Pages

21 Mac 2011

KetentuanNya..bahagian 2

Hari minggu bersama Bukhari..

Bukahari dah tidur.Esok hari Sabtu, x tahu nak makan apa malam ni. Apa-apapun, rebus la ikan ayo dulu sambil kemas dapur. Pening la pulak bau ikan rebus, x leh nak makan ni, goreng telur mata la..best jugak..lama tak makan telur+kicap+bawang goreng... Makan nasi sambil tengok cerita korea.

Lepas subuh memang tak leh sambung tidur, Bukhari kena makan dulu. Nak makan nasi, berat sangat pulak..dah la tak mandi lagi. Goreng roti je la. Sementara Bukhari makan roti, boleh masak untuk makan tengahari. Hari ni nak gulai kari ikan 'ayo'.

Bukhari bersarapan dengan Roti Goreng sambil tengok TV


Suka main air


Nak dok dalam bilik air lagi, siap bye-bye lagi kat ummi tanda boleh tinggal dia dalam bilik air, pahtu mata intai-intai kat luar, tahu takut.

Aktiviti petang Sabtu, keluar jalan-jalan kat bawah flat sambil-sambil tu, buang sampah. Sambil tengok Bukhari jalan-jalan tu, sambil aku berkhayal..andai ada orang jumpa beg duit.. mesti orang tu bagi kat pejabat flat ni. dan notis akan keluar dan tampal kat peti surat. Aku pun..dengan lemah..tengok kat dinding tempat biasa notis ditampal. Alangkan terkejut ..tp betul ke beg duit aku ..Cepat-cepat aku cabut notis tu dan dukung Bukhari naik atas.


Beg oh beg

Alhamdulillah. Aku dapat semula beg duit aku..dalam tu ada RM 75 dan kad atm. tapi kad tu dah tak leh guna dah la. Apa pun aku bersyukur dan berterima kasih sangat kat orang yang baik hati buat notis tu.

SMS: Walaupun bulan ni aku sering ditimpa malang, tapi nasib selalu menyebelahi aku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...