Pages

9 Mei 2022

1 Syawal 1443H - K.i.t.a Part 1

Petang sebelum 1 syawal:

Dapat mesej hubby bagitahu kita boleh bertolak pagi esok selepas habis kerja. Nampak nya, dapat juga berbuka puasa dekat kampung, alhamdulillah..ada juga orang nak ganti tempat hubby last minute.

5 minit sebelum 1 syawal:

Tunggu untuk berbuka puasa dengan Bukhari dan Qaisara.
Andai kata hari ni last kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan, maksudnya kita beraya di sini la kakak, abang.

Lepas berbuka puasa:

Cepat-cepat solat magrib dan mengaji, rasa teruja nak habiskan sebab tak pernah sampai 29 juzuk, rasanya boleh habiskan sebab puasa inshaAllah boleh penuh bulan Ramadhan tahun ni.

Selesai 29 juzuk.

Rasa lain macam sahaja budak-budak main mercun dekat luar. Biasa kalau bunyi mercun tak putus-putus macam ni dah raya. Dalam hati, 1 Syawal dah ke? 

Tengok phone, ooo, data tak buka..patut senyap..
Bila on.. mesej masuk bertubi-tubi.
Prank ke ni.
Esok Raya.
Kiranya, ni dah malam raya.

Termenung lama, tak tahu nak buat apa. Sebab plan lusa raya. Jadi tak tahu apa patut buat persiapan untuk balik kampung di hari raya.

Esok raya maksudnya kena bawal bekal, nak masak apa. Kedai makan dah tak buka .  
Kena pakai baju raya,
baju raya ada 2 pasang sahaja. Baju raya adik pula tak jumpa lagi simpan dekat mana.

Last-last tertidur dengan baju tak packing. Masak pun tak.

Pagi 1 Syawal:

Baru la dapat idea masak sahaja apa yang ada, dalam peti ais tinggal isi ayam, tulang lembu, lemang ya ng hubby beli 2 hr lepas, karipap frozen, telur 2 biji, roti 6 keping.

Ambil serai depan rumah. Buat rendang guna isi ayam, ingt nak buat singgang tulang lembu, tapi umi nya tak cekap memasak. cukup masa untuk berendang sahaja di pagi raya, kekalutan dengan pakaian belum packing. 
Minta abang Bukhari buat roti telur mayonis.

Jadi la menu di pagi raya kita.



Terasa nak menyanyi, 

Ku bersyukur memiliki kamu
Ku bahagia ada di sampingmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...