Pages

29 Januari 2024

2024 Life is begin at 40?

 Assalamualaikum.. Harapan semua kuat hadapi ujian-ujian yang mendatangi kita.

Baru ummi sedar erti sebenar, dunia tempat ujian. Walau apa pun, hadapi dengan bersyukur.😊

Di usia 40 tahun, rasanya tak de apa ummi nak ceritakan selain cerita yang telah berlaku di masa lalu. Pengelaman-pengalaman yang mendewasa ummi sehingga saat ini, ummi macam tak percaya dah umur 40 tahun. 

Di usia sekarang, gambar-gambar dah kurang sebab mata dah kurang nampak. Klu ada gambar pun, tak jelas, sama dengan pandangan mata. Jadi ummi ambil keputusan kurangkan bergambar, nanti penuhkan storage hp dengan gambar yang tak bermakna.

Di usia macam ni juga, sering kali terfikir, apakah ummi pernah hidup di masa lalu, sebab nya, bila jumpa orang tak kenal mesti rasa, macam pernah jumpa.

12 September 2023

TAPAH

Sambungan Dugaan 2018

Sebelum pindah Perak, sis bagitahu orang yang sis tak akan pindah Tapah andai ada kosong dekat Tapah sekali pun. Banyak kali sis cakap.

Setelah buat permohonan pertukaran setiap tahun 2 kali dalam 10 tahun berkhidmat, khabaran permohonan sis diterima. Tapi Allah uji sis, sis ditempatkan di Tapah pertengahan tahun 2019, bukan Seri Iskandar. Andai sis tak terima tawaran tu, peluang untuk pindah Seri Iskandar tak tahu bila. 

Sis rasa memang suratan sis dekat Tapah, bila mana macam-macam kejadian menimpa keluarga besar sis, yang jadi pengajaran untuk sis menjadi orang yang lebih bersyukur dengan Allah takdirkan untuk sis.

Kuasa Allah sangat luar biasa, apa yang sis mahukan dekat Tapah semua jadi nyata. SubhanaAllah. Rasa kebesaran Allah. Allah tahu apa yang kita perlu sebenarnya.

Sis ni jenis kerisauan melampau, over thinking.. selalu rasa takut tanpa sebab. Jadi sis nak tinggal rumah teres, supaya sentiasa ada orang-orang berhampiran.

Sis tak cekap uruskan anak-anak, rasa sis tak boleh jadi model umi yang baik untuk anak-anak, sis perlukan orang yang perlu dicontohi.

Sis nak anak-anak dapat belajar agama dalam keadaan yang lebih baik dari sebelum ini. Ada guru mengajar mengaji, suasana sek agama yang nampak menarik minat anak-anak. 

Sekolah kebangsaan yang dekat dengan rumah.

Sis nak ketenangan.

Dan..

16 Jun 2019

Alhamdulillah.. sis dapat semua yang sis nak dekat Tapah. Malah rasanya lebih baik apa yang sis bayangkan.

20 Julai 2023

Jangan tidak hargai sesuatu kerana sudah terbiasa

Kita sendiri yang tentukan kisah perjalanan hidup kita sendiri.

Pada satu tahap dalam hidup, kita mula tak hargai sesuatu yang biasa sebab kita rasa selesa dan terbiasa.

Kita hidup mempertimbangkan kebaikan kasih sayang dan kegembiraan yang saya ada adalah yang berhak saya terima dan saya tak hargainya.

Namun, kita hanya akan menyedarinya selepas kita hilang segalanya.

Malah kewujudan seseorang bukanlah perkara yang perlu diambil remeh.


Walau apapun kisah hidup kita, teras utama mencari redha Allah.


23 Mei 2023

Minat menjahit

Sejak akhir-akhir ini minat menjahit makin kuat, sampai terasa nak behenti kerja. Tapi bila fikir boleh ke bergantung harap dengan menjahit, bukan cekap dan pandai pun menjahit, hutang makin bertambah. penglihatan pula makin kurang. itu semua adalah alasan. Apa yang sebenar perlu ada KERAJINAN.

Apa-apa kerja pun perlu berusaha keras baru nampak hasil kan.

8 Mei 2023

Persiapan Raya Selepas Raya

Hari tu kononnya nak jahit, tapi tak kesempatan untuk baby Madiha. Menyesal tak beli awal.

 Jom kita membeli di Lazada. Kalau tak sempat pakai syawal pun, boleh pakai untuk raya haji.



Cantikkan baju ni, masa tengok dekat lazada sekarang harga RM20.40. Kak Chik minta pakai color purple pula, dia sendiri pun tak de lagi baju color purple. Kita beli dulu sikit-sikit. Pilih lengan panjang kan nanti kalau jamuan raya mlm boleh pakai yang ni. Siap ada reben cantik lagi. Umi nya tak pernah pakaikan aksesori di kepala anak.



Cantik-cantik dan murah-murah la pula jumpa lepas raya ni. Kita tak beli pun, share je dulu, lepas ni kalau ada rezki kita beli.






