Pages

10 May 2011

Menu Bukahri untuk Cik Ja dan Ayah Cik

Kalau ummi masak, Bukhari pun sibuk di dapur tolong kemas pinggan mangkuk kat kaki ummi. Siap bunyi bising periuk kukus ummi diketok-ketok. Dia pun nak tolong ummi sediakan makanan. Sebab Bukhari orang yang tak sabar makan.

Jom kita tengok, apakah makanan istemewa Bukhari di hujung minggu.

Ni pengat pisang yang Cik Ja tengah masak
 Sedap sangat, terutama makan tika sejuk-sejuk. Masa masak pengat ni, Bukhari tidur..jadi Cik Ja x de la 'assistant' kat dapur.
Hidangan ayam penyet dan sirap limau
Selalu je masak nasi ayam, hari tu try bt nasi ayam penyet, sedap sambal dia
(campuran ikan bilis+bawang+tomato+lada+belacan..). Sambal yang lebih tu, sumbat pulak dalam ikan 'baju besi'..untuk lauk makan malam. Ayam pun sedap jugak..rasa lain dari yang lain. Kesian abi Bukhari tak sempat nak rasa.

kek coklat kukus bertopping coklat cair

Pagi-pagi lagi bangun siapkan kek coklat ni. Ummi ada pembantu, siapa lagi kalau bukan Ahmad Bukhari. Dia yang yang tolong ummi dia kutip pinggan warna warni ni. Kalut benar dia.

Reja kek yang di'snap' oleh ayah Chik
Hari last Cik Ja bersama Bukhari, janji nak buat kek coklat. Bangun pagi untuk siapkan topping kek tu. Kek dah siap kukus kul 1 pagi lagi. Minta tolong ayah chik 'snap' pic kek. Dia pergi snap reja kek. Punya la lawa kek yang aku buat, dia ingat kek tu aku siapkan sampai kul 2 pagi.

Kek kukus istimewa untuk Cik Ja
Kek coklat kukus special untuk Cik Ja. Maaf Chik..lain kali la buat untuk Chik. Sebab perjalanan Chik jauh sangat, takut belum sampai rumah, kek dah penyet.

SMS: Nanti Cik Ja dan ayah Chik datang sini..Bukhari sediakan resepi lain pulak.


Bersama Cik Ja dan Ayah Chik

Minggu lepas, Bukhari bersama dengan Cik Ja dan Ayah Chik. Kami semua pergi jalan-jalan kat PKNS Shah Alam, Taman, Medan Selera Seksyen 7, Mydin, Giant, Station bas Shah Alam dan Stokis LENO. Pusing-pusing area dekat-dekat je.

X pernah lagi sebelum ni buat muka cam ni..mula-mula start bila jumpa Cik Ja dan Cik Yan

Ni Ayah Cik boring dok berkurung kat rumah. Bawa Bukhari jalan-jalan kat  parking kereta



Dengan Ayah Cik je Bukhari nak g..kalau nga orang lain tak ngikut sangat. Bangun pagi, tengok Ayahh Cik tak ambil dia, terus meraung dan g tunggu ayah Cik kat bilik mandi. Tunggu ayah cik depan pintu bilik sambil meraung-raung kalau tahu ayah Cik ada dalam bilik.

Bukhari dengan Abi dan Ummi
Ni  tengah tunggu char kuey teow, pinggan dia kecik sangat..Bukhari pun x cukup. Datang makan sini sebab ayah cik tak pernah makan char kuey teow.


Nak dukung je Bukhari ni, padahal boleh jalan. Kesian cik Ja kena dukung Bukhari yang semakin hari semakin berat.

 

Cik Ja belikan ulat bulu colorful, baru nak jalan. Suka sangat dia masa ni.

K la..Bukhari pun dah letih jalan-jalan. Bukhari lapar dan dahaga air kosong.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...