramai juga orang pakai braces. Aku tutup mulut rapat-rapat, sambil mata perhatikan orang sekeliling...bestnya kalau boleh kerja kat Kelantan.
"Bi, budak laki tu pakai braces juga la"

Sampai je kaunter digi, dah nampak perempuan yang jaga kaunter digi tu pakai braces, trus patah balik, suami pelik,
"Bi, dia pakai braces juga la"
"Lo..tu pun nak malu."

Tapi sekarang dah okey dah, kenapa pulak nak segan. bila fikirkan balik, aku ni buat lawak betul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...