Pages

9 Ogos 2012

Bubur Lambuk

Hari ini ingat nak singgah pasar malam, nak jamu mata baju raya kalau-kalau ada yang berkenan. Mesti banyak pilihan kan? Tu hanya angan-angan dalam kereta selepas puch card balik kerja. Belum sampi gate UiTM, kereta kat jalan dan jem. Cuaca petang tu panas, buka tingkap sikit bagi masuk angin sikit sambil layan radio. Apa kejadian sampai jem cam ni..umm, tak pe la. Orang berpuasa kena  banyak bersabar, aku senyum je, lagi pun tak de apa yang perlu dikejar. Fikir semula, tak perlulah pergi pasar malam, beli makanan berbuka dekat pasar ramadhan dekat taska pun okey dah.

Kereta aku semakin menghampiri pintu gate. Lihat dari jauh, mama (ustazah CITU) dengan Prof, PNC UiTM KPA tu, tengah berpanas bahagi bubur lambuk. Rasa bangga terima bubur lambuk dari Prof sendiri, senyum aku memanjang sambil dengar lagu raya dalam kereta. Tabik dekat Prof, sanggup tu berpanas..nampak keikhlasan dan kesungguhan beliau.



Petang tu, anak-anak ummi boleh makan bubur lambuk. Jangan rebut-rebut, semua dapat rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...