17 April 2023

Persiapan pakaian raya 2023


Assalamualaikum, salam ramadhan. Alhamdulillah, sampai juga bulan yang penuh rahmat ini.

Tahun ini rasa paling terasa. Mungkin kah sebab hilang berkat. Padahal tak membeli barang mahal-mahal pun, jadinya mood untuk membeli pakaian raya untuk umi rasa down.

Apa yang penting anak-anak sahaja. Tema untuk keluarga besar kami, color hitam. Keluarga kecil tak bertema, sebabnya hubby keje seminggu di hari raya. 


Beli kurta sahaja untuk hubby dan anak lelaki dan baju kurung siap untuk Nasuha dan Safiya.



Baju raya kakak umi jahitkan. Habis 10 malam terakhir ramadhan umi dengan menjahit. Harap dapat pahala juga sebab bantu suami dari poket bocor.

Tahun ini semangat kita untuk menjahit baju raya walaupun dalam kesibukan. Siapa tak sibuk, semua orang sibukkan? Apa-apa pun kalau tak curi masa, tak menjadi. 

 


22 Mac 2023

Persiapan Pakaian Sekolah Anak-anak 2023

 

Assalamualaikum..

Tahun ini persiapan sekolah simple-simple. Banyak pakaian yang recycle sahaja. Umi dah buat perbandingan harga, memang kenaikan harga terasa.


Abang Bukhari punya baju sekolah beli sehelai jubah putih dan sehelai baju lengan panjang putih, memandangkan baju dia terkoyak belakang, tak sampai hati pula nk biarkan macam tu. Yang lain abang cakap ok lagi. Baju abang Bukhari ni beli dekat PasarayaKu, rasa macam harga berbaloi.

Kakak Qaisara, umi tak belikan pakaian sekolah. Pakai apa yang ada. Sebabnya berharap dia dapat jawatan. Tapi sekrang dah masuk sekolah, masih tak de makluman. Kesian pula kakak berharap sangat, tapi tu la, bila ditanya ada mohon ke? Jawabnya tak. Tak pe la kakak, ada rezki ada la tu, kalau tak dapat ..kena buktikan kepada sekolah, kakak bagus. Sebab kadang-kadang bila mudah untuk dapatkan sesuatu, kesyukuran tu kurang atau tiada langsung.

Umi rasa mesti dah ada lantikan, dia tak dapat , tu yang tiada makluman.





Cuba beli baju sepasang untuk K Cik Nasuha. Saiz 22 sepasang baju sekolah jenama Jony & Jeny RM35.90. Sehelai kain hijau saiz 24 jenama No Problem RM20.90. Beli sepasang pun terasa, last-last tengok pakaian sekolah kakaknya, alter bagi kecil. Guna kain biru saiz 22 sebagai ukuran, yang kain hijau saiz 24 tu simpan pakai tahun depan, sebab labuh sikit. Hari tu beli ingat saiz paling kecil 24, tengok dekat shopee rupanya ada sahaja yang saiz 22 dan murah-murah.



Rasa tak berbaloi beli pakaian saiz kecil dengan harga yang mahal.  Bila buat perbandingan harga dekat shopee, ada yang lagi murah dengan kualiti kain dan jahitan lebih kurang sama. Jadi umi beli 2 helai lagi baju kurung sekolah dari shopee. Kain skirt hijau umi kecilkan, recycle yang kakak Sara. Beza kakak dengan Nasuha 5 tahun, jadinya dah bukan alter, kena potong dan jahit semula. Alhamdulillah dapat 2 helai skirt hijau, dan 2 helai skirt kain biru.

Minggu ni tak pakai lagi kain biru, tak sabar dia nak pakai pakaian seragam sekolah rendah.  Umi tak pergi pun jengok K Cik Nasuha dekat sekolah, harap kakak Sara ada dekat sekolah. Umi bukan tak nak pergi, umi nak k cik Nasuha kuat, berani dan berdikari.


Safiya kita hantar dekat PASTI, beli sepasang sahaja baju, sebab dah ada 2 pasang baju hijau, dan sepasang baju sukan k cik Nasuha. 

Kerisauan paling besar umi adalah membesarkan anak-anak, umi takut umi tak dapat jadi umi yang berguna.

umi ada dengar ceramah agama, kenapa mak-mak risau anak-anak, mak penentu anak-anak nak jadi apa. kata-kata itu penguat dan semangat untuk umi sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak-anak umi.

al-Bir -7x

al-Raqib-7x

al-Syahid -7x

Al-Qadr (sambil usup perlahan kepala dari depan ke belakang)

Doa Umi :

“ Ya Allah, sederhana saja, aku hanya ingin menjadi ibu yang kuat, dan mampu membahagiakan serta mendidik anak-anakku. Menjadi anak yang berbakti dan berjaya dunia akhirat. Aku mohon ya Allah, berikan aku kesihatan dan lancarkan rezekiku agar aku mampu mewujudkan cita-cita dan harapan itu. ”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...